Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Bakat bermain bola sepak David Beckham nampaknya diturunkan kepada anak keduanya, Romeo Beckham yang kini aktif dalam dunia sukan bola sepak.
ARTIKEL BERKAITAN : Brooklyn Beckham Bergelar Suami Kepada Nicola Peltz Dalam Majlis Bernilai USD3.5 Juta – REMAJA
Setelah Brooklyn bergelar ‘suami orang’ timbul ura-ura yang mengatakan giliran Romeo untuk berumah tangga akan menyusul tidak lama lagi. Ini memandangkan ayahnya, David dan abang, Brooklyn juga berkahwin pada usia muda
Namun, sangkaan korang salah apabila remaja 19 tahun ini memutuskan hubungan bersama kekasihnya, Mia Regan demi karier bola sepaknya.
Anak kedua David Beckham dan Victoria Beckham diketahui telah memadamkan foto bersama dengan Mia di Instagram miliknya. Malah, sepanjang tiga tahun bercinta, Romeo dan Mia sering berkongsi detik-detik intim mereka di media sosial.
Mengikut laporan dari Daily Star, sumber yang rapat dengan mereka berkata bahawa perpisahan ini disebabkan kerana Romeo mahu fokus menjadi atlet bola sepak. Romeo sukar bertemu Mia kerana lokasi yang berbeza dan jadual latihannya yang juga padat.
“Hubungan jarak jauh yang terjalin pada usia muda menjadi punca. Romeo dan Mia adalah pasangan muda yang sedang hangat bercinta. Mereka saling menyayangi dan keluarga juga menyayangi Mia,” kata sumber.
Biarpun saling menyayangi, Romeo dan Mia mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan mereka demi masa depan masing-masing. Romeo diketahui kini banyak menghabiskan masa di Miami, Amerika Syarikat demi kerjayanya, manakala Mia masih di England.
Ada kata-kata nakal yang mengatakan Mia memilih Romeo sebagai teman lelaki untuk melonjakkan jumlah pengikutnya demi mengikat klien-klien komersil di luar sana. Bagaimanapun, Mia tidak tergugat dengan tuduhan seperti itu. Tidak banyak pun hantaran foto atau video bersama Romeo, sebaliknya Mia lebih gian memuat naik hantaran berkaitan ‘film photography’ di Instagram.
Bagus Mia dan Romeo ini, walaupun masih muda namun sudah berpandangan jauh dan pentingkan kerjaya masing-masing.
BACA LAGI : Brooklyn Beckham Cipta Semula Tradisi David & Victoria Sewaktu Berkahwin, 23 Tahun Lalu – REMAJA
BACA LAGI : Abang Sudah, Tumpuan Kini Pada Teman Wanita Romeo Beckham. Siapakah Mia Regan?
Sumber : 1
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.