Jodoh rahsia yang Maha Esa. Siapa sangka, yang dahulunya dia seorang sahabat baik, kini sebagai pasangan hidup kita.
Lebih tidak disangka apabila berkahwin dengan rakan baik yang sebelum ini merupakan lelaki yang menyerupai wanita.
ARTIKEL BERKAITAN: Selain Nampak ‘Confident’, Rona Merah Juga Dapat Serlahkan Seri Si Pemakai
Baru-baru ini tular di aplikasi TikTok, apabila seorang jejaka berkongsi kisah mengenai dirinya yang dahulunya merupakan seorang ‘pondan’ dan kini telah berkahwin dengan sahabat karibnya sendiri.
Menerusi klip video pendek berdurasi 0.8 saat, pengguna yang di kenali sebagai @moramoka888 itu telah berjaya kembali ke fitrah asal seterusnya mendirikan rumah tangga bersama seorang wanita yang lebih disapa sebagai Lala, yang merupakan bestie-nya.
“From ‘pondan bestie’ to forever husband.
“There’s no one perfect. It’s how you accept the imperfections that makes it
perfect,” coretnya menerusi ruangan kapsyen.
Kisah cinta luar biasa itu sekaligus menerima pelbagai reaksi warganet malah video berkenaan telah mendapat lebih sejuta tontonan dan 236,500 tanda suka.
Rata-rata warganet menzahirkan keterujaan dan kagum apabila mengetahui kisah pasangan dua sejoli itu selain mendoakan yang baik-baik buat mereka.
Selain majoriti pengguna turut meminta pemuda itu untuk menceritakan perjalanan cinta mereka secara terperinci sehingga berjaya ke jinjang pelamin.
“Abang, kau better spill jalan cerita dia. Aku tidak kisahlah lima minit pun. Cepat spill the teh tarik extra manis,” komen seorang pengguna.
“Alhamdulillah, happy for you guys,” komen pengguna lain.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram MoraMoka & Lala June