Dua situasi berbeza – dua kelompok wanita daripada dua latar belakang berbeza.

Namun, kedua-duanya menjadi headline utama di media mainstream and online pada hari ini. Ia berkenaan dengan keputusan memakai dan menanggalkan hijab.

Sempena bulan Februari, wanita berhijab diraikan dengan sambutan World Hijab Day di mana beberapa organisasi seluruh dunia bertindak untuk menyarung wanita dengan hijab walaupun mereka tidak beragama Islam.

Mereka telah mengajak duta, pihak penganjur, volunteer dan wanita secara amnya untuk menyokong rakan-rakan mereka yang beragama Islam dan menyarung hijab serta menentang sebarang sifat prejudis dan diskriminasi terhadap wanita Islam.

My dearest sisters, we must learn and realize that under this fabric (hijab) lies a soul, a heart, a human being just like everyone else,” kata Nazma Khan yang mencipta fenomena World Hijab Day pada tahun 2013.

Berikut merupakan sebahagian kecil daripada posting yang dimuat naik oleh wanita bukan Islam seluruh dunia sebagai tanda solidariti dan sokongan kepada wanita berhijab.

 

 

 

Ads

 

 

Bagi kebanyakan wanita ini, mereka memahami konsep kesederhanaan (dengan memakai hijab) adalah cara Islam menggalakkan kaum lelaki untuk melihat wanita dengan hormat dan bukannya sebagai sebuah objek.

Hasilnya, ramai wanita bukan Islam cuba memakai hijab untuk satu hari dan mengatakan pengalaman itu berbeza bagi mereka.

Ads

Sementara Itu, Wanita Di Iran Membakar Hijab..

[FOTO] Bila Wanita Bukan Islam Menyokong World Hijab Day Sedangkan Wanita Iran Membakar Hijab Tanda Protes

Namun, stigma berbeza melanda wanita berhijab. Kononnya, mereka menyarung hijab kerana ‘dipaksa’ oleh keluarga dan kerajaan. Stigma ini telah melanda beberapa buah negara yang majoritinya merupakan penduduk Islam.

Salah satu daripadanya ialah Iran.

Wanita Islam di sana telah merekod video mereka membakar hijab dengan hashtag #NoHijabDay sebagai tanda protes wanita Iran ‘dipaksa’ untuk memakai hijab walaupun itu bukan kemahuan peribadi mereka.

Salah seorang daripadanya ialah Al Ali. Di dalam video yang dimuat naik, dia dilihat menanggalkan hijab walaupun masih berpakaian jubah dan membakar hijabnya di tengah-tengah kawasan tanah lapang.

Seorang lagi penulis warga berdarah Arab-Kanada, Yasmine Mohammed enggan lagi menggelar dirinya seorang Muslim. Dia juga menanggalkan hijab yang dipakai dan membakarnya.

Ads

Pada bahagian caption, dia menulis, “It feels so liberating to burn the #hijab.” (Saya terasa sangat bebas setelah membakar hijab.)

Di Iran, satu kod pemakaian mengikut cara Islam yang diamalkan sejak Revolusi 1979 mewajibkan semua wanita berusia 13 tahun ke atas di Iran untuk menutup aurat. Pakaian figure hugging juga dilarang sama sekali.

Jika wanita di sana melanggar kod pemakaian ini, mereka boleh disaman hingga 500,000 Iranian Rial (RM59) atau dipenjarakan selama dua bulan.

Artikel Berkaitan: Bekas Perdana Menteri Australia Kritik Pereka Fesyen Muslimah “Old Fashion”

Bagi REMAJA, tindakan membakar itu umpama satu nyalaan kebencian dan hinaan terhadap agama mereka dan hukum yang telah ditetapkan oleh Islam.

Walaupun budaya di Iran menetapkan memakai hijab sebagai satu kewajiban, namun itu tak memberi ruang untuk wanita ini melakukan perbuatan membakar.

 

[FOTO] Bila Wanita Bukan Islam Menyokong World Hijab Day Sedangkan Wanita Iran Membakar Hijab Tanda Protes
Apabila masyarakat dunia yang tidak memahami tentang kewajiban wanita beragama Islam menentang pemakaian hijab di seluruh dunia.

 

Ia seakan membuka peluang kepada berjuta-juta masyarakat dunia yang terhimpit dengan stigma anti-Islam dan Islamofobia untuk terus menggasak wanita Islam (sama ada berhijab atau tidak) dengan kata-kata cercian dan perilaku tidak sopan.

Seharusnya mereka sedar tindakan itu memalukan keluarga, masyarakat dan diri mereka sendiri. Apa pendapat korang?

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI