Pelakon dan penyampai radio, Datuk Fizz Fairuz menzahirkan rasa kesyukuran apabila isteri tercintanya yang juga pelakon, Datin Almy Nadia selamat melahirkan cahaya mata kelima mereka.
Menerusi perkongsian di entri Instagram, Fizz berkongsi berita gembira berkenaan selain sempat mengucapkan penghargaan buat semua yang telah mendoakan mereka.
“Alhamdulillah, isteri saya sudah selamat melahirkan anak kelima. Terima kasih kepada yang mendoakan,” coretnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Dakwa Neelofa Kini ‘Berbadan Dua’, Bakal Timang Cahaya Mata Ketiga?
Pasangan tersebut bagaimanapun tidak berkongsi secara terperinci butiran lanjut mengenai bayi mereka.
Sebelum ini, Fizz memuat naik beberapa foto dalam InstaStory menunjukkan keadaan bilik hospital.
“Semoga dipermudahkan. Amin,” katanya.
Sekadar informasi, Fizz mendirikan rumah tangga dengan Almy pada tanggal 26 April 2014.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan empat cahaya mata perempuan iaitu Nur Afrina Arianna, 9, Nur Afrina Aurora, 8, Nur Afrina Ayra, 6, dan Nur Afrina Aisyah, 3.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: Instagram Fizz Fairuz