FoodBots Bakal Ganti Tugas ‘Rider’, FoodPanda Uji Robot Penghantar Makanan

Share

Boleh dikatakan kebanyakan tugas harian kini lebih mudah diuruskan secara digital dan pengunaan robot atau mesin yang tidak lagi memerlukan tenaga manusia.

Satu inisiatif yang bijak telah dilakukan oleh sesetengah restoran apabila mereka menggunakan robot sebagai penghantar makanan untuk mengelakkan penjarakan fizikal dengan para pelanggan di musim pandemik Covid-19 ini.

Terbaru, FoodPanda dinegara jiran kita Singapura dilihat bekerjasama dengan tiga syarikat memfokuskan pembangunan robot disana dalam menawarkan penghantaran menggunakan robot kepada pengguna.

Bukan untuk untuk mengantikan pengunaan ‘rider’ sepenuhnya, namun penggunaan robot  dilihat dapat membantu mengurangkan beban penghantar makanan  terutamanya ketika waktu puncak, atau ketika hujan dan sebagainya.

Beberapa pengguna yang terlibat dengan ujian rintis ini, akan menerima notifikasi mengatakan pembelian mereka akan dihantar oleh robot. Robot penghantar ini akan dilengkapi bekas yang tertutup, dan pengguna perlu mengimbas kod khusus dalam membolehkan bekas berkenaan dapat dibuka untuk mendapatkan pesanan mereka.

Menurut laporan, robot ini masih pada peringkat ujian rintis. Penggunaan robot ini juga untuk mengelakkan daripada berlakunya sentuhan dekat dengan pelanggan, disamping mengatasi kekurangan tenaga pekerja.

Disamping itu, FoodPanda juga mengatakan penggunaan robot adalah salah satu langkah penggunaan teknologi ke arah ekosistem lebih efisien. FoodPanda akan meneruskan ujian penggunaan robot yang dipanggil FoodBots ini sehingga November 2021 kelak.

Wah, comelnya!

Published by
Nana