Lama tidak mendengar perkhabaran daripada sutradara tempatan disegani, Nik Amir Mustapha.
Setelah menghasilkan filem-filem prolifik seperti KIL (2013), Terbaik Dari Langit (2014) dan filem arahan bersama, Rise: Ini Kalilah (2018), beliau kini kembali semula ke layar perak menerusi buah tangan bergenre cinta Sci-Fi, Imaginur.
Lalu, ia membuatkan pengalaman di pawagam kali ini berbeza.
ARTIKEL BERKAITAN: Tak sampai Sejam ‘Open Slot’, Tiket Percuma Filem Imaginur Licin! – REMAJA
REMAJA berpeluang untuk menyaksikan sendiri apa yang dimaksudkan dengan pujian yang digembar-gemburkan penonton di timeline
Instagram dan Twitter kami.Ternyata, Imaginur tidak mengecewakan!
Tanpa mendedahkan spoiler, Imaginur mengisahkan mengenai Zuhal (Beto Kusyairy) yang berada di satu medium dan dapat membezakan antara realiti atau fantasi. Pada masa yang sama, seorang wanita misteri (Diana Danielle) muncul dalam bayangannya.
Apa yang pasti, tatkala menelurusi jalan cerita Zuhal ini, penonton pasti akan merasai bermacam-macam emosi yang hadir sejenak. Air mata pasti mengalir, debaran pasti bergoncang dalam dada.
ARTIKEL BERKAITAN: Filem Lakonan Beto Khusyairy & Diana Danielle, Imaginur Wakili Malaysia Ke New York Asian Film Festival 2022 – REMAJA
Sepanjang filem Imaginur berdurasi sejam 30 minit ini, penonton akan dibawa seketika ke satu ‘alam’ yang membuai jiwa gara-gara sinematografi yang memaparkan keindahan negeri Perlis.
Ditambah pula dengan suntingan warna mengasyikkan (tiada perkataan lain yang boleh menggambarkannya), filem yang ditulis skripnya oleh Nik Amir Mustapha sendiri bersama Redza Minhat ini memiliki kisah menarik di sebalik pemilihan lokasi di Perlis.
Difahamkan, negara Jepun merupakan idea lokasi asal pengarahnya bagi mendapatkan impak ‘ethereal’ bagi babak tersebut.
Bagaimanapun, perancangan asal itu terpaksa diolah setelah Malaysia dilanda pandemik COVID-19 dan diletakkan di bawah fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun 2020.
Lantas, mereka memilih untuk menukar lokasi ke Perlis yang memiliki pemandangan indah yang jarang disedari oleh orang ramai. Antara lokasi penggambaran Imaginur termasuklah Tasoh Lake Resort.
Menurut akaun Twitter @OhMyPerlis yang selalu memaparkan lokasi tarikan di sekitar negeri Perlis, kawasan ini khabarnya akan ditenggelami air dalam masa beberapa tahun dari sekarang.
Kalau korang masih ingat, kawasan ini juga pernah dijadikan lokasi penggambaran video muzik Forevermore nyanyian Yuna yang diarahkan oleh suami penyanyi itu, Adam Yousof.
ARTIKEL BERKAITAN: “Jangan Ceroboh Stesen Minyak Forevermore” Yuna Minta Hormati Pemilik Sebelum OOTD – REMAJA
BACA LAGI: Tak Cuba Sembunyi Berasal Dari Malaysia, Sebaliknya Yunalis Zarai Bangga! – REMAJA
Rata-rata respon warganet di hantaran yang dimuat naik oleh @OhMyPerlis itu memuji keindahan negeri Perlis dan ingin melawat negeri utara itu satu hari nanti.
“Cantiknya negeri Perlis, Beto pula tu berlakon. Okay, letak dalam list untuk tengok cerita ini
,” ciap @nadissahaja.“Next cuti, rasa nak ronda dekat Perlis. Cantik betul suasana,” catat @Anne_____n.
@UzaerR pula berkata, “Patut la dalam poster dia ada Bukit Cabang. Ingatkan bukit tu di tempat lain.”
Sementara itu, @theregoesmyluck berharap agar pengarah lain juga mendapat ilham daripada lokasi di sekitar Malaysia bagi projek masing-masing. “Best decision ever!! Please continue shooting in Malaysia.”
Imaginur telah ditayangkan di seluruh pawagam di Malaysia sejak 23 Februari lalu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.