What an amazing way to kick start our week!
Setelah episod ‘perang dingin’ yang kononnya didakwa berlaku di antara Hailey Bieber; model popular merangkap suri hati penyanyi, Justin Bieber dengan Selena Gomez; penyanyi, pelakon dan bekas kekasih Justin Bieber, akhirnya mereka sendiri meletakkan titik noktah terhadap gosip liar itu.
Selena, 30 dan Hailey, 25 pada hari ini menggegarkan internet apabila foto mesra mereka bersama berjaya dibidik jurugambar yang berada di acara gala tahunan kedua Academy Museum of Motion Picture yang dibawakan oleh Rolex. Acara pada tahun ini meraikan para pelakon seperti Julia Roberts, Tilda Swinton, Steve McQueen dan penerbit filem, Miky Lee.
Bukan satu, bukan dua tetapi TIGA pose berbeza ‘dibelanja’ mereka sebagai bukti kepada hubungan mereka yang tidak bermasalah.
Selena dan Hailey tidak kekok berdiri rapat sambil melakukan gaya yang pelbagai termasuklah merapatkan pipi ke pipi dan saling berpelukan.
Ini juga merupakan pertemuan terbuka di khalayak ramai di antara dua jelitawan itu setelah beberapa kali sebelum ini ‘berjaya’ mengelakkan diri daripada menghadiri acara sama seperti di karpet merah Met Gala dan anugerah Grammy.
Pertemuan ini juga hadir setelah Hailey baru-baru ini melakukan pendedahan ‘bombshell’ mengenai persepsi peminat fanatik Selena yang menuduhnya merampas suami, Justin daripada Selena. Hailey menepis semua dakwaan itu menerusi episod podcast Alex Cooper berjudul Call Her Daddy di Spotify.
ARTIKEL BERKAITAN : Hailey Bieber Terus Setia Di Sisi Suami Yang Berdepan Sindrom Ramsay Hunt – REMAJA
“Bukanlah karakter saya untuk memusnahkan hubungan seseorang… saya tidak pernah tertarik untuk melakukan sedemikian.. apa yang boleh saya katakan, sesungguhnya, saya tidak pernah bersamanya (Justin) semasa dia masih dalam hubungan dengan sesiapa. Orang perlu tahu apa yang benar kerana kebenaran itu wujud,” ulas Hailey.
Susulan temubual eksklusif pada bulan lalu itu, Selena tanpa berselindung berkongsi pendapatnya di sesi live TikTok mengenai tindakan peminat fanatik yang membuli orang lain kerana ‘rasa sayang’ mereka terhadapnya.
“Saya rasakan, beberapa perkara yang saya tidak perlu pun tahu adalah keji dan menjijikkan, dan ia tidak adil, dan tiada siapa layak dilayan sebegitu rupa,” katanya.
Well, well.. adakah peluang bergambar ini hanyalah atas tiket publisiti oleh pihak pengurusan Selena, Hailey dan Justin atau ia benar-benar ikhlas? Hanya mereka sahaja yang tahu. Apa yang penting, tindakan mereka ini telah menutup mulut peminat fanatik yang selalu melaga-lagakan tiga personaliti popular itu.
BACA LAGI : Selena Gomez Rasa Dirinya ‘Dicabuli’ Semasa Zaman Disney Oleh Jurukamera – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.