Di hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dijalankan di seluruh negara nampaknya menjadikan ibu negara kembali sunyi seperti PKP 1.0 tahun lalu.
Menerusi perkongsian BERNAMA, suasana sekitar kawasan yang kebiasaannya sesak dengan orang ramai menjadi kosong kerana kebanyakan premis ditutup di Jalan Tuanku Abdul Rahman berikutan kerajaan melaksanakan sekatan pergerakan penuh atau ‘total lockdown
’ fasa pertama hari ini.
Seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Zeck Khayrie juga turut berkongsi gambar di sekitara KLCC, Jalan Tuanku Abdul Razak, Jalan Sg.Besi depan TBS, MRR2, Federal Highway dan jalan di hadapan The Mines yang kebiasaannya sesak teruk.
Zeck sempat merakam gambar tersebut ketika dalam perjalanan pergi dan balik untuk menerima suntikan vaksin.
Walau bagaimanapun, ada juga netizen yang meninggalkan komen supaya mengambil gambar di kawasan-kawasan kilang dan seakan tidak bersetuju kerana ada juga sektor yang dibenarkan beroperasi dalam tempoh ‘lockdown
’ ini.Apa-apa pun diharap agar rakyat Malaysia terus berdoa agar penularan COVID-19 ini berjaya dihentikan.
Stay home, stay safe!