
6 Perkara Behind The Scene Yang Tak Ditunjukkan Dalam Episod Ketiga HR2017

Isi Kandungan
ToggleSemua yang ditayangkan pada episod ketiga program Hero Remaja 2017 minggu lalu kelihatan cantik, eksotik dan eksklusif, bukan? Tapi semua itu hanya di atas surface saja. Banyak lagi drama, cabaran dan adegan behind the scene yang tak sempat untuk dimuatkan di dalam episod 30 minit.
Jadi, REMAJA ingin recap balik pengalaman mereka dari awal sehinggalah kepada momen penyingkiran Aziq Mukhriz, finalis Hero Remaja 2017.
1. It Was A Wild Ride
Sejak permulaan trip mereka ke Pulau Redang, kesemua 10 orang finalis tidak tahu langsung mengenai destinasi mereka. Perjalanan dari Kuala Lumpur seawal jam 4.00 pagi itu membuatkan mereka tertanya-tanya ke mana tempat yang dituju. Semasa bas berhenti di perhentian R&R untuk mereka bersarapan, barulah mereka dapat mengagak mereka sedang menuju ke arah Pantai Timur.
2. Siapa Ketua Kumpulan Sebenar?
Dalam episod ketiga, korang dapat lihat mereka diberikan cabaran ala Treasure Hunt di sekitar Pulau Redang. 10 orang finalis dibahagikan kepada dua pasukan di mana, team A terdiri daripada Alif, Farhan, Adam, Nabil dan Ezmir. Manakala team B pula dianggotai oleh Aiman, Azi Ikmal, Harris dan Safwan. Seperti yang korang tonton, team B memenangi cabaran pertama di Pulau Redang itu tetapi apa yang korang tak nampak adalah drama yang berlaku di sebalik lensa kamera.
Harris dan Farhan daripada team masing-masing nyata menampakkan ciri-ciri ketua kumpulan. Ahli pasukan mereka pun menganggap Harris dan Farhan adalah ketua kumpulan pada waktu itu. Namun, pihak produksi tidak pernah melantik ketua kumpulan. Sekiranya, ada finalis yang ingin membuat decision pada waktu itu, sebenarnya mereka boleh saja berbuat demikian.
Mungkin, ini memberi gambaran bahawa Harris dan Farhan ada ciri-ciri sebagai ketua dalam diri mereka..?
3. Team A Boleh Menang
Semasa cabaran tersebut juga, sebenarnya team B sudah tertinggal jauh di belakang team A kerana mereka lambat menjumpai puzzle di salah satu check point yang disediakan. In other words, team A yang seharusnya menang on paper!
Namun, ketika check point terakhir, team A mencari clue di kawasan yang salah. Tanpa membaca arahan dengan teliti, mereka terus berlari ke arah tempat duduk Scha Alyahya untuk mencari clue sedangkan ia di kawasan lain. Hasilnya, team B berjaya mengejar dari belakang dan menang. Walaupun kalah, produksi memuji leadership dan attitude yang ditonjolkan Farhan. Selain kekal tenang, Farhan benar-benar kekal fit sepanjang cabaran.
4. “You Nak Buat Apa Sebenarnya Ni?”
Memang, untuk melakukan photoshoot di dalam kawasan hutan bukanlah perkara yang mudah. Tetapi sebagai Hero Remaja, finalis seharusnya tak perlu mengendahkan gangguan nyamuk, lecak dan panas.
Sebaliknya, perkara lain pula yang menggangu mereka; PROPS.
Ramai penonton beranggapan, jika mendapat props lebih semasa photoshoot pasti ia memberi kelebihan kepada peserta. Tetapi TIDAK. Sepanjang masa bersama jurugambar, Safwan dan Aiman terlalu memikirkan bagaimana untuk menggunakan props yang disediakan.
Asyik bertukar-tukar – sekejap nak parang, sekejap nak kapak. Akhirnya, mereka tak fokus kepada posing sehinggakan Dynas bertanya, “You nak buat apa sebenarnya ni?” Ouch.
5. Abang-Abang Bagi Sokongan Berterusan
Aziq Mukhriz merupakan antara peserta termuda yang dipilih menyertai Pencarian Hero Remaja 2017. Pada usia 18 tahun, pastinya tak banyak pengalaman yang pernah digendongnya sebelum ini. Jadi sepanjang episod pertama dan kedua, Aziq akui bahawa dia masih mencari-cari tempatnya di kalangan 19 orang finalis lain.
“Saya tak berapa sure sama ada apa yang saya lakukan semasa cabaran diberi itu betul atau salah; terkurang atau over sangat. Jadi apabila penyingkiran episod kedua berlaku, saya sangat terkejut yang saya telah terpilih sebagai Top 10 Hero Remaja. Saya dapatkan kepastian sama ada saya ni betul-betul layak kah dari kru produksi.”
“Bermula dari saat itu, saya dapat keyakinan bahawa mungkin ini adalah jalan rezeki saya dan saya perlu lakukan yang terbaik untuk ibu-bapa dan orang lain yang tak putus-putus berikan sokongan. Walaupun jujurnya, saya sedih apabila disingkirkan pada episod ketiga, namun finalis lain yang lebih tua dari saya sentiasa berikan sokongan kepada saya. Sebab itulah korang lihat saya mudah untuk overcome kesedihan saya, mungkin,”kongsi Aziq.
6. Penat Tak Henti
Untuk pengetahuan korang, trip ini terus disambung dari aktiviti mereka yang berlangsung dua hari sebelum itu. Selepas mereka pulang dari Pulau Redang pula, mereka terus digasak untuk menyertai rakaman penggambaran untuk segmen Astro Gempak pula selama tiga hari berturut-turut! Patutlah muka masing-masing nampak letih, kan.
Apa-apa pun, sembilan Hero Remaja lain sudah pun mara ke episod keempat, MALAM ini. Ada tak di kalangan mereka yang korang sudah expect mara sejauh ini? Atau korang merasakan Aziq Mukhriz patut diberikan spot dalam Top 9?
Saksikan episod keempat Hero Remaja 2017 di saluran Astro RIA (104) dan RIA HD (123) malam ini untuk melihat, siapa pula yang bakal tersingkir.
Media error: Format(s) not supported or source(s) not found
Muat Turun Fail: http://www.remaja.my/wp-content/uploads/2017/10/WhatsApp-Video-2017-10-04-at-5.58.28-PM.mp4?_=1
Ramai ‘Peserta Target’ Tak Terpilih, Bukan Rupa & Populariti Jadi Faktor Utama

Hari ini mencipta sejarah apabila 12 peserta Hero Remaja 2020 diperkenalkan kepada umum.
Jika ramai yang menyangka mempunyai wajah kacak dan mempunyai jumlah pengikut Instagram ramai antara sebab mereka terpilih, ternyata persepsi ini salah sama sekali. Tidak dinafikan semasa sesi uji bakat yang diadakan pada hujung Disember, begitu ramai instafamous hadir tetapi bukan semuanya terpilih.
Namun ada beberapa finalis yang mungkin namanya sudah dikenali di media sosial seperti Jabir Meftah, Imran Aqil dan Azim Yusof. Walau bagaimanapun, pemilihan mereka bukan berdasarkan jumlah followers semata-mata, tetapi pihak pengurusan percaya dengan kelebihan dan bakat yang ada pada mereka.

Menurut Editor Pengurusan Majalah Remaja, Fiezreen Ahmad, memang ramai mempunyai wajah kacak hadir namun ia bukan kriteria utama pemilihan dibuat.
“Kami begitu teliti memilih 12 peserta yang akan menggalas cabaran dalam pencarian Hero Remaja 2020. Wajah kacak satu bonus tapi di pihak pengurusan, kami begitu mementingkan ilmu pengetahuan (IQ) dan personaliti setiap peserta.
“Seperti Dewi Remaja 2019 yang dimulakan di mana kami meletakkan IQ sebagai kriteria utama bagi mengelak semua kontroversi yang pernah terjadi sebelum ini, begitu jugalah bagi kriteria Hero Remaja 2020 kali ini.
“Selain IQ, kami mementingkan personaliti yang boleh membawa nama Hero Remaja dalam apa juga bidang mereka ceburi selepas ini,” katanya ketika sidang media yang diadakan di Hard Rock Café, Bukit Bintang.

Hero Remaja 2020 kali ini menyaksikan Nadhir Nasar, Aniq Suhair, Umar, Haziq Nazimuddin, Azri Khair, Hariz Hamdan, Meergeen, Jazmy Juma, Azim Yusof, Imran Aqil, Tom dan Jabir Meftah “bertarung” merebut gelaran Hero Remaja 2020.
Ingin bebas dari sebarang kontroversi
Dalam pada itu, Fiezreen Ahmad memaklumkan, sebagai pihak penganjur, mereka sama sekali ingin mengelak sebarang kontroversi dalam pertandingan kali ini.
“Ramai yang kata bila instafamous masuk akan lebih menaikkan rating tetapi pemilihan kami agak ketat. Kesemua perserta akan di kuarantin dan pihak kami amat berterima kasih kepada Hotel Summit Subang Jaya sepanjang dua bulan pertandingan selain mengucapkan terima kasih kepada penaja utama iaitu Nivea Men yang bersama-sama menjayakan pencarian Hero Remaja 2020.

Platfrom untuk remaja bebas berkarya
Menurut Pengurus saluran Astro, Emmarina Kamal, kerjasama yang dijalin antara Astro dan pihak Nu Ideaktiv dalam Pencarian Hero Remaja 2020 adalah satu platform terbaik menampilkan remaja berbakat dan bebas berkarya.
“Hero Remaja sudah dimulakan sejak 30 tahun lalu dan banyak bakat-bakat besar ditampilkan. Ini termasuklah Fattah Amin, Shafiq Kyle, Esma Danial, Kamal Adli dan ramai lagi pelapis-pelapis baru atau generasi pelapis akan mewarnai industri dalam bidang seni dan juga.
“Kami memerlukan generasi pelapis bakat baru dan pencarian Hero Remaja 2020 ini adalah peluang besar. Tidak kami nafikan bidang teknologi hari ini begitu meluas namun nama Hero Remaja adalah satu nama besar yang menampilkan begitu banyak bakat besar dalam industri,” katanya dalam sidang media sebentar tadi.

Pencarian Hero Remaja 2020 menampilkan Scha Al Yahya dan Dato Hans Isacc selaku juri tetap dan Ain Edruce selaku pengacara.
Pelakon Angkara Cinta, Sahim Wafiy Sertai Uji Bakat Pencarian Hero Remaja 2021

Sesi uji bakat pencarian Hero Remaja 2021 peringkat akhir diteruskan lagi pada hari kedua, dan kali ini antara peserta yang hadir terdiri daripada pelakon drama bersiri Angkara Cinta. Sahim Wafiy memegang watak Inspektor Faizul yang merupakan kawan karib kepada Luqman dan Haqeem lakonan Hun Haqeem dan juga Meerqeen.
Sebelum ini, Sahim pernah menyertai uji bakat Hero Remaja 2020 namun nasib tidak menyebelahinya kerana gagal terpilih sebagai finalis top 12. Kekalahan itu tidak mematahkan semangatnya, dia terus berusaha untuk menghadiri sesi casting untuk siri drama televisyen.
“Tahun lalu saya telah menyertai uji bakat Hero Remaja tetapi tidak ada rezeki untuk dipilih sebagai salah seorang finalis. Saya tidak berputus asa dan terus menghadiri sesi uji bakat bagi meneruskan minat dalam bidang lakonan. Tak sangka pula, saya mendapat peluang untuk membintangi drama Angkara Cinta, dan daripada siri itu juga, saya dapat menimba pengalaman dan pembelajaran daripada pelakon-pelakon hebat seperti Nina Juren, Hun Haqeem dan ramai lagi,”
“Saya tidak mahu berhenti setakat ini sahaja dan ingin meneruskan lagi perjalanan dalam bidang seni serta menjadikan Hero Remaja sebagai salah satu platform untuk membuatkan orang-orang di sekeliling bangga dengan pencapaian saya,” jawab Sahim.
Selepas muncul dalam drama bersiri tersebut, Sahim mengakui bahawa dirinya kini semakin dikenali dan dia tidak menyangka mendapat penerimaan yang baik daripada penonton.
“Seriously, saya tak pernah sangka akan mempunyai peminat dan saya sangat-sangat berterima kasih kepada semua penyokong yang telah menyokong kerjaya saya. Saya juga menghargai setiap daripada sokongan mereka semua,”
“Jika terpilih sebagai finalis Hero Remaja 2021, saya berjanji akan melakukan yang terbaik. Namun, sekiranya tidak berjaya, saya tetap akan terus berusaha untuk mencapai impian menjadi anak seni yang berjaya,” tambahnya lagi.