Okay, klip video ni memang akan buat ‘si dia’ sentap!
Rasanya, masih jelas di minda semua orang akan persamaan yang wujud di antara kisah ‘pelamin anganku musnah’ Sufian Suhaimi dan juga persembahannya di pentas Anugerah Juara Lagu ke-33 yang lalu. Walaupun Sufian menafikan kaitan di antara kedua-duanya, namun ramai yang beranggapan sukar untuk ia dilihat sebagai satu kebetulan.
Hhm, tak apalah itu cerita Sufian. Dia pun telah keluarkan kenyataan nafi.
Ads
On the other hand, seorang lagi penyanyi baru yang kian meningkat populariti iaitu Kucaimars pula mengiyakan persamaan antara klip video untuk single debutnya ‘Jawab’ dan kisah peribadinya.
Err, kisah kena game dengan ex-girlfriend!
Kucaimars atau nama sebenarnya Amirul Husyairi adalah antara penyanyi yang mula menyertai pasukan BBNU lain yang mudah didekati oleh para peminat mereka.
Bermula sebagai seorang pelantun lagu cover di media sosial bermula awal 2018, Kucai diterima baik oleh followers-nya di media sosial sehinggalah dia kini muncul dengan single ‘Jawab’.
Ads
Menariknya, dengar cerita klip video yang bakal dilancarkan pada 21 Februari ini ada kena mengena dengan kisah peribadi ditinggalkan oleh ex-girlfriend.
“Biasalah, hubungan kami berakhir kerana wujud kecurangan dengan orang lain. Pada mulanya bila saya sendiri melihat keakraban mereka di depan mata, memanglah frust. Tapi nak buat macam mana, dia sendiri yang dah move on terlebih dulu di belakang saya.
“Mungkin ia terjadi selepas komunikasi kami mulai renggang. Jadi itu yang buatkan dia cari yang lain..,” kata Kucai sewaktu penggambaran untuk majalah REMAJA isu April 2019.
Dalam dunia ni, ada banyak rahsia yang masih membu
atkan ramai orang tercari-cari jawapannya.
Kita masih tidak tahu rahsia di sebalik kehilangan kapal di kawasan Tiga Segi Bermuda. Kita pun tidak tahu mengapa makhluk halus atau – hhm – hantu di setiap benua itu berlainan bentuk dan rupa.
Satu lagi rahsia alam yang sukar untuk diterangkan adalah mengapa lelaki lebih gemar mendiamkan diri semasa bergaduh dengan pasangan mereka.
KENAPA??
Bertengkar itu adalah lumrah dalam kehidupan berpasangan. Ada masanya kita senyum bersama, ada masa kita akan bergaduh, biasalah tu.
Dan kebiasaannya semasa bergaduh, tak kiralah sama ada lelaki itu seorang yang pendiam atau ceria, dia mesti lebih sanggup untuk berdiam berbanding menaikkan suara. Mungkin ia disebabkan oleh 3 faktor ini.
Cer tengok jika korang setuju atau tidak.
Tak Nak Buat Pasangan Lebih Marah
Lelaki kalau boleh tak nak leteran pasangan itu berpanjangan. Mereka malas nak dengar, especially bila suara pasangan semakin lama semakin nyaring dan pitchy.
Sebab itulah, mereka lebih sanggup berdiam dulu, biarkan leteran pasangan reda dan mulakan percakapan selepas itu.
.
Lelaki Gemar Memendam Emosi
Nampak je tenang dan diam, dalam hati lelaki entah apalah yang sedang dirasai olehnya.
Lelaki secara amnya dikatakan lebih suka memendam emosi berbanding perempuan yang lebih gemar meluahkannya. Tapi, kalau dah selalu sangat pendam, boleh meletup okay.
Jadi sebagai pasangan mereka, lebih elok jika kamu bawa si lelaki untuk bertenang selepas bergaduh.
Confuse Apa Masalah Yang Timbul Sebenarnya
Perempuan selalu merasakan diri mereka benar.
Girls, cuba tanya diri sendiri sama ada itu benar atau tidak. Walaupun dalam hal yang remeh, perempuan akan memperbesarkannya. Sebab itu, lelaki mudah confuse tentang apa sebenanrnya isu yang timbul sehingga menyebabkan perbalahan.
Lantas mereka fikirkan adalah lebih baik untuk diamkan diri saja daripada cuba menegakkan sesuatu yang mereka sendiri tidak fahami.
Menjadi seorang lelaki ni pun bukannya mudah tau. Jadi, daripada serabutkan kepala dengan lebih banyak masalah, lebih baik diamkan diri (dan pakai earphone semasa pasangan tengah marah) je. Hiks!
Jatuh cinta dan menjadikan seorang lelaki playboy merupakan antara perkara paling teruk boleh dihadapi oleh seorang wanita. Lelaki miang yang tidak jujur dengan perasaan sendiri dan juga memperbodohkan orang lain ini kebiasaannya memang tak memasang niat untuk terus kekal dengan korang.
Tapi apa yang menggerunkan ialah mereka mempunyai pelbagai helah untuk mengelak daripada kelakuan jijik mereka itu ditangkap.
Jadi kali ini REMAJA ingin kongsi 5 petanda penting yang korang boleh perhatikan sama ada si dia merupakan seorang playboy atau tidak. Jika ada salah satu petanda ini maka berjaga-jagalah. Mungkin korang kini terlalu hampir berada di depan mulut buaya.
BERCERITA PERIHAL SEMUA EX-GF ADALAH PSIKO
Semasa mula-mula berkenalan dengan korang mungkin inilah yang mereka akan kongsikan. Di dalam ceritanya kesemua bekas teman wanitanya yang bersalah dan berperangai psiko. Walhal hakikatnya kesemua mereka meninggalkan dia disebabkan perangai playboy. Orang begini selalunya memang tak akan nampak salah sendiri dan suka menunding jari kepada orang lain.
JARANG BERHUBUNG BILA BERJAUHAN
Tak kiralah sama ada dua hari atau dua minggu, jika berada jauh dia tidak akan sesekali menghubungi korang. Namun bila dia balik segalanya seakan-akan tidak ada apa-apa yang berlaku malah dia boleh berlagak normal. Dan jika dia perasanb korang marah pun dia akan minta maaf dan anggapnya sebagai perkara kecil. Atau paling melucukan beri alasan bateri telefon rosak.
Bila bangun tidur dan buka mata sahaja berderet mesej yang dihantar olehnya. Namun ia berbeza apabila malam menjelma. Dia seolah-olah berubah menjadi orang lain. Dan bila ditanya dia akan beri alasan penat dan tidur awal. Walhal di laman sosial media korang tahu dia asyik memberi komen dan likes foto gadis-gadis lain. Paling teruk dia juga ada kemungkinan sedang melayan orang lain menerusi penaggilan telefon.
RISAU DENGAN PANDANGAN ORANG LAIN
Okay, firstly korang jangan salah anggap. Ya, nasihat daripada kawan-kawan sendiri sememangnya sangat penting. Namun adakah perlu jika ingin membuat mereka berasa kagum semata-mata? Mengapa pandangan mereka sangat penting sehinggakan boleh menjejaskan hubungan korang berdua. Jelas di sini dia merupakan seorang yang sangat inscure dan mungkin juga seorang playboy nyata.
“AWAK BUKAN SEPERTI YANG LAIN”
Bagi seorang playboy apa yang korang fikirkan tentang dirinya sangat penting. Dia mahu korang melihatnya sebagai seorang jejaka yang baik dan jujur. Kadang-kadang mudah merajuk disebabkan korang berasa ragu-ragu akan kelakuannya. Untuk meyakinkan korang dia juga akan selalu berkata korang tak sama dengan bekas kekasihnya terdahulu. Walhal itulah mekanisme mempertahankan dirinya dari segala penipuan sendiri.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Perlaksanaan akad nikah secara online atau melalui sidang video ketika Perintah Kawalan Pergerakan telah pun dibenarkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Perseketuan (JAWI) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bagi memudahkan urusan kedua-dua pihak pasangan pengantin untuk melangsungkan perkahwinan ketika musim PKP ini.
Nurul Fatin Nazari, 24, baru sahaja melangsungkan perkahwinannya secara online semalam, memberitahu bahawa pasangan yang mengambil jalan untuk bernikah di atas talian ini sebenarnya bukan kerana suka-suka, tetapi ada sebab kenapa mereka perlu memilih jalan ini.
“Sepatutnya, saya dan pasangan, Rosdell Rosli akan melangsungkan perkahwinan kami pada 4 April lalu. Namun, siapa sangka wabak COVID-19 telah melanda dunia, jadi kami terpaksa menunda pernikahan tersebut,”
“Jadi hari tu JAIS bagi khabar baik untuk meneruskan pernikahan pada pasangan yang dah menyempurnakan segala borang nikah untuk dilangsungkan secara online. Kami pun mengambil keputusan untuk melangsungkan sahaja pernikahan secara online disebabkan ujian HIV yang diambil akan tamat tempoh dalam masa 6 bulan ini saja,”
“Mungkin kalau siapa yang tak tahu, ramai yang menganggap pasangan yang mahu menikah secara online ni seperti tidak sabar-sabar nak berkahwin. Tapi sebenarnya, jika ujian HIV yang telah dibuat tamat tempoh, kami perlu melakukan sekali lagi. Prosesnya juga bukanlah mudah. Seharian kami menunggu untuk melakukan ujian itu. Jadi, untuk mengelakkan daripada membuat kerja dua kali, kedua-dua pihak keluarga sebulat suara bersetuju dengan keputusan untuk melakukan akad nikah secara online ini,” jelas Fatin.
Proses yang ringkas dan mudah
Bercerita tentang pengalaman bernikah secara online, Fatin Nazari mengakui bahawa ini merupakan antara pengalaman yang paling akan diingati buat dia dan pasangan. Tidak semua pasangan mempelai dapat merasai pengalaman dinikahkan secara online, tambahan pula dalam keadaan pandemik seperti ini.
Fatin juga turut berkongsi cerita tentang proses pernikahan yang dilakukan secara online.
“Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Proses nikah online ni sebenarnya tak susah pun sebab semua borang memang saya dan sediakan. First, kena hubungi orang JAIS/JAWI dekat kawasan daerah tempat tinggal korang. Kemudian mereka akan beri penerangan melalui WhatsApp. Kemudian mereka akan meminta pengesahan atas persetujuan pasangan pengantin dan keluarga,”
“Kemudian JAIS akan beri kita borang online yang perlu disubmit kepada mereka. Memanglah mereka juga ada mengatakan jika boleh ditangguh pernikahan adalah lebih baik, tapi disebabkan alasan kami tentang ujian HIV itu kukuh, maka mereka beri keizinan,” jelas gadis ini lagi.
“Segala proses dilakukan dengan sangat mudah. Majlis berlangsung lebih kurang 20 minit sahaja. Cuma, ada part yang macam line internet tersangkut sikit, suami saya perlu lafaz akad sekali lagi. Hehe! Lafaz akad hendaklah dilakukan sehingga pihak JAIS berpuas hati.
Berikut merupakan video yang juga telah dikongsi oleh Fatin Nazari kepada pihak Remaja.
Fatin juga turut melakukan Instagram Live untuk berkongsi momen indah ini bersama rakan-rakannya.
“Kalau ikutkan memang agak sedih sebab banyak benda kami dah rancang. Katering, jurugambar perkahwinan semua sudah dibuat bayaran. Ada yang terpaksa ‘burn’ dan ada juga pihak yang memahami, memberi refund. Tapi nak buat macam mana, mungkin ada hikmah dengan setiap apa yang berlaku ini. InsyaAllah jika keadaan sudah kembali seperti biasa, kami akan melakukan majlis kenduri di masa akan datang,”
“Namun, sekiranya situasi ini berlarutan terlalu lama, mungkin juga kami akan batalkan sahaja majlis kenduri tersebut. Semuanya kami serahkan kepada Allah SWT,” katanya lagi.
Kami di pihak Remaja ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru Buat Nurul Fatin Nazari dan pasangan, Rosdell Rosli dan semoga segala urusan korang dipermudahkan.
InsyaAllah, jika ada rezeki nanti, boleh dilakukan majlis kenduri perkahwinan dengan sempurna.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...