Fokus Aksi Dhabitah Sabri, Mata Pula Terpandang Tom Daley Sedang Mengait!

Share

Kami pasti hampir seluruh rakyat Malaysia mengikuti aksi cemerlang penerjun remaja negara, Nur Dhabitah Sabri dalam peringkat akhir acara 3m papan anjal individu wanita pada sebelah petang tadi.

Dhabitah berjaya memperbaiki kedudukan keseluruhannya dalam acara tersebut dan menamatkan saingan di Sukan Olimpik Tokyo 2020 pada kedudukan keempat daripada 12 orang penerjun wanita. Ia merupakan satu pencapaian yang cukup memberangsangkan; memandangkan kelima-lima terjunan Dhabitah pada hari ini cukup konsisten dan dilakukan dengan amat kemas.

Sudah tentu kami semua berbangga dengan pencapaian tersebut dan tidak sabar menantikan peningkatan penerjun berusia 22 tahun ini dari semasa ke semasa dalam kejohanan antarabangsa pada masa akan datang!

ARTIKEL BERKAITAN : Murah Dengan Tersenyum, Ini Yang Menarik Tentang Dhabitah Sabri – REMAJA

Dalam pada penulis fokus menantikan giliran Dhabitah pada setiap pusingan (I kept on thinking

, “Bitah selepas penerjun Jerman, jangan terlepas!”), tiba-tiba mata penulis terarah kepada kelibat penerjun pingat emas acara 10m platform seirama dari Great Britain (GB) iaitu Tom Daley.

Tom yang berada di tempat duduk penonton bagi memberikan sokongan kepada atlet GB yang beraksi pada hari ini mencuri tumpuan kru kamera disebabkan oleh apa yang sedang dilakukannya semasa menonton.

Sumber Foto : Daily Mail UK
Sumber Foto : Daily Mail UK

Siapa sangka, juara dunia berusia 27 tahun sedang mengait fabrik untuk dijadikan baju, skaf atau vest!

Dari jauh, kelihatan Tom memilih benang wool berwarna merah jambu dan krim. Sudah tentu, warganet yang juga sedang menyaksikan siaran langsung acara itu pantas mengambil foto dan video Tom untuk dimuat naik ke Twitter.

Bagi korang yang tidak mengikuti Vlog mingguan/bulanan Tom di saluran YouTube-nya, dia menjadikan aktiviti mengait sebagai hobi sejak beberapa tahun lalu. Kini, Tom semakin kreatif dan pandai menyiapkan pelbagai jenis pakaian serta aksesori!

Baginya, mengait bukan hanya dianggap sebagai hobi masa lapang tetapi juga merupakan cara berkesan mengelakkan rasa tertekan apabila bergelar atlet.

Antara hasil kait yang pernah dikongsikan Tom dalam videonya adalah sweater hitam-putih bagi dia dan anaknya Robbie, topi Robbie, jumper

berwarna pelangi, sweater berbutang dan paling menarik (bagi pendapat penulis) adalah dress yang diinspirasikan daripada jenama Gucci. Kata Tom, dia dapat berjimat 1,750 pound hanya dengan menyiapkan dress tersebut.
Sweater hitam-putih bagi dia dan anaknya Robbie. Foto : Tangkap layar Vlog Tom Daley.
Topi anaknya, Robbie. Foto : Tangkap layar Vlog Tom Daley.
Jumper pelangi. Foto : Tangkap layar Vlog Tom Daley.
Sweater berbutang. Foto : Tangkap layar Vlog Tom Daley.
Dress yang diinspirasikan daripada jenama Gucci. Foto : Tangkap layar Vlog Tom Daley.

Malah, Tom juga selalu membawa bersama projek mengait terbarunya setiap kali dia menjelajah ke negara baru untuk bertanding.

Lihat sajalah beberapa lagi hasil mengait Tom yang dibawanya ke Kejohanan Fina World Cup di Tokyo, Jepun pada Mei 2021.

Sebagai atlet, tentunya Tom banyak memikirkan soal bertanding dan kemenangan buat GB. Dengan hobi mengait ini, dia dapat melupakan seketika harapan menggunung yang dipikulnya bagi mendapatkan pingat emas.

Bagi korang yang tertarik untuk melihat lebih banyak hasil ciptaan Tom, korang boleh melawati akaun Instagram khas bernama Made With Love By Tom Daley ini. Untuk pengetahuan, Tom masih berada di Tokyo bagi acara terakhirnya, terjun 10m platform individu lelaki pada hari Jumaat hadapan.

*

Sebenarnya, ramai juga atlet negara memilih hobi kreatif seperti ini demi melupakan tekanan. Contohnya, atlet karate Sara Yap yang berbakat melukis.

Published by
FZ