Fun & Chill! Finalis Dewi Remaja Cuba Semua XTVT Di Tadom Hill Resorts, Korang Tak Nak Cuba Ke?

Share

Hokay! Hujung minggu niekan, kalau bosan nak jalan-jalan ke kompleks beli belah apa kata lencongkan perjalanan korang untuk nikmati suasana kampung dan alam semulajadi.

Dekat ajer pun, tak jauh mana. Hanya lebih kurang 45 minit perjalanan di ibu kota untuk sampai ke Tadom Hill Resorts, Banting. Tempat percutian dan banyak aktiviti ini memang dah lama viral tau. Dah ramai orang tahu sebabnya tempatnya memang best sangat-sangat.

Lebih best lagi, finalis Dewi Remaja pun dah bermalam di situ. Siap tidur dalam khemah dan join melakukan pelbagai aktiviti seperti bermain ATV, terjun dalam tasik, bersengayut macam kita kecil-kecil dulu dan macam-macam aktiviti lain.

Air yang membiru memberikan seribu pengalaman menarik
Lasak pun lasak tapi semua maintain cantikkan
Faz gunakan semua kudratnya ketika halangan tayar ini
Hokay, Rania pun dah jadi paskal masa di Tadom Hill Resorts.
Sungguh-sungguh finalis Dewi Remaja mencuba aktiviti di sinikan. Wall ini 6 kaki tingginya dan perlukan tenaga yang kuat

Nak balik hari boleh, nak bermalam di sana pun boleh. Bagi balik hari kosnya bermula dari RM20 ke atas sementara yang nak tidur dan menikmati angin malam yang sejuk serta pemandangan yang indah, ada macam-macam versi harga. Tak adalah mahal mana pun, kalau korang datang dengan kawan dan kongsi ramai-ramai rumah tu, harga tak sampai pun RM100 bagi seorang.

Jom kita tengok apa yang best sangat di Tadom Hill Resorts ini.

First kita tengok tempat penginapan dulu.

Sebelum pilir penginapan yang korang nak, berkenalan dulu dengan reception dia orang ya. Sempoi je kan, tak ada pun dalam bangunan. Semuanya open air
Inilah Hammock Spheres. Sesuai bagi orang bujang yang nak tengok bintang-binatang dilangit. Harganya pun murah saja iaitu RM65 dan berbeza kalau hujung minggu ya.
Inilah Bamboo Tents. Selalu khemah plastik jekan tapi syok gile sebab dari buloh
Inilah Gendui Chalets. Cantik sangat-sangatkan. Harga pun tak la mahal sangat, bermula dari RM250 aje.
Ini pula Astana Ninik Chalets. Jangan terperanjat tau sebab semua chalets di sini dibuat dari buloh
Ini bamboo hut yang memang cantik dan sesuai di isi oleh ahli keluarga yang ramai

Orait, dah habis pilih rumah. Apa kata korang tengok apa aktiviti yang boleh buat di sini. Gerenti meletopsss.

Boleh buat BBQ tau, just sewa aje tempat nie kalau korang tak nak bermalam. Siap ada jual arang dan tempat pembakar. Tapi ayam ke, udang dan sebagainya korang kena bawak sendiri la.

Sebelum BBQ tu, belah petang boleh try aktiviti nie. Ada aktiviti air dan darat, ATV ride, Tadom Flying Fox, team building dan banyak lagi.

Masa kecik-kecik siapa pernah terjun tiruk dan sengayut di akar pokok? Kompom mengimbau kenangan nie
Bukan aje boleh main rakit tapi macam-macam aktiviti boleh dibuat di tasik ini

Apa lagi boleh buat ya?

Kalau tak nak main air boleh main futsal dan bola keranjang ya. Syokkan bila ramai-ramai.
Memanah pun ada. Mana tahu korang boleh jadi juara Olimpik nanti
Cantik je kan Tadom Hill Resorts nie

So, dah tahukan mana nak pergi hujung minggu ni. 

Published by
Almaswa Haji Che Ros