[FOTO] Bukan Satu, Dua Tapi LAPAN Persalinan Miss Malaysia Dalam Satu Hari

Share

Isi Kandungan

Toggle

 

Semenjak memenangi gelaran Miss Universe Malaysia 2020 pada hari Sabtu lalu, nama Francisca Luhong James semakin disebut-sebut sebagai salah seorang pesaing sengit untuk bertanding di Miss Universe 2020, kelak.

ARTIKEL BERKAITAN: “Wanita Hanya Perlu Percayakan Diri Sendiri” – Francisca

Hanya sempat menarik nafas sebentar pada hujung minggu, Francisca dan pihak Miss Universe Malaysia Organization (MUMO) tidak menoleh ke belakang dan terus membawa ratu cantik itu untuk diperkenalkan kepada orang ramai menerusi sesi Minggu Bersama Media.

REMAJA yang dijemput sebagai salah satu rakan media sempat untuk menemui Francisca (dan Miss Universe Malaysia 2019 Shweta Sekhon! But more on that later

) dan sememangnya, anak kelahiran Sarawak itu tinggi orangnya.

Berdiri pada ketinggian 175 sentimeter, Francisca manis dipandang dalam persalinan sut daripada Michael Kors dan tiara serta aksesori daripada Habib Jewels. Tiara yang cantik terletak di atas kepalanya itu khabarnya memerlukan pengawal dan wakil daripada Habib Group sendiri atas faktor keselamatan.

“Tiara ini saja bernilai kira-kira RM2.38 juta. Dengan baju dan barang kemas daripada Habib Jewels ini, persalinan saya secara keseluruhan ini mungkin bernilai RM3 juta,” kongsinya.

Wow! Jangan main-main ya.

Menariknya, dalam tempoh sehari, Francisca tidak sekadar menyarungkan satu atau dua persalinan saja. Ratu berusia 25 tahun itu sempat untuk menukar sehingga LAPAN persalinan bagi setiap temuramah yang dilakukan olehnya bersama rakan media!

Jom lihat transformasi stail Fran dalam tempoh 8 jam semalam.

 

01

Dress: Khoon Hooi

 

02

Dress: Khoon Hooi

 

03

Sut: Michael Kors

04

Top: Michael Kors

 

05

Dress: Khoon Hooi

 

06

Dress: Michael Kors

 

07

Dress: Vogue Lease

08

Dress: Vogue Lease

 

*

Haa, mana satu jadi kegemaran korang? Personally, penulis menggemari sut Michael Kors yang Francisca sarungkan semasa temuramah kami bersamanya. Call us biased but we like that look best! Hehe..

Pujian turut harus diberikan kepada skuad glam yang mempersiapkan Francisca, terdiri daripada Makeup Miracle, Shawn Cutler dan pasukan MUMO sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Jatuh 2 Kali, Bangkit Kali Ketiga – Francisca

Nantikan video temuramah bersiri kami bersama Francisca Luhong James, tak lama lagi.

Sumber foto: Instagram Miss Universe Malaysia

Published by
FZ