Heboh baru-baru ini di media sosial apabila berita ‘floating market’ atau pasar terapung yang menjual pelbagai jenis makanan dan barangan keperluan cukup terkenal bakal dibuka di Melaka.
ARTIKEL BERKAITAN: Melaka ‘Diserbu’ Pengunjung Sempena Cuti Umum Hari Ini, Zoo Melaka Paling Sesak!
Bersempena dengan Tahun Melawat Melaka (TMM) 2024, pasar terapung tersebut akan beroperasi di Sungai Melaka sebagai tarikan orang ramai.
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) Datuk Murad Husin sebelum ini berkata, usaha itu adalah bagi memastikan terdapat kepelbagaian produk pelancongan di negeri tersebut.
Memetik laporan Melaka Hari Ini di Instagram, setakat 31 Januari, kemajuan pembangunan Floating Market di Sungai Melaka Fasa 2 kini sudah mencapai lebih 60%.
Menjenguk ke ruangan komen dan reaksi warganet di media sosial, majoriti berbelah bahagi dengan berita tersebut.
“Masalahnya, volume pelancong memang tidak mencukupi untuk menampung pasar terapung untuk jangka masa panjang. Lokasinya juga kurang sesuai,” kata seorang netizen.
“Nanti harga makanan mesti akan berlipat kali ganda mahal. Lepastu pelik kenapa pengunjung mula sikit,” komen warganet lain.
“Di Kangar, Perlis ada pusat pelancongan menyediakan pasar terapung dekat JPS. Saya pergi konon jakun nak tengok. Kosong tiada orang. Tiada apa yang terapung pun,” jelas seorang warganet.
“Habislah kebersihan Sungai Melaka selepas ini. Sampah mesti akan dibiarkan terapung begitu sahaja,” komen netizen lain.
Sementara itu, ada juga yang memberikan reaksi positif terhadap langkah kerajaan kerana mahu mengembangkan lagi sektor pelancongan di Melaka.
“Ni salah satu usaha untuk tarikan pelancong. Bagi aku tak salah pun mencuba. Sungai situ pun dah cantik dan tak berbau kuat macam dulu. Memang dah jadi tarikan para pelancong.
“Lagi satu konsep floating market (di Melaka) ni jual makanan dan bukannya keperluan harian kalau nak bandingkan dengan Giant, Tesco dan lain-lain,” ulas seorang lelaki.
BACA LAGI: “Ini Yang Saya Pilih..” Meerqeen Abaikan Kata-Kata Nakal Kononnya Wajah ‘Terlalu Mainstream’
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO/ARTIKEL: Utusan