Sekitar dua tahun lalu, penyanyi bersuara emas, Hafiz Suip mencuri perhatian ramai apabila memuat naik foto yang memperlihat tubuh badannya yang semakin susut berbanding dahulu.
Penyanyi lagu popular Awan Nano itu bagaimanapun membidas semula dengan tenang komen segelintir warganet berkaitan tubuh badannya, selain berkongsi dirinya berada dalam keadaan baik serta sudah menjalani pemeriksaan kesihatan.
ARTIKEL BERKAITAN: Tahniah! Penyampai Berita TV3, Pang Chinn Fei Dikurnia Darjah Ahli Mangku Negara
Terbaharu, Hafiz sekali lagi meraih perhatian di kalangan peminatnya apabila ada memuat naik hantaran di Instagram miliknya, sewaktu menjalani latihan kecergasan di gimnasium.
Menerusi hantaran tersebut, dia berkongsi gambar sedang melakukan aktiviti kecergasan sekali gus ‘memadam’ dakwaan segelintir pihak dirinya terlibat dengan aktiviti tidak sihat.
Hafiz turut mempamerkan bentuk badannya yang berotot, hasil daripada menjalani latihan di gimnasium bersama jurulatihnya.
“Saja nak kongsi gambar yang aku ambil dalam Facebook jurulatih aku. Nak kurus kena usaha, bukan sekadar ‘berjakok’ (bercakap) dalam media sosial, menyebar fitnah secara tidak sedar,” katanya.
Dalam pada itu, pelantun lagu Ombak Rindu itu turut berkongsi dirinya lebih selesa untuk menyimpan segala kesakitan dan kepahitan yang dialami tanpa meraih simpati daripada sesiapa.
“Aku bukan seorang yang megah dengan apa yang aku ada. Syukur atas apa yang Allah SWT beri.
“Kesakitan atau pahit yang dialami usah diraih simpati, bahkan berdiam diri dan bersembunyi. Biar kebaikan dan manis saja disaji,” coretnya lagi.
Pemerhatian Remaja mendapati, rata-rata peminat turut memberikan semangat buat penyanyi berusia 33 tahun berkenaan. Selain itu, ada juga yang merindui nyanyian daripada Hafiz.
“Steady @hafizsuip… move on… get going.. dont stop.. life goes on...” komen seorang pengikutnya.
“Alhamdulillah… Hafiz dah kembali bersemangat dan sembuh… kalau tak risau tengok jadi kurus sangat hari itu,” komen juga seorang peminat.
“Piz.. Tolong buat comeback… Aku rindu suara merdu kau di corong-corong radio.. Yang aku ingin sangat kau duet dengan Aina Abdul,” tulis pengikut lain.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Hafiz Suip