FOOT LOCKER Beli ATMOS, Kita Akan Lebih Mudah Dapatkan Stok ‘Sneakers Hangat’?

Share

 

Mungkin ramai sneakerheads akan bersetuju jika kami katakan Amerika Syarikat (AS) dan Jepun ialah dua buah negara yang sedang menguasai pasaran kasut jenis sneakers pada masa ini.

Walaupun kedua-dua negara berada jauh di antara satu sama lain, masing-masing agresif mengeluarkan rekaan sneakers terbaik saban tahun.

Jika Amerika Syarikat berbangga dengan jenama klasik dan malar segar seperti Nike, Converse, New Balance, Skechers, Under Armour dan banyak lagi jenama lain, Jepun pula gah dengan jenama-jenama inovatif seperti Asics, Onitsuka Tiger, Mizuno, Comme des Garcons dan sebagainya.

Tetapi, bukan jenama besar ini saja yang menjadi faktor penguasaan AS dan Jepun dalam pasaran sneakers. Ia juga disebabkan oleh kewujudan stor sneakers berskala besar dari AS dan Jepun yang mempunyai puluhan malah ratusan cawangan di serata dunia.

Selama berpuluh-puluh tahun di Amerika Syarikat, stor Foot Locker sudah sebati dalam kalangan pembeli di sana. Di Jepun pula sejak tahun 2000, individu penting di sebalik kenaikan pasaran sneakers

di sana ialah Hidefumi Hommyo yang memperkenalkan stor atmos.

Kini dengan lebih 49 buah cawangan fizikal di serata dunia termasuklah 10 buah stor di luar Jepun, atmos sudah menjadi jenama stor sneakers terkenal. Heck, Malaysia juga mempunyai cawangan atmos Kuala Lumpur secara atas talian dan stor fizikal di Suria KLCC.

All in all, baik Foot Locker dan atmos adalah di antara stor penting bagi sneakerheads.

*

Justeru, apabila Foot Locker pada hari ini mengumumkan ia akan membeli saham atmos bernilai USD360 juta, tentulah update ini akan mengubah landskap dunia sneakers.

Pembelian tersebut bukan saja akan menjadikan Foot Locker – sebuah stor dari AS – sebagai kuasa baharu pasaran sneakers Jepun yang dilaporkan bernilai USD6 bilion. Ia juga akan memberi impak kepada cawangan atas talian atmos di benua Asia.

Untuk pengetahuan, Foot Locker kini mempunyai hampir 2000 buah stor fizikal di Amerika Syarikat termasuk beberapa cawangan ‘secondary’ seperti Kids Foot Locker, Champs dan Footaction. Bagaimanapun di benua Asia, Foot Locker hanya mempunyai 20 buah stor fizikal sahaja. Ia membuktikan mereka masih belum benar-benar menguasai pasaran Asia. (1

)
Stor Foot Locker di Sunway Pyramid. Foto : Facebook Sunway Pyramid

Justeru, pembelian atmos oleh Foot Locker dianggap sebagai satu pembelian strategik yang akan melebarkan pengaruh Foot Locker di Aasia, yang juga merupakan zon ekonomi ketiga terbesar dunia. Foot Locker juga akan memiliki kelebihan stor atas talian atmos yang telah menyumbang 60 peratus daripada keuntungan penuh atmos pada tahun 2020.

Okay enough with the economic pointers.

Apabila atmos dibeli oleh Foot Locker, adakah sneakerheads di Asia selepas ini akan lebih mudah mendapatkan stok model-model kasut yang sukar didapati sebelum ini?

TBH, sukar untuk kita jangkakannya. Jika dilihat kepada model sneakers yang diperkenalkan oleh Foot Locker Malaysia sepanjang tahun 2021, jujurnya tidak semua sneakers yang direbut oleh sneakerheads akan dijual di Foot Locker. Kebanyakan yang ada di sana adalah kasut kategori general sale dan bukan edisi terhad mahupun kolaborasi istimewa.

Foto : Facebook Sunway Pyramid

Waktu puncak di Foot Locker pula pada pendapat kami adalah semasa mereka menganjurkan jualan pertengahan serta akhir tahun. Selebihnya, jarang sekali kami melihat ‘sneakers hangat’ ada dijual di Foot Locker Malaysia.

NAMUN, dari sudut positif pula; setelah atmos dibeli Foot Locker, satu berita baik untuk sneakerheads

adalah kita boleh jangkakan lebih banyak model kolaborasi yang akan muncul.

atmos terkenal sebagai stor yang ‘rajin’ berkolaborasi dengan jenama-jenama sneakers seperti Nike, adidas dan New Balance. Tahun ini saja, atmos telah melancarkan model kolaborasi seperti Nike Lebron 18 Low ‘Sakura’ & ‘Viotech’,  adidas ZX8000 ‘G-SNK4’, New Balance 57/40, adidas ZX ‘Setsubun’ dan beberapa lagi model menarik.

Oleh itu, kami teruja untuk melihat sekiranya budaya kolaborasi ini akan muncul di Foot Locker tidak lama lagi.

Nike Lebron 18 Low ‘Sakura’. Foto : Sneaker News

Adakah korang teruja seperti kami? Ataupun korang rasakan pembelian atmos oleh Foot Locker ini adalah satu bentuk kerugian kerana ia hanya mengehadkan kepelbagaian stor dalam pasaran sneakers dunia?

Published by
FZ