Sama seperti kejohanan Sukan Olimpik yang diadakan empat tahun sekali, Sukan Olimpik Musim Sejuk juga merupakan kejohanan terbesar yang melibatkan acara sukan. Cuma bezanya, kebanyakan daripada sukan yang dipertandingkan melibatkan ais atau salji.
Brrr , sejuk!
Pada tahun ini, bandaraya Pyeongchang di Korea Selatan diberikan penghormatan untuk menganjurkan Sukan Olimpik Musim Sejuk edisi ke-23. Seperti tahun-tahun lepas, acara perasmian menjadi tumpuan masyarakat dunia dan ternyata semalam, acara perasmian di Pyeongchang tidak mengecewakan langsung!
Penyokong Korea Selatan mengibarkan bendera simbolik yang menunjukkan Korea Utara dan Korea Selatan bergabung sebagai satu tanah semenanjung semasa mereka menantikan kehadiran para atlet untuk memasuki stadium.
Mainan lampu dan LED tempat duduk penonton di Stadium Olimpik Pyeongchang sebelum acara bermula.
Ahli sorak pasukan Korea Utara merupakan sebahagian daripada acara perasmian apabila mereka menyanyikan beberapa buah lagu. Seramai 229 orang ahli sorak ini mencuri perhatian media pada 2 hari lepas kerana gaya fesyen ‘winter’ mereka tidak kalah kepada fesyen dari Barat. Semalam, para petugas juga terpaksa menyuruh jurugambar media untuk kembali ke tempat asal selepas mereka semua berkumpul untuk mengambil gambar dan video ahli sorak Korea Utara.
Korea Utara dan Korea Selatan bergabung tenaga untuk segmen seni mempertahankan diri Taekwon Do. Atlet Korea Selatan mempamerkan koreografi memecahkan plywood dengan pantas, seiring dengan musik rancak. Namun, apabila tiba masa untuk atlet Korea Utara, penonton di stadium seakan senyap dan tak bersorak.
Selepas pertunjukan bunga api berakhir di Stadium Olimpik Pyeongchong.
Segmen pertama persembahan menampilkan harimau putih, ‘Soohorang’ yang merupakan salah satu simbol ketuhanan tradisional Korea Selatan dan maskot untuk Sukan Olimpik Musim Sejuk, tahun ini. Perkataan ‘Sooho’ bermaksud keselamatan.
Selain daripada Soohorang, segmen yang dinamakan ‘The Countdown’ ini jjuga menampilka 5 orang kanak-kanak yang mengikut harimau tersebut dan merentas masa, mencari kedamaian. Lima orang kanak-kanak melambangkan lima Olympik rings dan lima elemen semulajadi: api, air, kayu, besi dan tanah.
Kemudian, mereka membentuk empat penjuru yang mewakili empat arah mata angin dan garisan empat penjuru yang dapat dilihat pada bendera nasional Korea Selatan.
Lapan orang bekas atlet dan Olimpian Korea Selatan mengiringi bendera Taegukgi diikuti dengan nyanyian lagu nasional mereka oleh ahli koir kanak-kanak.
Formasi dua burung merpati yang menjadi satu burung helang. Umpama jika bersatu dan berdamai, dunia boleh menjadi lebih kuat.
Segmen bersama pemain gendang wanita ini telah menghangatkan stadium dan suhu sekitar -12 Celsius. Ia diketuai oleh Song Seung-whan. Ramai yang mengaitkan segmen ini sebagai simbol feminisma kerana mereka berjaya menarik perhatian dunia tanpa perlu berpakaian mencolok mata. Gendang bernama Janggu yang selalu korang lihat pada keychain ini adalah salah satu alat muzik penting dalam budaya Korea.
Pentas boleh bergerak menunjukkan kehebatan teknologi Korea Selatan.
Dua orang pelakon mirip kepada pemimpin dunia paling kontroversi, Donald Trump dan Kim Jong-un cuba untuk memasuki stadium tetapi dihalang oleh sekuriti.
Sementara itu, ini merupakan wakil sebenar dari Amerika Syarikat (USA) dan Korea Utara ke acara perasmian semalam. USA diwakili oleh Naib Presiden, Mike Pence (bawah, dua dari kanan) manakala Korea Utara diwakili oleh kakak kepada Kim Jung-un, Kim Yo-jong (atas tiga dari kanan). Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in pula memakai jaket Team Korea berwarna putih bersama isteri. Mesti susah nak aturkan tempat duduk, kan?
Negara Tonga sekali lagi mencuri perhatian apabila atlet mereka, Pita Taufutofua membawa bendera dengan tidak memakai baju dan dilumurkan minyak. Pita baru saja menukar bidang sukan dari taekwondo kepada cross-country skiing.
Sebelum ini, Korea Utara dan Korea Selatan pernah bergabung pada acara perasmian Sukan Olimpik. Sekali lagi, mereka diwakili oleh atlet hoki ais Korea Utara, Hwang Chung Gum dan atlet bobsled Korea Selatan, Won Yun-jong sebagai membawa bendera bersama.
Malaysia menghantar wakil buat kali pertama dalam sejarah ke Sukan Olimpik Musim Sejuk. Negara diwakili oleh atlet figure skating, Julian Yee dan atlet Alpine skiing, Jeffrey Webb.
Sebagai acara penutup semalam, atlet kebanggaan Korea Selatan, Kim Yuna telah diberikan penghormatan untuk menyalakan obor.