Tinggal dua hari sahaja lagi sebelum Indonesia memahkotakan wakilnya ke pertandingan ratu cantik Miss Universe 2022 menerusi platform Puteri Indonesia.
Setelah tidak menyertai Miss Universe pada edisi lalu disebabkan – seperti didakwa ramai pihak – lokasi pertandingan di Eilat Israel, Indonesia kini bersiap sedia untuk kembali memeriahkan pentas Miss Universe dan memberi cabaran bagi membawa pulang mahkota keramat tersebut.
Sudah menjadi tradisi setiap kali berlangsungnya Puteri Indonesia, pastinya juara semasa Miss Universe akan dijemput bagi memeriahkan acara serta menyerahkan mahkota Puteri Indonesia kepada juara baharunya; kecuali untuk beberapa edisi terdahulu seperti pada tahun 2016 semasa Pia Wurtzbach memegang gelaran Miss Universe kerana dia terikat dengan komitmen di Minggu Fesyen New York pada waktu itu.
Begitu juga pada tahun 2006 di mana Miss Universe pada waktu itu iaitu Natalie Glebova dari Kanada juga tidak boleh hadir lalu digantikan dengan naib juaranya iaitu Cynthia Olavarria dari Puerti Rico.
Begitupun, more often than not, mereka pasti akan memastikan peluang untuk muncul di Indonesia tidak disia-siakan. Dan setiap kali seseorang Miss Universe menapak ke pentas Puteri Indonesia, mereka akan disarungkan dengan busana mewah lagi glamor yang diinspirasikan daripada pakaian tradisi kebaya Indonesia.
Khabarnya, Miss Universe 2021 iaitu Harnaaz Sandhu dari India telahpun tiba di Jakarta pada hari ini dan disambut oleh wakil Miss Universe Indonesia 2020, Ayu Maulida di lapangan terbang.
View this post on Instagram
Agaknya, bagaimana rupa rekaan gaun kebaya Harnaaz pada kali ini ya? Sebelum kita dapat melihatnya, jom kita perhatikan gaun kebaya yang dipakai oleh juara terdahulu.
Miss Universe 2019 Zozibini Tunzi
Miss Universe 2018 Catriona Gray
Miss Universe 2017 Demi Leigh Tebow
Miss Universe 2016 Iris Mittenaere
Miss Universe 2015 Pia Wurtzbach
Biarpun tidak sempat menghadirkan diri di Ratu Indonesia semasa masih memegang gelaran Miss Universe 2015, Pia Wurtzbach tetap menyimpan impian untuk menjejakkan kaki ke sana dan bertemu produksi Ratu Indonesia serta peminatnya di Indonesia. Pia akhirnya dijemput sebagai salah seorang panel juri sewaktu edisi 2020.
Miss Universe 2014 Paulina Vega
Miss Universe 2013 Gabriella Isler
Miss Universe 2012 Olivia Culpo
Miss Universe 2011 Leila Lopez
Miss Universe 2007 Riyo Mori
Gaun inspirasi kebaya Indonesia yang masa satu paling korang gemari?
ARTIKEL BERKAITAN : Ratu Cantik Thailand Anggun Berbusana Kebaya, Angkat Budaya Masyarakat Selatan – REMAJA
BACA LAGI : Unik Berkebaya, Busana Miss World Malaysia 2021 Raih Pujian – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.