Bermula malam tadi, sekatan jalan raya rentas negeri di seluruh negara dihentikan selepas kerajaan membenarkan pergerakan rentas negeri sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula hari ini.
Menurut tinjauan Bernama yang telah dibuat di Plaza Tol Gombak tengah malam tadi mendapati anggota polis dan tentera yang bertugas di sekatan jalan raya mula mengalihkan kon serta khemah yang terletak di sekatan jalan raya rentas negeri di lokasi tersebut.
Berikut adalah antara gambar-gambar frontliners yang telah dirakamkan dalam momen berakhirnya sekatan jalan raya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan di negara kita.
Rata-rata daripada masyarakat Malaysia mengucapkan terima kasih buat petugas barisan hadapan, selain turut mendoakan kesejahteraan mereka setelah berkorban demi menjaga keselamatan negara.
Semoga wabak COVID-19 ini tidak lagi menular dan diharap agar seluruh rakyat Malaysia masih mempraktikkan norma baru bagi mengelakkan segala kemungkinan yang tidak diingini.
Stay safe guys!
Sumber: Bernama