[FOTO] “Tak Takut Ke?” – Trafik Sesak Di Genting Highlands Petanda Rakyat Sakan Bercuti

Share

 

Sebaik saja kebenaran untuk pergerakan merentas daerah dan negeri dikeluarkan oleh pihak Kerajaan sejak Isnin lalu, rakyat Malaysia nampaknya tidak teragak-agak untuk kembali menjelajah.

Buktinya, PLUS Berhad telah melaporkan peningkatan pengguna lebuhraya sehingga 40 ke 50 peratus setiap hari pada minggu ini. Ia berkait rapat dengan keinginan warga kota untuk pulang ke kampung halaman setelah sekian lama tidak berbuat demikian gara-gara arahan PKPB yang dikeluarkan.

ARTIKEL BERKAITAN : Pengguna Highway Meningkat 40-50 Peratus – PLUS, Adakah Kes Positif Akan Terus Naik? – REMAJA

Hari ini, muncul pula beberapa muat naik di laman sosial yang menampakkan bahawa rakyat sudah bersedia untuk ‘sakan’ bercuti sempena cuti panjang pada minggu ini.

Muat naik menerusi akaun Facebook yang dikenali sebagai We are Malaysian itu memperlihatkan keadaan trafik yang agak sesak di sekitar kawasan tarikan pelancong seperti Genting Highland dan Cameron Highland.

 

GENTING HIGHLAND

Sumber Foto: Facebook
Sumber Foto: Facebook

 

CAMERON HIGHLAND

Sumber Foto: Facebook
Sumber Foto: Facebook

Jelas, pelbagai jenis kenderaan sedang berderatan di beberapa batang jalan dan di kawasan parkir kenderaan. Pelik? Ya DAN tidak.

Kami memahami rakyat ingin merehatkan minda mereka dan membawa anak-abak kecil melepaskan stres akibat terperangkap di rumah untuk sekian lama. Namun, sedarkah mereka bahawa Genting Highlands baru saja mencatatkan beberapa kes positif Covid-19 dan penduduk di sana telah diarahkan untuk berjaga-jaga?

Pada hari Selasa lalu saja, 31 kes baru dilaporkan termasuklah di beberapa buah kediaman bertingkat. Di kawasan Resorts World Genting pula, segolongan pelawat didapati telah dikesan positif Covid-19 dan kawasan terlibat telah diarahkan tutup buat sementara waktu.

Bukan itu saja, laporan kes positif di beberapa lokasi awam lain seperti Genting Highland Premium Outlets juga bukanlah sesuatu yang boleh dipandang enteng.

Sumber Foto: Facebook MP Bentong

Meskipun keadaan ini sedikit menggusarkan kita memandangkan situasi kes positif Covid-19 di Malaysia masih belum menunjukkan tanda-tanda stabil, namun bak kata Menteri Kanan Keselamatan negara iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub, kerajaan tidak boleh berterusan menghalang rakyat untuk merentas daerah dan negeri.

*

Apa yang REMAJA harapkan daripada kelonggaran ini hanyalah agar rakyat sentiasa memahatkan arahan untuk menjaga SOP dan jarak di antara mereka serta individu lain.

Jika tidak berhati-hati, nampaknya kita bakal berdepan dengan semusim PKPB sekali lagi.

Published by
FZ