
Di hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dijalankan di seluruh negara nampaknya menjadikan ibu negara kembali sunyi seperti PKP 1.0 tahun lalu.
Menerusi perkongsian BERNAMA, suasana sekitar kawasan yang kebiasaannya sesak dengan orang ramai menjadi kosong kerana kebanyakan premis ditutup di Jalan Tuanku Abdul Rahman berikutan kerajaan melaksanakan sekatan pergerakan penuh atau ‘total lockdown’ fasa pertama hari ini.


Seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Zeck Khayrie juga turut berkongsi gambar di sekitara KLCC, Jalan Tuanku Abdul Razak, Jalan Sg.Besi depan TBS, MRR2, Federal Highway dan jalan di hadapan The Mines yang kebiasaannya sesak teruk.
Zeck sempat merakam gambar tersebut ketika dalam perjalanan pergi dan balik untuk menerima suntikan vaksin.







Walau bagaimanapun, ada juga netizen yang meninggalkan komen supaya mengambil gambar di kawasan-kawasan kilang dan seakan tidak bersetuju kerana ada juga sektor yang dibenarkan beroperasi dalam tempoh ‘lockdown’ ini.
Apa-apa pun diharap agar rakyat Malaysia terus berdoa agar penularan COVID-19 ini berjaya dihentikan.
Stay home, stay safe!
Kes Sekumpulan Remaja Basikal Lajak Maut, Wanita Ini Akhirnya Dijatuhi Hukuman Akibat Pandu Melulu

Korang ingat lagi tak tragedi maut yang pernah menimpa lapan orang remaja yang menunggang basikal lajak? Mereka sekumpulan malangnya telah dirempuh eleh sebuah kereta dari belakang dan meninggal dunia pada tahun 2017.

Kes tersebut telahpun berlangsung selama lima tahun dan terdahulu, suspek yang melanggar telah dibebaskan mahkamah setelah ia mengambil kira pemandu sedang melalui jalan yang berselekoh pada waktu malam. Lalu, pemandu dikatakan tidak dapat menjangkakan kehadiran sekumpulan remaja tersebut.
ARTIKEL BERKAITAN : “Jalan Berselekoh Jadi Punca,” Wanita Bebas Tuduhan Langgar Mati 8 Remaja Basikal Lajak
Namun pada hari ini, Mahkamah Tinggi Johor telah menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 ke atas wanita bernama Sam Ke Ting itu selepas didapati bersalah atas pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal lajak itu.
HUKUMAN PENJARA
Hakim Datuk Abu Bakar Katar memerintahkan hukuman penjara ke atas kerani berusia 27 itu bermula hari ini. Wanita itu juga hilang kelayakan lesen memandu selama tiga tahun sebaik menjalani tempoh penjara dan sekiranya gagal membayar denda, tempoh dipenjarakan boleh ditambah lagi selama enam bulan.
Hakim berkata, pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan yang telah membuktikan dengan jelas intipati kesalahan.

“Perbuatan responden yang memandu secara melulu atau merbahaya telah menyebabkan kehilangan lapan lapan nyawa. Mahkamah ini mengikuti pendekatan nas duluan yang mengambil kira bilangan mangsa yang terlibat dalam menjatuhi hukuman,” katanya.
Hakim juga berkata, mahkamah bicara telah terkhilaf apabila gagal menimbangkan pembelaan wanita yang tidak menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah atas kes pendakwaan bagi pertuduhan memandu kereta secara merbahaya mengambil kira keadaaan jalan yang berselekoh dan sedikit berbukit.
“Mahkamah bicara terkhilaf apabila menerima pembelaan yang tidak mengetahui adanya aktiviti basikal lajak pada malam kejadian sebagai alasan untuk memandu keretanya secara merbahaya sehingga mengorbankan mangsa yang dinyatakan dalam pertuduhan.
“Responden seharusnya memandu keretanya dengan lebih berhati-hati dan bukannya memandu dengan laju sehingga menyebabkan kemalangan. Responden sepatutnya menyedari kemalangan pencahayaannya tidak begitu terang pada jam lebih kurang 3.20 pagi,” tambahnya lagi.
Sebelum ini, suspek telah didakwa atas tuduhan memandu sehingga mengakibatkan 8 orang remaja bawah umur meninggal dunia kira-kira dua tahun lepas di Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bahru pada jam 3.20 pagi.
Mangsa adalah Mohamad Azrie Danish Zulkefli, 14; Muhamad Shahrul Izzwan Azzuraimie, 14; Muhammad Firdauz Danish Mohd Azhar, 16; Fauzan Halmijan, 13; Mohamad Azhar Amir, 16; Muhammad Harith Iskandar Abdullah, 14; Muhammad Shahrul Nizam Marudin, 14 dan Haizad Kasrin, 16.
Al-fatihah buat semua mangsa. Moga kita mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku ini.
BACA LAGI : Bahaya Basikal Lajak Boleh Sebabkan Masalah Kesihatan, Ini Perkara Yang Masyarakat Perlu Tahu
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: BERNAMA
“Bersyukur Sangat..” 6 Tahun Cedok Pengalaman Sebagai Model Hijabi, Qasrina Karim Capai Tuah Pada 2023

Liku-liku perjalanan seorang anak seni bernama Qasrina Karim tidaklah pernah dihambat dengan dugaan keterlaluan jika ingin dibandingkan dengan rakan-rakan selebriti sebayanya.
Pada usia 26 tahun, Qasrina pada mulanya mengorak langkah selaku seorang model hijabi. Sepanjang enam tahun berkecimpung dalam bidang peragaan, halaman demi halaman majalah dihiasi dengan wajah Qasrina sebagai seorang ‘upcoming’ model. Pada ketika awal pembabitannya, si cantik manis ini masih bergelar seorang mahasiswi dan menjadi bidang ini sebagai pekerjaan sampingan sahaja.

Tahun demi tahun, keyakinan Qasrina beraksi di hadapan kamera mula diintai oleh beberapa jenama fesyen tempatan besar dan dari situlah, Qasrina disunting sebagai wajah utama jenama pakaian Muslimah, Alhumaira sehingga ke hari ini.
ARTIKEL BERKAITAN: “Dia Manis & Punctual..” Qasrina Karim Tetap Jadi Duta Pilihan Tudung Alhumaira Masuk Tahun Ke-6 – REMAJA
Selang beberapa hari setelah Qasrina kembali di acara pelancaran koleksi hijab Alhumaira ‘Sally & Remy’ bersempena perayaan Aidilfitri 2023, REMAJA kembali menemui Qasrina di acara berlainan pula yang menamakan Qasrina sebagai wajah kempen Astro Ramadan Raya 2023 di samping Hero Remaja 2020, Nadhir Nasar.
Katanya, tempoh enam tahun lepas telah perlahan-lahan membuka ruang dan peluang buatnya untuk mengembangkan potensi sebagai personaliti awam. Namun, tahun 2023 diakuinya sebagai tahun pertama di mana dia mula menyaksikan satu-persatu pintu rezeki berpihak kepadanya sebagai seorang pelakon.
“Alhamdulillah, Qas sudah berada dalam industri ini termasuklah industri modelling memasuki enam tahun. Tapi tahun ini, Qas dapat lihat rezeki itu lebih banyak masuk. Dari segi lakonan dan modelling pun masih ada lagi.
“Jadi bagi saya, ini semua Alhamdulillah rezeki dan nampaklah.. rasalah (perubahan pada tahun ini). Amat bersyukur,” ulasnya.
REMAJA turut berkesempatan untuk menanyakan pandangan Qasrina mengenai perbandingan di antaranya dengan rakan pelakon gandingan dalam drama Imam Instant Ustazah Scammer, Mira Filzah.
Tidak mudah melatah, Qasrina meletakkan soal perbandingan tersebut pada tangan penonton sendiri. Baginya, tetap wujud perbezaan di antara keperibadian dan pakej yang dipertaruhkan sebagai seorang pelakon berbanding Mira.
“Benda ni, dah lama pun saya dengar. Agak gementar juga bila hendak masuk set penggambaran drama dengan Mira, takut-takut dia rasa awkward (kerana mereka sering disamakan).
“Tapi beliau chill sahaja. It is okay, Qas memang dah dapat komen sebegini dari dulu lagi ketika mula bertapak. Iyalah, rupa itu ada (persamaan). Cara percakapan mungkin. Tetapi ini adalah diri saya, this is who I am. Qas pun look up to Mira, she is such a nice, nice person,” tambahnya.
Untuk mengetahui lebih lanjut apa yang REMAJA bualkan dengan Qasrina Karim, klik link di bawah:
Watch on TikTok
♬ Lazy Sunday – Official Sound Studio
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
“Stop This Stupid Culture”, Lelaki Ini Minta Fans Jangan Suruh Neelofa Kahwin Dengan Hero Drama & Gabung Nama…

Dunia hiburan memang tak pernah sunyi dari menjadi tumpuan. Ada peminat suka, ada yang menzahirkan kutukan secara terang-terangan jika tidak suka pada artis.
Sebagai artis cantik, bijak, kaya, berjaya dalam kerjaya dan perniagaan dan ada segala-galanya, pendek kata apa saja tentang Neelofa pasti menjadi tumpuan. Apa tah lagi dirinya masih lagi single. Sebab itulah ramai peminat ternanti-nanti siapa jejaka yang berjaya mencuri hati kecilnya. Betul tak?
Jika dulu peminat heboh dengan gabungan nama #Lofatah kerana gandingannya bersama Fattah Amin dalam Suri Hati Mr Pilot yang meletup-letup sehinggakan ramai ternanti-nanti drama jam 7 malam itu, terkini, ramai menanti gandingannya bersama aktor Zul Ariffin dalam drama Ti Amor Sweetheart 100 Hari yang sedang rancak penggambarannya.


Disebabkan gandingannya bersama Zul Ariffin, wujud pula cantuman nama #Zulofa. Ramai peminat yang mahu keduanya yang masih single kalau diteruskan ke satu frasa lain. Ermm.
Namun di sebalik isu gandingan nama ini, seperti yang selalu didoakan oleh peminat-pemintanya, tweet dari Muhamad@AlHailFit ini boleh kita renungkan bersama. Katanya, Asal Neelofa berlakon je, fans mintak dia kawin dengan hero drama. Pastu gabung nama. Please Malaysian you have to stop this stupid culture.
Niatnya memang baik kerana dia mahu artis kesayangan ramai ini mempunyai pilihan sendiri. Tapi seperti biasa, ramai yang membalas tweetnya sehingga mendapat 17 k retweet dan 8855 orang menyukainya.
Kata mereka, inilah mentaliti Melayu, gabungan nama ini adalah sikap kanak-kanak sahaja selain ada yang meminta agar actress cantik ini digandingkan dengan Dato’ Seri Aliff Shukri agar membentuk nama LOFADANG (kelakarkan).

Namun benarkah pertanyaan dari anak-anak muda ini bahawa drama Melayu hanya ditonton makcik-makcik berusia 30 tahun ke atas yang digelar mereka MAKCIK BAWANG. Ada peminat drama Melayu boleh jawap ker?
Baca komen-komen tweet terutama dari anak muda..
Ada pula komen mengatakan mereka yang menyukai menonton drama Melayu ada terdiri dari mereka yang belum habis sekolah. Ini pandangan anak muda..mungkin kena fikirkan dengan mendalam mengapa filem Melayu kurang mendapat sambutan!!!