Suka atau tidak, kita semua mementingkan paras rupa yang normal dan sama seperti orang lain. Namun, cuba bayangkan sekiranya ada sesuatu yang berbeza mengenai fizikal kamu, adakah kamu akan kekal yakin dengan diri sendiri apabila berhadapan dengan orang di sekeliling?
Ini adalah sesuatu yang dihadapi oleh Maci Currin dari Texas Amerika Syarikat apabila dia dilahirkan dengan fizikal kaki yang cukup panjang sehinggakan dia mampu mencatat rekod dunia baharu dengannya!
Remaja berusia 17 tahun itu disahkan kini memegang rekod kaki perempuan terpanjang setelah mengenepikan pemegang rekod terdahulu dari Rusia, Ekaterina Lisina.
Kaki Maci berukuran 134.3sm untuk sebelah kanan dan 135.3sm untuk sebelah kiri. Pergh, itu dah setingga ketinggian sehingga paras dada bagi kebanyakan daripada orang Asia.
Menurut Maci, pada mulanya dia tidak mengambil berat pun mengenai ketinggian di luar normanya kerana ada sahaja remaja perempuan di Amerika Syarikat yang tinggi-tinggi belaka.
Bagaimanapun, apabila dia terpaksa menempah khas seluar jenis leggings kerana tidak menjumpai ukuran leggings yang bersesuaian untuknya, barulah dia sedar bahawa dia mampu untuk mencatatkan rekod dunia dengan kakinya itu.
Bagi kebanyakan remaja, mereka tentunya tidak selesa dengan jika berdiri pada ketinggi 6 kaki 10 inci seperti Maci. Baginya Maci pula, dia mengajak remaja seusia dengannya untuk menerima fizikal yang unik pada diri masing-masing.
“Dengan rekod yang saya pegang ini, saya berharap agar saya mampu memberikan inspirasi kepada wanita-wanita tinggi di seluruh dunia. Don’t hide it, embrace it,” katanya.
Walaupun Maci memegang rekod kaki perempuan terpanjang dunia, rekod bagi perempuan tertinggi dunia masing dipegang oleh Sun Fang dari China dengan ketinggian 7 kaki 3 inci.
*
Walaupun apapun rupa fizikal yang kita miliki, seharusnya kita berbangga dengannya dan jangan sesekali membenarkan sesiapa untuk ‘membuli’ kita disebabkannya. Iyalah, sekarang kan tengah tular dengan kes body shaming di sana-sini.
Kamu Mangsa Body Shaming? Hafal 7 Respon Balas Paling ‘Win’ Oleh Selebriti Wanita Ini