[ FOTO ] 3 Shopping Malls Ini Kelihatan Seram Tanpa Pengunjung, Tak Boleh Cam!

Share

 

Selalunya pada hari-hari kebiasaan, kompleks membeli-belah ataupun shopping malls lah yang menjadi lokasi tumpuan orang ramai.

 

Tapi ini bukan lagi hari kebiasaan.

Kita sedang berada dalam tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) dan akibatnya, kebanyakan stor yang terletak di dalam shopping malls terpaksa menutup perniagaan buat sementara waktu.

Beberapa foto hasil kiriman pengguna Twitter yang masih bekerja atau perlu mengunjungi shopping malls bagi membuat urusan telah mengejutkan netizen.

Ramai tidak menyangka betapa seramnya apabila bangunan gah seperti SURIA KLCC, Sunway Pyramid dan Mid Valley Megamall kelihatan suram tanpa kelibat pengunjung. Sekali pandang seperti shopping malls yang sudah ditutup selepas jam 10 malam. Tapi rupanya mereka berada di sana pada waktu siang!

Jom lihat perkongsian foto di 3 lokasi ini.

 

KLCC

Twitter @nik_afnan

Menurut pengguna akaun Twitter @ShuckMyBhauls (ahem), inilah keadaan semasa di Suria KLCC pada jam 6 petang di hujung minggu. Korang boleh mendengar bunyi tapak kasut sendiri semasa berjalan. Seram!

Twitter @ShazGhaF

Ramai yang berseloroh mengatakan adakah ini KLCC ataupun shopping malls lain. Antara perbandingan yang dipetik termasuklah Space U8 Shah Alam, Galaxy Ampang, Amcorp Mall PJ dan Quill City Mall Kuala Lumpur.

 

SUNWAY PYRAMID

Twitter @NadHzwni

Ini adalah sesuatu yang tidak disangka akan berlaku kepada Sunway Pyramid. Shopping mall yang selalu membuatkan pengunjungnya naik angin kerana perlu berebut parkir kereta ini kini sunyi umpama shopping mall baru yang menanti tarikh pembukaan.

MID VALLEY

Twitter @4iaiyman

Siapa sangka, salah satu shopping malls terbesar di Kuala Lumpur iaitu Mid Valley Megamall pun sunyi sepi. Hanya kelibat penjaga sekuriti saja yang kelihatan. (Penulis rasa dia pun nak balik cepat tu).

*

Haih, lainkan suasana ini jika nak dibandingkan dengan persediaan bulan Ramadan tahun-tahun sudah yang menyaksikan dekorasi Aidilfitri meriah.

Nampak gayanya, terpaksalah kita lupakan seketika hasrat untuk membeli-belah secara fizikal pada kali ini.

NEXT READ: GrabFood Tolong Dapatkan Makanan Favourite Kita Ramadan Ini

 

 

Published by
FZ