Keadaan di Masjid AN-Nur Universiti Teknologi Petronas (UTP) Perak. Foto Instagram @shahafizan

 

Setelah kebenaran untuk menunaikan solat Jumaat di zon berstatus hijau telah dikeluarkan oleh pihak kerajaan minggu ini, beberapa masjid di kampus Institut Pengajian Tinggi seluruh negara mula menerima kunjungan jemaah secara perlahan-lahan, sebentar tadi.

Walaupun kapasiti jemaah yang dibenarkan hanyalah satu pertiga daripada kapasiti penuh, namun jemaah rata-rata meluahkan rasa syukur mereka apabila tuntutan agama ke atas kaum lelaki yang memenuhi syarat itu mulai ditunaikan.

Bersesuaian dengan perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) yang sedang berlangsung sekarang, jemaah perlu beratur mengikut marking yang ditetapkan untuk merekodkan suhu sebelum dibenarkan masuk.

Cara solat Jumaat ditunaikan juga berbeza daripada biasa apabila jemaah dijarakkan sejauh 1 meter di antara satu sama lain, selain diwajibkan memakai pelitup muka.

Setelah tamat sesi solat Jumaat, jemaah terus diminta bersurai secara tenang.

Jom lihat gambaran masjid di IPT tempatan terpilih yang dikongsikan oleh warganet.

 

Masjid Muhammad Al-Fateh
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

[ FOTO ] Masjid Di IPT Tempatan Perlahan-Lahan Terima Kunjungan Jemaah Tunai Solat Jumaat

Ads

 

Masjid Sultan Haji Ahmad Shah
Universiti Islam Antarabangsa Gombak

[ FOTO ] Masjid Di IPT Tempatan Perlahan-Lahan Terima Kunjungan Jemaah Tunai Solat Jumaat

 

Masjid An-Nur
Universiti Teknologi Petronas Perak

[ FOTO ] Masjid Di IPT Tempatan Perlahan-Lahan Terima Kunjungan Jemaah Tunai Solat Jumaat

Ads

 

Masjid Sayyidina Abu Bakar
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)

[ FOTO ] Masjid Di IPT Tempatan Perlahan-Lahan Terima Kunjungan Jemaah Tunai Solat Jumaat

 

Pusat Islam UTMKL
Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur

[ FOTO ] Masjid Di IPT Tempatan Perlahan-Lahan Terima Kunjungan Jemaah Tunai Solat Jumaat

Ads

 

Universiti Malaysia Pahang

[ FOTO ] Masjid Di IPT Tempatan Perlahan-Lahan Terima Kunjungan Jemaah Tunai Solat Jumaat

*

Dalam pada itu, ada universiti yang perlu menangguh solat jumaat di masjid utama kampus memandangkan ia tidak termasuk dalam senarai masjid yang diperkenankan untuk mendirikan solat jumaat.

Antaranya termasuklah masjid di kampus Universiti Teknologi MARA Shah Alam.

 

View this post on Instagram

 

[ PEMAKLUMAN TIADA PELAKSANAAN SOLAT JUMAAT DI MASJID AL- WATHIQU BILLAH TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN UiTM SHAH ALAM ] Assalamualaikum w.b.t YBhg Datuk/Datin/Prof./Tuan/Puan Merujuk kepada Kenyataan Akhbar D.Y.M.M SULTAN SELANGOR bertarikh 11 Jun 2020 dengan ini dimaklumkan bahawa: Masjid UiTM Shah Alam masih belum lagi dibenarkan untuk mendirikan solat Jumaat. Masjid UiTM Shah Alam adalah masjid institusi dan juga merupakan surau kebenaran Jumaat yang tidak termasuk dalam 39 Masjid yang diperkenankan untuk didirikan solat jumaat di Negeri Selangor. Sebarang maklumat terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Terima kasih diucapkan kepada Polis Bantuan UiTM, Pusat Kesihatan UiTM dan JOBSA UiTM kerana membantu Masjid UiTM membuat persediaan awal. Moga Allah kurniakan ganjaran kepada kita semua. Sekian, Pengarah Bahagian Hal Ehwal Islam.

A post shared by Halaman Rasmi Masjid UiTM (@masjiduitmshahalam) on

Tak mengapalah.

Yang penting solat Jumaat perlahan-lahan ditunaikan selari dengan norma baharu di Malaysia, Alhamdulillah.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI