Nampaknya hasil kerja orang lain, orang lain dapat nama..Erm. Banyak kali juga isu inikan tapi bila kali ini melibatkan pemimpin utama negara terutama Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad sudah tentu ia mendapat perhatian serius.

Malam tadi berlangsung satu Majlis Makan Malam Amal PH yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) yang mana dana sebanyak RM1.665 juta telah berjaya dikutip melalui jualan meja. Sumber : Berita Harian

Berita Harian melaporkan, dalam majlis makan amal itu juga satu lelongan gambar telah diadakan. Antara yang menarik perhatian ialah satu potret bersejarah sebelum sidang media pertama pemimpin Pakatan Harapan (PH) selepas Tun Dr Mahathir Mohamad mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ketujuh dilelong pada harga RM500,000.

Foto Bersejarah Tun M Bersama Pemimpin PH Berjaya Dijual RM500,000, Tapi Rupanya Gambar Asal Telah Diedit?
Gambar ini berjaya dilelong pada harga RM500 k

Gambar yang dirakam pada 10 Mei lalu iaitu sehari selepas PH memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) itu dibeli seorang pembida tempatan selepas bidaan dibuka pada harga bermula RM100,000.

Gambar kedua yang dilelong pada harga tinggi adalah gambar Dr Mahathir memulakan tugas pada hari pertama sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-7 pada 23 Mei lalu di Pejabat Perdana Menteri.

Gambar Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu dilelong pada harga RM350,000 dibeli pembida bernama Datuk Seri Stanley Tai selepas bidaan dibuka pada harga bermula RM50,000.

Gambar Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga Presiden PH turut dibeli pada harga RM150,000.

Ads

Tiga gambar lain yang dibida adalah gambar tiga Timbalan Presiden PH iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin pada harga RM110,000, Lim Guan Eng (RM100,000) dan Mohamad Sabu (RM10,000).

ARTIKEL BERKAITAN : Apa Perkara #1 Tun M Lakukan Untuk NEGARA Selepas Diangkat Sebagai PM?

7 Perkara PELIK Dalam PRU 14 Libatkan Tun M Yang Anak Muda Kena Tahu

Memang tinggi nilai gambar itukan. Tapi apa yang menjadi isunya adalah dikatakan gambar itu telah didakwa telah diedit oleh pihak tertentu kerana gambar asalnya berbeza.

Ads
Foto Bersejarah Tun M Bersama Pemimpin PH Berjaya Dijual RM500,000, Tapi Rupanya Gambar Asal Telah Diedit?
Ini gambar yang disiarkan oleh BERNAMA pada 11 Mei 2018 ketika peristiwa bersejarah ini. Lohat individu di belakang Tun Mahathir
Foto Bersejarah Tun M Bersama Pemimpin PH Berjaya Dijual RM500,000, Tapi Rupanya Gambar Asal Telah Diedit?
Gambarnya dibulatkan menandakan diri individu itu wujud pada sidang media itu
Foto Bersejarah Tun M Bersama Pemimpin PH Berjaya Dijual RM500,000, Tapi Rupanya Gambar Asal Telah Diedit?
Individu ini wujud dalam gambar semasa sidang media tersebut. Gambar disiarkan oleh MStar Online pada 11 Mei 2018

Korang dapat lihat apa beza gambar yang pernah disiarkan di BERNAMA dan gambar yang berjaya dibida semalam sebanyak RM500,000 itu. Sedihkan, bila hasil kerja jadi begini. Hal ini telah disuarakan oleh photojournalist BERNAMA sendiri melalui fbnya, atas nama Palie Larh mengenai isu ini.

Foto Bersejarah Tun M Bersama Pemimpin PH Berjaya Dijual RM500,000, Tapi Rupanya Gambar Asal Telah Diedit?
Perhati gambar di belakang Tun M betul-betul kerana individu dinyatakan sudah tiada?
Foto Bersejarah Tun M Bersama Pemimpin PH Berjaya Dijual RM500,000, Tapi Rupanya Gambar Asal Telah Diedit?
Ini didakwa gambar asal yang disiarkan oleh kebanyakan media
Foto Bersejarah Tun M Bersama Pemimpin PH Berjaya Dijual RM500,000, Tapi Rupanya Gambar Asal Telah Diedit?
Perhatikan baik-baik antara gambar yang berjaya dilelong 500 k dengan gambar ori ni seperti disiarkan oleh Kosmo pada 11 Mei 2018

 

Walaupun itu bukan gambarnya sendiri tapi sesiapa yang bekerja dalam bidang kewartawanan mesti faham dan dapat merasai apa yang dilalui oleh rakan-rakan seangkatan kerana kami dalam satu bidang yang sama walau lain syarikat.

Ads

Carian REMAJA di MStar Online dan Kosmo (LIHAT SINI : KOSMO ONLINE )juga mendapati wujudnya individu yang dipadamkan itu yang bertarikh 11 Mei 2018. Ternyata ianya wujud dan tidak seperti gambar yang dilelong pada harga RM500 k tersebut. Ermmm, kerja siapalah agaknyakan. Kesian pada orang yang bertungkus lumus bidik gambar terutama gambar bersejarah pula tu.

Tak kiralah apa pekerjaan kita tapi sekurangnya hargai hasil karya orang lain. Kalau begitu mudah “remove” dan touch up gambar  tanpa bidikan jurugambar, baik ambil saja mana-mana gambar dan kemudian tepek elok-elok. Lagi senangkan..

 

 

 

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI