
Awal pagi tadi kita dikejutkan dengan video letupan yang berlaku di Beirut, Lubnan. Dilaporkan seramai 73 orang terbunuh dan 3,700 lagi mengalami kecederaan.
Presiden Lubnan, Michel Aoun menggesa seluruh negara untuk berkabung bagi mengenang mangsa dalam letupan tersebut.
Difahamkan, lokasi letupan itu adalah Gudang bunga api yang menyimpan 2,750 tan ammonium nitrat tanpa langkah keselamatan dan didakwa menjadi punca letupan.
Letupan kuat itu dapat dirasai di seluruh bandar raya berkenaan dan bekalan eletrik terputus di beberapa buah daerah.
Media-media Lebanon turut menyiarkan imej mangsa-mangsa yang terperangkap dan keadaan sekeliling selepas berlakunya letupan itu.
Memang menyayat hati.
Pihak berkuasa akan mengambil tindakan keras terhadap individu yang bertanggungjawab mengakibatkan berlakunya letupan tersebut.
Kejadian ini turut dikongsi oleh pengguna di Twitter.
via signal. fireworks and then an explosion
Pray For Everyone 😭
It's unbelievable 😭😭😭😭#Beirut #Lebanon
— MONSTER 😎😎 (@vishwavel17) August 4, 2020
Takziah kami ucapkan kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam nahas ini. Semoga pihak yang terbabit bertanggungjawab bagi membela nasib keluarga mangsa.
Sama-sama kita doakan agar keadaan di Beirut lebih terkawal dan dilindungi olehNya.
Sumber: Astro Awani, Twitter
Anak Kelar Ibu Bapa Selepas Berborak, Bahayanya Pesakit Skizofrenia Berhalusinasi

Isu masalah mental Skizofenia bukanlah benda asing yang kita dengar. Semalam satu Malaysia dikejutkan dengan kejadian yang cukup tragis apabila sanggup membunuh kedua ibu bapanya.

Hal ini berlaku selepas keluarga ini berbincang tentang hal keagamaan dan ketuhanan membawa kepada malapetaka. Secara tiba-tiba seorang penganggur berusia 31 dipercayai membunuh ibu bapanya, Mohammad Maasai, 68, dan Zailan Zainudin, 64, di rumah mereka di Kampung Kemahang Hulu. Pahang.
Hasil siasatan polis mendapati pada mulanya suspek duduk bersama bapanya ‘berborak’ tentang hal ilmu agama dan ketuhanan.
“Kemudian suspek nampak mata bapanya bertukar menjadi ‘hitam’ dan seakan-akan hendak menyerangnya. Supek kemudian masuk ke dalam biliknya dan mengambil parang lalu menetak bapanya sehingga warga emas itu menjerit berkali-kali dengan sebutan “dah … dah … dah …” dan berlakulah pergelutan kedua beranak berkenaan.
“Ibu suspek yang nampak pergelutan itu datang untuk membantu suaminya, tetapi turut diserang dengan tetakan serta tikaman di bahagian leher dan kepala,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Apa itu penyakit Skizofrenia
Skizofrenia merupakan gangguan jiwa yang mempengaruhi fungsi otak manusia, fungsi normal kognitif, emosional, dan tingkah laku. Pesakit gangguan skizofrenia biasanya akan kehilangan respons emosional, menarik diri dari pergaulan, dan mengalami halusinasi serta delusi.
Merupakan penyakit mental yang diakibatkan oleh ketidakseimbangan satu sel kimia dalam otak (dopamine).
Ia adalah suatu gangguan psikosis fungsional berupa gangguan mental secara berulang dengan gejala-gejala psikotik seperti kemunduran fungsi sosial, fungsi kerja dan perawatan diri. Penghidap penyakit ini kemungkinan dapat melihat, mendengar dan merasa akan tetapi apa yang yang didengari,dilihat dan dirasa itu bukanlah sesuatu yang wujud di alam nyata. Ia dianggap benar oleh si penghidap sehingga ia boleh mempengaruhi tingkah laku si penghidap.
Penyakit ini wujud sejak beratus tahun namun ianya dikesan sebagai penyakit mental pada tahun 1887 oleh Dr Emelin Kreaplin.
Kesan penyakit ini akan mempengaruhi proses pemikiran pesakit. Penyakit ini diperoleh melalui perubahan persekitaran sekeliling seperti tekanan perasaan, masalah kewangan dan lain-lain.
Penyakit Mental Skizofrenia
Ada juga yang mengaitkan dengan masalah yang datang dari genetik.Ia juga bermula dari kemurungan sehingga boleh bertindak mencederakan diri sendiri dan orang lain.
Menurut Professor Bersekutu Psikiatari, Fakulti Perubatan Universiti Malaya, Dr Ng Chong Guan, kira-kira 30 peratus rakyat Malaysia merupakan penghidap penyakit mental dan wanita adalah yang paling tinggi peratusannya mendapat penyakit ini daripada lelaki.
Penyakit ini biasanya bermula pada lewat remaja dan awal dewasa iaitu semasa fasa yang paling kritikal dalam kitaran hidup seseorang individu. Katanya, dalam masa 10 tahun, peratusan yang akan mendapat penyakit ini akan meningkat sekali ganda dalam masa 10 tahun.
Orang dengan gangguan skizofrenia mempunyai sekurang-kurangnya satu dari gejala-gejala berikut:
1. Halusinasi. Pesakit mendengar suara manusia atau suara lain yang sebenarnya tidak nyata, atau melihat sesuatu yang sebenarnya tidak ada.
2. Delusi. Pesakit mempercayai sesuatu yang tidak nyata; menginterpretasikan dunia yang berbeza dengan kenyataan.
3. Tidak bersemangat.
4. Tabiat tidak merawat diri dengan baik.
Skizofrenia boleh dirawat
Skizofrenia tidak dapat dirawat dengan satu jenis rawatan sahaja. Ia memerlukan gabungan rawatan yang meliputi aspek-aspek seperti:
Psikoterapi – Rawatan psikologi bertujuan untuk memberi sokongan emosional kepada pesakit.
Farmakologi – Penggunaan ubat-ubatan bagi memulihkan ketidakseimbangan biokimia di bahagian otak serta mengurangkan gejala penyakit.
Psikososial – Penglibatan pesakit dalam pelbagai aktiviti seperti psycho-education membantu pesakit sedar bahawa rawatan dan pemulihan bukan hanya bergantung kepada ubat atau psikoterapi, tetapi persekitaran turut mempengaruhinya.
Justeru, penyakit ini adalah cabang dari penyakit mental dan ia adalah penyakit yang amat yang memerlukan perhatian ramai. Diharapkan, masyarakat dapat menerima kehadiran dan membuang stigma yang memandang serong terhadap pesakit mental.
Ha, ada yang mengalami simptom-simptom seperti ini tak? Nah, kalau ada pun korang tetap kena pergi berjumpa dengan doktor dulu untuk mengesahkannya.
Sumber: Utusan Mufti WP, My Health
Kenapa Kebanyakan Pesawat Penumpang Sinonim Dengan Warna Putih? Ini Sebabnya

Mungkin warna pesawat tidak berapa dipedulikan kerana kebanyakan dari kita lebih memfokuskan kepada jenis pesawat seperti Airbus 330 atau Boeing 737 selain mahu mengetahui keluasan dan jumlah penumpang boleh diisi dalam satu-satu penerbangan.
Ia penting kerana kita mahukan sedikit keselesaan terutama jika perjalanan masa mengambil masa lebih dari enam jam ke atas sebelum sampai ke destinasi.
Namun tahukah, jika kita perasan, kebanyakan pesawat dicat warna putih dan boleh dikatakan kebanyakan pesawat penumpang diwarnakan sebegitu. Walau ada warna-warna lain bagi pesawat komersial seperti merah untuk Air Asia, ia masih dicat putih bersamanya. Bagi Malaysia Airlines pula, kebanyakkannya berwarna putih selain warna lain bagi logonya. Malah kebanyakan negara di seluruh dunia turut memilih warna putih bagi pesawat komersial mereka.
Jika kita menganggap warna putih lebih bersih tetapi ada sebab mengapa badan pesawat penumpang dicat sedemikian.
Menurut Reader’s Digest, ada dua alasan warna putih menjadi warna pilihan pesawat.
Pertamanya untuk memastikan pesawat kelihatan “tenang atau sejuk mata memandang”.
Jelas Steve Deane dari syarikat Stratos Jet Charters dalam satu temuramah berkata, bayangkan pesawat berada di landasan sebelum menunggu untuk berlepas.
“Jika pesawat berwarna gelap, ia pandangan tidak selesa untuk penumpang yang memandang. Malah dengan semua teknologi yang ada di dalam pesawat, jika ia diwarna putih, teknologi lebih tahan lama dalam keadaan “sejuk”.
Steve turut menjelaskan bahawa pesawat yang memiliki warna putih akan membuatkan mesin pesawat bertahan lebih lama dan dapat menghadkan waktu membaikinya. Tapi ia masih tetap diperbaiki apabila tiba masanya.
“Malah ia juga mudah dikesan jika terjatuh ke dalam laut atau terhempas di daratan. Warna putih memantulkan cahaya matahari dan pesawat lebih mudah dikesan jika berlaku kemalangan,” katanya lagi.
Mudah kesan keretakan pesawat
Seorang bekas pramugari Philip Weiss berkata, pemilihan waran putih biasanya akan membuatkan penumpang berasa lebih aman dan tenang.
“Tapi paling penting, jika ada kerosakan atau keretakan pada badan pesawat, ia lebih mudah dikesan berbanding warna gelap,” kata Weiss lagi.
Peningkatan segi keamanan dari pemilihan warna putih ini merupakan bonus.
Dalam pada itu, penelitian dibuat oleh Human Wildlife Interactions mendapati bahawa pemilihan cat ini mempunyai pengaruh pada burung. Penemuan ini memperlihatkan sudut pandang burung lebih jelas ketika di udara selain awan yang ada. Walau ada kerosakan terjadi akibat terlanggar burung namun ia adalah perkara biasa terjadi hingga kerugian kasar dianggarkan lebih dari USD300 juta setahun.
Aafiyah Akan Dapat Adik? Peminat Suspek TokTi Buat Pengumuman 1 Disember

Seperti ramai peminat Datuk Seri Siti Nurhaliza kini ketahui, penyanyi nombor satu negara itu dan suaminya, Datuk Khalid Muhd Jiwa sememangnya sedang cuba untuk mendapatkan cahaya mata kedua selepas kelahiran Siti Aafiyah Khalid pada tahun 2018.
Justeru, ‘ketiadaan’ beliau di acara-acara besar mahupun di media sosial secara langsung dilihat sebagai cara TokTi merehatkan diri daripada mata khalayak. Ramai juga yang terus mendoakan semoga urusan pasangan tersebut bagi mendapatkan zuriat dipermudahkan
Menerusi beberapa muat naik semalam, TokTi dapat dilihat membuat kemunculanbagi menyambut ulang tahun kelahiran menantu kepada Datin Zawyah Tengku Izham iaitu Alyssa Hisham. Majlis yang berlangsung di sebuah restoran itu turut dihadiri oleh Izara Aisyah dan Tya Arifin.
Aku rasa memang confirmla tokti pregnant. Obvious kot perut dia. Ke aku salah,anyone yg tgk korang rasa camne? Event ni baru je berlaku td. pic.twitter.com/uyp1iMAOPv
— KnizaM Leo 🇲🇾 (@kroolnizam) November 29, 2020
Apa yang hangat diperkatakan oleh netizen adalah rupa paras TokTi persis seri ibu yang sedang berbadan dua. Malah, pemakaian baju yang lebih longgar juga menampakkan sedikit sosok baby bump lebih-lebih lagi apabila beliau kerap dilihat mengusap bahagian perut.
Untuk pengetahuan korang, TokTi dan pasukannya sedang bersiap sedia untuk melancarkan video muzik untuk single Kuasa Cinta pada 1 Disember ini.
ARTIKEL BERKAITAN: 4 Kali Bertukar Topi Untuk MV ‘Siapa Tak Mahu’
Ia merupakan lagu khas yang ditulis oleh beliau sendiri untuk menceritakan penantiannya bersama suami untuk mendapatkan Aafiyah. Lagunya pula adalah hasil kolaborasi bersama penyanyi seberang, Melly Goeslaw.
Justeru, bersempena pelancaran itu, ramai yang merasakan satu pengumuman khas akan dilakukan beliau bagi berkongsi berita gembira sudah berbadan dua.
*
Apapun, kami doakan semoga semuanya dipermudahkan!
Teringat pula dulu masa TokTi dan Datuk K lakukan pengumuman kelahiran Aafiyah.
Tahniah Tokti & Datuk Seri K! Malaysia’s Sweetheart Selamat Lahirkan Bayi Perempuan – REMAJA