Fuiyo! Ini Bas Pertama Malaysia Yang Boleh Bergerak Di Darat Dan Dalam Air

Share

Cuak juga bila kami menonton video bas ini memasuki air. Manalah tahu, tenggelam ke timbul.

Nasib baik tak tenggelam!

Konsep bas amfibia atau lebih dikenali sebagai amphicoach ini rupanya telah ditempah dari negara Malta pada tahun 2014 atas kelulusan bekas Menteri Besar Terengganu; Datuk Seri Ahmad Said dan baru saja tiba di Terengganu pada Ahad lalu.

Dengan memakan kos pembelian sebanyak RM3.3 juta, bas ini boleh beroperasi di darat dan juga timbul di dalam air. Tak percaya?

Ia telahpun menjalani ujian operasi di Sungai Terengganu semalam, iaitu dari jeti Kampung Losong ke Pulau Wan Man dan memakan masa 45 minit.

Menurut salah seorang pemerhati yang bercakap kepada Sinar Harian iaitu Norabina Abdul Rahman, 40, “Kami sangat berpuas hati untuk melihat satu-satunya bas seunik ini di Malaysia. Terengganu adalah negeri pertama yang memilikinya.”

Walaupun kewujudan bas amfibia ini telah lama disaksikan oleh netizen di laman YouTube, ini adalah kali pertama mereka menyaksikannya secara live. Mestilah bangga kan!

Terlebih dahulu, pembelian bas tersebut telah mendapat kritikan hebat daripada parti pembangkang kerana bas tersebut seharusnya diterima oleh kerajaan negeri Terengganu pada pertengahan tahun 2015.

Masalah lambat sampai dipercayai berlaku kerana isu penghantaran dan beberapa aspek pada bas itu yang tidak memenuhi kehendak kerajaan negeri.

Amacam, berbaloi tak harga bas dengan tarikan serta servis yang diberikan? Ke better stick je dengan perkhidmatan bas-feri seperti sedia ada?

Published by
FZ