Sama seperti kejohanan Sukan Olimpik yang diadakan empat tahun sekali, Sukan Olimpik Musim Sejuk juga merupakan kejohanan terbesar yang melibatkan acara sukan. Cuma bezanya, kebanyakan daripada sukan yang dipertandingkan melibatkan ais atau salji.
Brrr, sejuk!
Pada tahun ini, bandaraya Pyeongchang di Korea Selatan diberikan penghormatan untuk menganjurkan Sukan Olimpik Musim Sejuk edisi ke-23. Seperti tahun-tahun lepas, acara perasmian menjadi tumpuan masyarakat dunia dan ternyata semalam, acara perasmian di Pyeongchang tidak mengecewakan langsung!
10 Perkara Yang Mungkin Korang Tak Tahu Tentang Dr. Amalina Bakri
Isi Kandungan
ToggleDr. Amalina Bakri sering mendapat perhatian di media sosial kerana idola Malaysia ini jelas sekali bukan saja bijak, malah gaya fesyennya juga membuatkan ramai anak muda terpesona.
Sudah lebih kurang 14 tahun tinggal di luar negara, pasti ramai yang ingin mengenali personaliti hebat ini. Kejayaannya mendapat keputusan cemerlang 17 A1 dalam SPM sehingga kini masih menjadi bualan masyarakat.
Kalau korang nak kenal lebih rapat dengan Dr. Amalina ni, berikut merupakan soalan-soalan yang diambil daripada Ask Me Question di ruangan Instagram story miliknya.
1. Bercita-cita tinggi
Never settle for less. Selalu ada plan A sampai Z.
2. Berdikari
Suka lakukan semua perkara dengan sendiri dan tidak suka bergantung kepada orang lain. Seorang yang degil (in a good way) dan tidak gemar bila orang lain menyuruhnya untuk melakukan apa yang patut dibuat. I am my own boss.
A post shared by Dr. Amalina (@dramalinabakri) on
3. Curious
Suka belajar perkara baru setiap hari.
4. Wandeluster
Seperti yang korang mungkin dah tahu, Dr. Amalina memang suka travel. Bila ada waktu free, dia tak boleh duduk rumah tanpa melakukan apa-apa.
So far, Dr. Amalina dah travel ke 61 buah negara (kebanyakkan di Eropah, Amerika Utara, Afrika, Asia, Australasia, Caribbean.
A post shared by Dr. Amalina (@dramalinabakri) on
5. Favorite perfume
Chanel Mademoiselle dan Burberry Brit.
6. Pertama kali jatuh cinta
Sewaktu umurnya 16 tahun, dia pernah jatuh cinta dengan seorang lelaki Itali kerana pernah menetap di negara tersebut.
7. Result exam
UPSR- 5A
PMR- 8A
SPM- 17 A1
A Levels- 5As with Advanced Extension Awards in Chemistry and Biology (Distinction)
Dr. Amalina memang tak pernah dapat keputusan exam selain gred A. Wow, hebatnya!
A post shared by Dr. Amalina (@dramalinabakri) on
8. Tip cantik
Dia akan meluangkan masa selama satu jam untuk ke gym dalam lebih kurang tiga atau empat kali seminggu. Antara rutin gym yang dilakukan:
Reverse plank – 10-15 reps
10 reps of The Parachute
15 reps of twisting scissors
10-15 reps of side plan kicks
10 reps of burpees
10 reps mountain climbers
15 reps of weighted sit ups
15 reps of Russian twists dan banyak lagi
Fuhh, dengar pun dah mengah. Cayalah doc!
A post shared by Dr. Amalina (@dramalinabakri) on
9. Uk or Malaysia?
Malaysia is where my heart is. UK is where my life is.
10. Lagu favourite masa surgery
It’s a final countdown
A post shared by Dr. Amalina (@dramalinabakri) on
Kredit: Instagram Dr. Amalina
#WayangRemaja: Menangi Tiket Ke Tayangan Perdana DORA AND THE LOST CITY OF GOLD
Siri kartun Dora The Explorer kini bakal menemui penonton di pawagam dengan filem Dora and The Lost City of Gold. Bagi korang yang membesar dengan kartun Dora ni, mesti excited nak menonton filem ini.
Walaupun Dora sudah biasa meneroka hutan tetapi kini dia perlu berdepan dengan persekitaran baru iaitu sekolah tinggi. Dia kemudian mendapat rakan baru dan bersama mereka, dan monyetnya Boots dan sepupunya Diego turut terlibat dalam pengembaraannya untuk menyelamatkan ibu bapanya dan menyelesaikan misteri kehilangan tamadun Inca.
Diarahkan oleh James Bobin, Dora and The Lost City of Gold menampilkan barisan pelakon hebat Isabela Moner, Eugenio Derbez, Michael Pena, Eva Longoria dan Danny Trejo.
Filem ini bakal menemui penonton bermula 8 Ogos 2019 di seluruh pawagam tanah air.
Wayang Remaja nak belanja korang 2 tiket percuma untuk menyaksikan tayangan perdana Dora and The Lost City of Gold pada 7 Ogos 2019 di TGV 1 Utama, jam 8.30 malam.
Jawab soalan mudah di bawah dan pemenang akan diumumkan di ruangan mesej di Instagram korang. Good luck guys!
Ketika Stor Fesyen Lain Tutup, 3 Jenama Ini Masih Bertahan & Tawarkan Sales Sekarang
Isi Kandungan
ToggleBerita penutupan stor fesyen seperti Esprit dan khabar angin yang mengatakan stor ZARA turut terkesan disebabkan tempoh kuarantin di seluruh dunia telah mengecewakan ramai peminat fesyen.
ARTIKEL BERKAITAN : Beralih Ke Online, Stor ZARA Akan Ditutup
Di mana lagi kita nak shopping, guys??
Apapun, tidak semua stor berdepan dengan isu tersebut. Malah ada beberapa stor yang masih melakukan promosi jualan dan juga melancarkan koleksi terbaru.
Jom tengok di mana harus kita shopping pada minggu ini.
01
GUESS
Di bawah kelolaan FJ Benjamin, barangan Guess kini boleh dimiliki secara online di laman web mereka yang baru dilancarkan.
www.guess.my menawarkan hampir kesemua item fesyen yang boleh korang temui di stor fizikal Guess semudah satu klik saja.
Sempena pelancaran Guess Online ini, mereka sedang menawarkan diskaun RM100 untuk semua barangan di laman web tersebut dengan belian minimum bernilai RM300 ke atas. Gunakan kod promo GUESS100 dari sekarang hingga 21 Jun ini.
02
H&M
Bermula sekarang hingga 3 Ogos ini, nikmati diskaun sehingga 50 peratus di stor H&M seluruh negara. Inilah masanya untuk korang stock-up pakaian basic yang baru. Tinjauan penulis di stor H&M mendapati masih banyak saiz yang boleh dimiliki.
Tambahan pula, ada baju hoodie, kemeja, skirt dan baju T semurah RM15 dijual.
Jadi pastikan korang cepat-cepat rebut okay.
03
UNIQLO
Gotta catch ‘em all!
Betul tu, kamu harus cuba untuk memiliki kesemuanya! Walaupun UNIQLO tidak menyediakan promosi seperti dua lagi jenama yang disebutkan di atas, namun mereka giat mengeluarkan koleksi Uniqlo T-shirt selang beberapa minggu. Aktif sangat dan langsung tidak terganggu dengan keadaan ekonomi.
Hari ini merupakan hari pelancaran koleksi Daniel Arsham x Pokemon UT yang hangat diperkatakan. Baju T yang ditawarkan memaparkan lukisan dan arca Pokemon yang dihasilkan oleh Daniel.
Dijual pada harga RM59.90 (lelaki dan perempuan) dan RM39.90 (kanak-kanak), penulis pasti ia akan sold out dengan pantas.