Sekali lagi seperti dua tahun lalu, kejadian salji turun di Arab Saudi telah mula berlaku pada tahun 2021, lapor portal berita MailOnline pada hari ini.
Walaupun ini bukanlah untuk kali pertama, namun penduduk dunia masih terkejut melihat fenomena tersebut pada bulan Januari ini.
Untuk pengetahuan, Arab Saudi mencatatkan suhu serendah -2 darjah Celcius pada hari ini berikutan cuaca sejuk dan fenomena salji di wilayah Asir, Arab Saudi.
Portal watchernews melaporkan salji telahpun mulai turun sejak 10 Januari lalu. Di bandaraya Riyadh pula, ia lebih normal pada suhu 14 darjah Celcius diikuti dengan suhu 21 darjah Celcius di Jeddah.
ARTIKEL BERKAITAN: [FOTO] Iklim Dunia Semakin Pelik, Dubai UAE Pula Diselaputi Salji – REMAJA
Sedikit mengejutkan pada tahun ini apabila satu lagi kawasan yang tidak disangka-sangka akan menyaksikan salji turun di sana telahpun mengalaminya sejak Rabu minggu lalu.
Kawasan yang dimaksudkan ialah di pergunungan Atlas, gurun Sahara yang terletak berdekatan dengan sempadan Maghrib.
Beberapa foto di kawasan yang dikenali sebagai Ain Sefra iitu menunjukkan sekumpulan unta serta kambing gurun yang diliiputi salji dan berada di bawah suhu -3 Celcius.
Ain Sefra juga dikenali sebagai The Gateway to the Desert, kira-kira 1,000 metres (3.280 kaki) dari paras laut dan dikeliling oleh pergunungan Atlas. Sumber Foto: DailyMail.
Foto indah ini dirakamkan oleh Karim Bouchetata. Sumber Foto: DailyMail.
Sumber Foto: DailyMail.
Menurut laporan media di sana, Ain Sefra pernah juga diliputi salji pada tahun 2017 dan 2018 namun fenomena tersebut tidak terlalu ‘hangat’ diperkatakan seperti kejadian di Arab Saudi. Kebiasaannya, suhu di sana adalah pada 12 darjah Celcius pada musim sejuk dan boleh meningkat sehingga 40 darjah Celcisu pada musim panas.
Sumber Foto: DailyMail.
Sumber Foto: DailyMail.
Kes Arwah Adib! PPMM Kesal Tindakan Tidak Profesional & Mahu Peguam Negara Beri Penjelasan
Isu penarikan diri peguam yang mewakili Kementerian Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta keluarga arwah Muhammad Adib semalam ternyata membuatkan ramai mula terkeliru.
Ramai yang mengandai-andai tindakan peguam Syazlin Mansor yang menarik diri kerana adanya tekanan dari sesetengah pihak seperti dilaporkan oleh kebanyakan media sosial hari ini sebagai ada sesuatu “kerumitan” kerana prosiding inkues kematian arwah Muhammad Adib hanya berbaki dua hari lalu selepas 36 hari saksi-saksi memberikan keterangan.
Baca kenyataan penuh yang dikeluarkan oleh Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia mengenai isu ini. Ini kerana tentu ramai antara kita yang ingin tahu sebab sebenar kematian arwah Muhammad Adib selepas terlibat dengan insiden rusuhan yang berlaku di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya yang mencetuskan rusuhan di tanahair tahun lalu.
KENYATAAN AKHBAR
PERSATUAN PEGUAM-PEGUAM MUSLIM MALAYSIA
BERTARIKH 28 MEI 2019
- Negara semalam dikejutkan dengan penarikan diri seorang Peguam yang mewakili Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Syazlin Mansor di dalam prosiding inkues Allahyarham Mohd Adib Kasim setelah 36 hari prosiding berlangsung dan berbaki dua hari lagi.
- Dilaporkan penarikan balik tersebut dibuat kerana pihak kerajaan telahpun diwakili oleh Jabatan Peguam Negara yang menjadikan Syazlin sebagai peguam swasta bersifat kelewahan (redundant). Terdapat juga pelbagai perkara lain yang ditularkan mengundang kegelisahan awam tetapi tidak dapat disahkan.
- Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) musykil sekiranya benar alasan yang dilaporkan kenapa hanya setelah 36 hari prosiding berlangsung barulah tindakan ini diambil. Prosiding tersebut pula hanya berbaki dua hari sahaja lagi. Daripada catatan prosiding inkues ini adalah amat jelas saksi-saksi dikemukakan KPKT keterangannya sangat berbeza dari keterangan diberikan saksi dikemukakan Jabatan Peguam Negara. Timbul persoalan di sini adakah Jabatan Peguam Negara mahu beberapa fakta matan kepada prosiding tersebut tidak diberi pertimbangan coroner?
- Malah ditularkan juga terdapat arahan pihak tertentu mendesak Syazlin menarik diri. Jabatan Peguam Negara mesti menjelaskan perkara ini supaya kegusaran ramai tentang ketelusan prosiding ini dapat diredakan. Malah Jabatan Peguam Negara juga sehingga hari ini tidak mengesahkan beberapa orang yang diberikan jaminan mulut dibebaskan setelah direman masih berada di dalam pemantauan pihak berkuasa atau tidak.
- PPMM memahami Syazlin terpaksa menarik diri atas arahan daripada anak guamnya dan tidak boleh mengabaikan arahan tersebut. PPMM mengucapkan terima kaseh atas perkhidmatan yang diberikan bagi membawa keadilan kepada Allahyarham Mohd Adib. Namun pihak berkuasa perlu memberikan penjelasan yang tuntas berkaitan hal ini.
- Pada 24 Disember 2018 Menteri KPKT Zuraida Kamarudin dilapor Bernama sebagai berkata selain memberi nasihat guaman Syazlin dilantik bagi turut membantu PDRM dan pihak pendakwaan dalam persediaan prosiding tersebut. Malah Zuraida menegaskan sekiranya terdapat perkara dianggap terlepas pandang atau perlu diberi penelitian dan sebagainya Syazlin boleh memberi pandangan dan input untuk kebaikan semua.
- Namun semalam pada 27 Mei 2019 Menteri yang sama dilaporkan berkata Syazlin tidak perlu lagi mewakili mereka kerana Jabatan Peguam Negara mewakili pihak Kerajaan walaupun dahulu beliau mahukan semua perkara diambil kira.
- Melalui penelitian PPMM dalam prosiding tersebut, Syazlin telah bekerja keras membawa kes beliau dan membantu koroner dengan pelbagai input dan keterangan yang tidak disentuh oleh Jabatan Peguam Negara. Inilah peranan yang dimainkan Syazlin sebagaimana yang dikehendaki Menteri KPKT melalui siaran medianya pada 24 Disember 2018 walaupun beliau kemudiannya dilaporkan berubah pendirian.
- Peguam Negara perlu menjelaskan hal ini dengan terperinci kenapa tindakan sebegini diambil dan telus di dalam menjalankan amanah beliau. Jika benar Syazlin adalah bersifat kelewahan kenapa dari awal prosiding Syazlin dibenarkan membantu koroner di dalam prosiding tersebut.
- Seperkara lagi yang perlu dijelaskan ialah segala keterangan yang diambil koroner sebelum ini dibuat secara bersumpah di dalam suatu prosiding yang sah di sisi undang-undang. Oleh yang demikian keterangan-keterangan tersebut tidak boleh dibuang begitu sahaja semata-mata kerana peguam menarik diri. Koroner mesti mengambil kira segala keterangan yang diambil walaupun peguam telah menarik diri.
- Persoalan kini adakah apabila pegawai Jabatan Peguam Negara mengambil alih tugas Syazlin pegawai tersebut boleh memohon kepada koroner untuk membuang apa-apa keterangan yang telah diterima masuk oleh koroner tersebut? Implikasinya pula ia akan mengakibatkan inferens bertentangan (adverse inference) berkenaan fakta pihak pendakwaan atau mana-mana pihak berkepentingan termasuk keterangan yang telah membangkitkan secara langsung dan tidak langsung berkaitan ketiadaan kerdibiliti fakta kes pendakwaan mahupun pihak berkepentingan selain daripada kepentingan Allahyarham Mohd Adib. Adakah terdapat motif tertentu apabila tiba-tiba sahaja penukaran peguam dibuat?
- Malah kita juga masih ingat di mana Peguam Negara telah memfailkan suatu affidavit yang bersetuju dengan pandangan seorang saksi yang menyatakan Allahyarham Mohd Adib meninggal dunia akibat kemalangan bertentangan dengan pandangan saksi yang menyatakan sebaliknya walhal mahkamah koroner masih lagi bersidang dan belum membuat sebarang dapatan. Hal yang demikian menzahirkan pihak Peguam Negara telah mengambil alih peranan mahkamah koroner walaupun prosiding masih belum selesai.
- Perlu difahami bahawa inkues bukanlah suatu prosiding di mana ada pihak yang bertentangan atau berlawan, ada yang menang atau kalah, tujuan inkues adalah untuk mendapat tahu apa yang berlaku melalui saksi-saksi. Oleh itu jika semua fakta dan pandangan tidak dizahirkan sepenuhnya adakah matlamat inkues ini dapat dicapai?
- PPMM kesal dengan tindakan tidak professional seperti ini dan keadilan mestilah dilakukan kepada Mohd Adib Kassim. Peguam Negara perlu menjelaskan sepenuhnya apa yang berlaku tanpa berselindung di sebalik kuasa yang ada pada beliau.
Dato’ Haji Zainul Rijal Abu Bakar
Presiden
Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia
Tak Perlu Keluar Rumah, Ini Senarai Kedai Barang Runcit Online Yang Korang Boleh Cari
Isi Kandungan
ToggleSudah 5 hari Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan di Malaysia dan hari ini (22 Mac 2020) kawalan menjadi lebih ketat apabila tenaga tentera dikerah bagi memberi arahan kepada mereka yang tidak mahu duduk di rumah.
Hanya ketua keluarga diberikan kelonggaran untuk membeli keperluan rumah di luar, itu pun hanya dalam masa yang singkat dan tidak boleh berlengah-lengah.
Lagi senang kalau beli barang secara online, taklah terdedah dengan virus. Jimat masa! Klik sini Ramadhan Big Sale, yang penting free delivery.
Namun begitu, bagi memudahkan urusan pembelian barang runcit dan basah untuk keperluan memasak, korang boleh memesannya secara online dan hanya perlu tunggu di rumah
Dah banyak kedai yang menawarkan servis ini dan antaranya adalah seperti berikut:
Barang runcit di Lembah Klang
1. Mygroser
Penghantaran di hari yang sama, 9 pagi hingga 9 malam setiap hari termasuk cuti umum. Mereka mempunyai kedai di luar talian, bilik penyimpanan barang sejuk untuk memastikan kebersihan dan kesegaran bekalan runcit.
2. Happyfresh
Penghantaran di hari yang sama, 10 pagi hingga 9 malamsetiap hari termasuk cuti umum. Korang boleh memilih mana-mana pasaraya berdekatan.
3. Tesco
Penghantaran pada hari seterusnya, 10 pagi hingga 10 malam setiap hari termasuk cuti umum. Boleh juga diambil dari kedai berhampiran.
4. Mydin
Penghantaran pada hari seterusnya, 10 pagi hingga 10 malam setiap hari termasuk cuti umum. Boleh juga diambil dari kedai berhampiran.
5. Jaya Grocer
Penghantaran pada hari seterusnya, 10 pagi hingga 10 malam setiap hari termasuk cuti umum.
6. Redtick
Penghantaran pada hari seterusnya di beberapa lokasi.
Penghantaran mengambil masa 3 hingga 5 hari, tanpa caj penghantaran.
Seafood segar
Penghantaran pada jam 2 petang hingga 8 malam setiap hari tidak termasuk beberapa cuti umum. Lokasi hanya di Lembah Klang sahaja.
2. Fish Club
Penghantaran mengambil masa 3 hingga 5 hari pada hari Rabu, Jumaat dan Ahad (Johor Bharu) dan Khamis (Kuala Lumpur/Pulau Pinang).
3. Fish for It
Penghantaran dalam masa 48 jam, frozen pantas. Lembah Klang sahaja, di tempat lain akan mengambil masa yang lebih lama.
Penghantaran pada hari bekerja sahaja, tersedia di Georgetown, Ipoh, Lembah Klang, Negeri Sembilan dan Johor Bharu.
5. My Fishman
11 pagi hingga 7 malam dari Rabu hingga Sabtu sahaja, penghantaran di seluruh negara.
Produk organik
Penghantaran mengambil masa 7 hingga 10 hari, seluruh negara.
2. Everleaf
Penghantaran mengambil masa 4 hingga 5 hari, barang segar dari ladang tempatan. Lokasi penghantaran di Lembah Klang sahaja.
Penghantaran mengambil masa 3 hingga 5 hari, barang segar dari ladang tempatan. Lokasi di Lembah Klang sahaja.
4. Organic4U
10 pagi hingga 6 petang, hari Isnin, Rabu dan Jumaat sahaja. Keluaran ladang organik, lokasi Lembah Klang sahaja.
Penghantaran kotak organik mingguan di Lembah Klang.
Barang runcit di seluruh negara
1. Redtick Plus
Penghantaran mengambil masa selama 1 hingga 5 hari.
Qoo10 ada buat sale Ramadhan Big Sale, yang penting free delivery.
Semoga perkongsian ini memberi faedah dan kemudahan untuk korang sekeluarga. Apa-apa pun stay safe and stay at home guys!
Bertahun Dianjur Di Malaysia, Umat Islam Dinasihat Tidak Lagi Sertai Festival Bon Odori
Sebagaimana kita sedia tahu, Festival Bon Odori diadakan setiap tahun di beebrapa negeri di Malaysia antara lain bertujuan mempromosi dan mengukuhkan ikatan kebudayaan antara Malaysia dan Jepun.
Selepas 2 tahun, festival Bon Odori akan dianjurkan kembali di Shah Alam pada 16 Julai dan Pulau Pinang pada 30 Julai 2022.
ARTIKEL BERKAITAN : Etika ‘Inemuri’ Di Jepun, Tidur Dalam Mesyuarat Tanda Dedikasi Bekerja
Malah, festival tahunan Jepun Bon Odori seringkali diraikan dengan tarian dan nyanyian diiringi paluan rancak gendang, gong dan seruling. Di Malaysia menjadi semakin besar hingga melibatkan penyertaan hampir 30,000 orang yang terdiri dari bukan sahaja warga Jepun tetapi juga rakyat negara ini.
Namun, laporan ini mengejutkan rakyat Malaysia apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad berkata, berdasarkan kajian dibuat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendapati festival Bon Odori itu mempunyai unsur-unsur keagamaan
Oleh itu, umat Islam di negara ini dinasihatkan untuk tidak menyertai program bertentangan dengan hukum syarak Islam termasuklah festival Bon Odori ini. Tambahnya, kekeliruan tidak perlu wujud walaupun risalah Festival Bon Odori menggunakan wanita bertudung.
Untuk pengetahuan anda, Bon ialah salah satu istiadat penganut Buddha di Jepun yang diadakan untuk menghormati roh nenek moyang mereka. Sementara Bon Odori ialah tarian yang diadakan pada sambutan istiadat itu. Malah, Bon Odori seringkali diraikan dengan tarian dan nyanyian diiringi paluan rancak gendang, gong dan seruling. Di Malaysia, festival ini bermula sejak tahun 1977.
Dah tahu ni, jangan pergi pula tahun ni bagi yang beragama Islam..hehe
BACA LAGI : Jepun Tayang Kisah Tanah Melayu Menerusi Filem ‘The Garden Of Evening Mists’
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.