“For The First Time Ever,” Bakal Beraksi Di Liga Dunia PUBG Mobile. Menteri Belia dan Sukan Ucap Tahniah

Share

Sukan elektronik atau e-sukan kian mendapat perkembangan positif bukan sahaja di luar negara bahkan di dalam negara!

Jikalau dulu, bermain permainan video di komputer atau konsol PlayStation dan Xbox dalam kalangan anak muda sering kali dikaitkan dengan aktiviti membuang masa, namun sekarang dunia sudah berubah.

Kemajuan industri yang lebih terarah kepada sukan elektronik membuka peluang kepada remaja mempertaruhkan bakat mereka dalam permainan video popular seperti Dota 2, Mobile Legends dan juga PUBG.

Baru-Baru ini, pasukan e-sukan PUBG Mobile Malaysia, Yoodo Gank dinobatkan sebagai juara dalam Grand Final Liga Profesional Asia Tenggara (PMPL SEA) Musim Bunga 2020.

Yoodo Gank yang terdiri daripada 4 orang pemuda iaitu Abdul Aziz Ikromi (Draxx), Aiman Mohamad (ManParang), Muhammad Izzrudin Hashim (Jumper) dan Ahmad Fuad Razali (Fredo) membawa pulang $30 ribu (~RM128 ribu) selaku juara.

Yoodo Gank atau sinonim dengan gelaran The One and Onleh dalam kalangan peminatnya dinobatkan sebagai terbaik dalam kalangan pasukan-pasukan Asia Tenggara selepas berjaya mengumpul 284 mata dalam 15 pusingan yang dipertandingkan.

Selain wang kemenangan di tempat pertama itu, Yoodo Gank turut mendapat hadiah wang tunai tambahan kira-kira RM44,000 menerusi kemenangan Anugerah Pasukan Paling Popular di Malaysia, kutipan Chicken Dinner (mata kemenangan) sebanyak lima kali dan Anugerah Pemain Terbaik.

Mereka turut menewaskan jaguh dunia, Bigetron Red Aliens (Indonesia) yang sekadar selesa di tempat kedua. Sementara itu dua lagi pasukan Malaysia, Team Secret MY dan Bigetron AROV masing-masing menduduki ke-lima dan ke-12 dalam kejohanan itu.

PMPL SEA berlangsung selama tiga hari, melibatkat 16 pasukan terbaik Asia Tenggara dan menawarkan hadiah wang tunai kira-kira RM640,000 secara keseluruhan.

Difahamkan, Yoodo Gank sebelum ini dikenali sebagai pasukan Gank FTY, namun selepas kejayaan mengungguli PMNC di Vanity Atrium, Sunway Velocity Mall tahun 2018, pasukan terbabit mendapat langganan percuma plan Yoodo selama setahun.

Dengan kejuaraan ini Yoodo Gank bakal beraksi di Liga Dunia PUBG Mobile bersama dengan King of Gamers manakala Bigetron RA dan Team Secret sudah layak sebelum ini.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican turut merakamkan ucapan tahniah melalui laman Twitter rasminya. Reezal berkata, kejayaan Yoodo Gank itu dilihat sebagai satu langkah positif untuk meraih lebih banyak pencapaian pada masa akan datang.


Tahniah kami ucapkan buat Yoodo Gank dan moga terus mengaharumkan nama Malaysia di mata dunia. Best-nya boleh jadikan video games sebagai kerjaya!

 

Published by
Nana