Sekiranya pemimpin veteran negara seperti Tun Dr. Mahathir Mohamad, 95; Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah, 84 dan Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang, 73 masih bergiat aktif di pentas politik, lain pula ceritanya dengan Perdana Menteri Malaysia kelima ini.
Tun Abdullah Ahmad Badawi, 81 yang mesra dengan panggilan Pak Lah lebih selesa berdiri di belakang tabir dan membiarkan wajah pemimpin lain meneruskan agenda terbaik dalam memacu negara pada waktu ini.
Mungkin sekali disebabkan keperibadian Pak Lah yang low profile ini, sudah lama benar rakyat tidak melihat kelibat beliau dalam paparan media massa mahupun media sosial.
Kami mengakui agak terkejut apabila timbul ura-ura mengatakan bekas Perdana Menteri itu telah meninggal dunia pada minggu lalu; lantas mencetus berita palsu tular dalam kalangan rakyat.
Ura-ura itu memaksa pejabat rasmi Pak Lah untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu bertanggungjawab di atas penyebaran berita palsu tersebut.
Jelas mereka, pada masa ini Pak Lah berada dalam keadaan sihat walafiat di samping keluarga tercinta.
Ads
Terbit rasa rindu untuk melihat Pak Lah yang kita kenali selama ini. Sekitar tempoh pemerintahan beliau dari tahun 2003 hingga 2009, penulis masih ingat riak wajah ceria beliau setiap kali terlibat dengan urusan kerja rasminya.
Bagaimanalah keadaan semasa beliau sekarang pada tahun 2021, agak-agaknya?
Hasil tinjauan REMAJA ke akaun rasmi Facebook beliau (besar kemungkinan diuruskan oleh individu yang bekerja di pejabat Pak Lah), tahun 2021 lebih banyak dihabiskan beliau bersama isteri, Tun Jeanne Abdullah untuk berehat.
Jom lihat 6 foto update mereka berdua ini:
Ads
.
.
.
Ads
.
.
Biarpun sosok tubuh beliau kelihatan lebih kurus berbanding semasa beliau meninggalkan Pejabat Perdana Menteri pada tahun 2009, Pak Lah masih merupakan Pak Lah yang sama di hati kami.
Seorang yang tidak lokek dengan senyuman dan sentiasa membuatkan sesiapa saja yang berada di sekeliling beliau mudah mesra dengannya.
Di sini, penulis ingin mengambil kesempatan untuk mewakili sidang redaksi REMAJA untuk mendoakan kesejahteraan dan kesihatan Pak Lah dan Tun Jeanne Abdullah untuk berpanjangan. Semoga dua figura ini sentiasa di bawah perlindungan Ilahi dan dirahmati olehNya.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kesedihan selalu hadir tanpa duga. Putus cinta dan sukar melupakan itu sudah menjadi asam garam kehidupan. Kadang-kala cinta yang tidak kesampaian boleh membuatkan kita kemurungan dan tidak ada semangat untuk hidup.
Sebagai insan biasa, setiap dari kita perlu teruskan hidup. Mungkin kamu perlu hadam kata-kata semangat ni, untuk menjadikan kamu kuat dan tabah menghadapi dugaan.
Jangan risau, ada satu hotel ini sesuai untuk korang yang ingin ‘move on’. Hotel di United Kingdom (UK) ini menawarkan satu khidmat yang special iaitu service psikologi bagi membantu para wanita mengatasi tekanan perasaan akibat putus cinta dengan pasangan yang curang.
Hmm…menarik bukan?
Lapor Daily Mail, pakar psikologi kaunseling dan pensyarah, Alice Haddon dari London melancarkan program tersebut pada tahun lalu yang ditujukan kepada wanita yang ingin mengubati hati luka akibat hubungan cinta yang sudah berakhir.
Tapi harga dia buat penulis melopong dengar, tawaran program ini berharga 2,500 pound bersamaan RM14,189. Malah, program ini diadakan di Barsham Barns, sebuah rumah persendirian mewah di pantai Norfolk, UK.
Katanya, program itu mengajar para wanita melupakan bekas kekasih mereka dan cara mengelakkan hubungan toksik pada masa hadapan. Program itu diadakan pada Jumaat hingga Isnin dengan penyertaan maksimum lapan wanita.
Para tetamu juga boleh menikmati beberapa aktiviti menarik termasuk pemandangan yang menakjubkan dan pelbagai menu hidangan makanan bagi memberi inspirasi serta menyembuhkan hati yang ‘hancur’.
Menarik juga program ini, agak-agak bila di Malaysia akan ada hotel macam ini….hehe
Sejak kebelakangan ini mainan yang dikenali sebagai lato-lato mula mendapat perhatian dalam kalangan masyarakat tidak kira usia
Tidak dinafikan permainan tersebut sekaligus dapat mengurangkan masalah ketagihan gajet dalam kalangan kanak-kanak. Bagaimanapun, disebalik kebaikan itu, ada keburukannya juga.
Oleh hal demikian, ibu bapa sebaiknya diminta memantau anak-anak mereka sewaktu bermain permainan berkenaan bagi mengelakkan kecederaan atau sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.
Menurut Facebook Public Health Malaysia, permainan tersebut dikenali sebagai Clacker kira-kira 50 tahun lalu dan telah diharamkan Pengurusan Ubat dan Makanan Amerika Syarikat (FDA) Amerika Syarikat kerana risiko kecederaan kepada kanak-kanak.
“Pada ketika itu, kerisauan utama adalah bebola pecah dan menyebabkan kecederaan kepada kanak kanak.
“Selepas 50 tahun, permainan ini popular di negara jiran indonesia dan kini berjangkit ke negara kita. Masih awal lagi, tetapi sudah ada kes-kes kecederaan melibatkan permainan ini,” katanya.
Pihak tersebut menjelaskan lagi, sebenarnya permainan ini juga mempunyai kebaikannya, walau ada beberapa keburukan tersendiri.
“Ia melatih koordinasi, fokus dan kawalan motor. Cukup-cukuplah bermain gajet. Sebaiknya untuk mengelakkan kecederaan, pantau anak ketika bermain.
“Anak yang terlalu kecil yang masih belum stabil fungsi koordinasi mungkin kurang sesuai bermain. Namun, kalau siang malam main tanpa henti, memang tertekan ibu ayah,” tulisnya panjang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menetapkan penjawat awam yang curang atau menjalin hubungan sulit serta memanggil rakan sekerja dengan gelaran ‘sayang’ atau ‘dear’ menjadi kesalahan gangguan seksual dan boleh dikenakan tindakan tatatertib.
Menurut surat edaran bertarikh 7 April lalu, ucapan atau gelaran berkenaan oleh mana-mana pegawai awam vang menggangqu mangsa dikategorikan sebagai kesalahan gangguan seksual secara lisan.
Selain itu, tindakan menyentuh, memegang, raba, cium, cubit, usap, peluk, merapati serta seumpamanya pula adalah kesalahan gangguan seksual secara fizikal.
Manakala, menghantar gambar tidak senonoh serta mesej berbaur seks atau ‘sexting‘ menerusi platform seperti aplikasi WhatsApp dan seumpamanya dianggap melakukan gangguan seksual secara visual.
Ketika membuat aduan, mangsa perlu memaklumkan kesan akibat gangguan terbabit secara terperinci seperti menyebabkan fikiran terganggu, perasaan kurang senang, rasa terhina dan sebagainya selain memaklumkan tempat, masa dan tarikh kejadian, selain tempat bertugas ketika kesalahan itu berlaku.
Semua kesalahan itu boleh dikenakan tindakan tatatertib mengikut Peraturan 4A Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
Pada masa sama, surat edaran dikeluarkan Bahagian Naik Pangkat dan Tatatertib SPA itu turut menggariskan mereka terbabit dalam hubungan sulit sebagai kesalahan yang boleh dikenakan tindakan tatatertib.
Kesalahan lain termasuklah tidak hadir bertugas, tidak ketik kad perakam waktu, mengemukakan sijil cuti sakit palsu, penyalahgunaan dadah, membuat penyataan awam di media sosial dan kesalahan perolehan.
Hukuman bagi setiap kesalahan pula akan ditentukan Lembaga Tatatertib berdasarkan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, sama ada amaran, denda, lucut hak emolumen, tangguh pergerakan gaji, turun gaji, turun pangkat atau buang kerja.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Penyanyi dan anggota kumpulan sensasi, BTS J-hope baru-baru ini mengungkapkan harapan apabila kembalinya BTS sebagai satu kumpulan, ia akan menjadi saat indah yang dinantikan...