Foto Lama Di Instagram Terpadam, Izara Aishah Berhijrah Ke Fasa Baru?

Share

 

Adakalanya, pelakon jelita dan popular, Izara Aishah pernah memuat naik foto atau videonya dengan mengenakan hijab sempena tarikh-tarikh istimewa dalam kalendar Islam.

Namun kali ini, ia sedikit berbeza.

Pemenang tempat kedua pencarian Dewi Remaja 2009/2010 itu bukan saja memuat naik empat keping foto baharu yang menyaksikannya berjubah dan mengenakan hijab labuh dalam tona bumi.

Izara juga didapati telah memadamkan kesemua foto lamanya kecuali yang melibatkan suaminya, Muhammad Adib Khalid dan anaknya, Irisa Alaia serta beberapa posting lain yang tidak memperlihatkan ‘mahkotanya’ itu.

Tanpa sebarang kenyataan rasmi, peminat mula memperkatakan mengenai imej terbaru Izara ini yang kelihatan seperti baru saja berhijrah ke fasa baharu. Seperti biasa, Izara menutup ruangan komen pada muat naik terbarunya itu.

Di media sosial, foto terbaru Izara ini mula bertebaran dan ramai yang tampil memberikan sokongan terhadap keputusannya untuk berhijrah sekiranya benar.

Ada yang bersyukur apabila melihat semakin ramai golongan selebriti wanita tempatan yang mula berhijrah imej kebelakangan ini. Tentunya, ramai memuji keayuan Izara apabila mengenakan hijab dan berdoa agar pelakon J Revolusi itu terus istiqomah dengan imej tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN : Manis Berhijab! Lihat 7 Dewi Remaja Yang Telah Berhijrah Imej – REMAJA

Apapun keputusan Izara, REMAJA gembira dengan perubahan positif yang berlaku kepada Dewi kami ini selama bergelar seorang selebriti. Satu-persatu perkara yang berlaku dalam hidupnya cantik teratur dari dahulu hingga kini.

Published by
FZ