Pengguna aplikasi Watsons kini boleh mencari warna paling sesuai untuk produk bedak asas dan membayangkan warna rambut terbaik menggunakan fungsi #ColourMe.
Ramai gadis yang selalu berdepan dilema memilih tona bedak asas bersesuaian dengan warna kulit wajah. Kadangkala apabila memilih di stor sebagai contoh, lampu di dalam stor boleh memberikan bayangan tidak jelas pada ‘swatch’ bedak asas yang disapukan pada tangan. Lalu, ramai yang akan tersalah beli tona bedak asas dan kesilapan ini membuatkan mereka rugi saja.
Cabaran mencari warna bedak asas bertambah rumit sekarang dengan norma baharu yang tidak lagi membenarkan pelanggan mencuba produk kecantikan di dalam stor atas faktor keselamatan. Tiada lagi samples, tiada lagi tester girls.
Jadi, bagaimana kita ingin mencuba produk sekarang sebelum membelinya?
REMAJA baru-baru ini mendapat tahu mengenai satu fungsi baharu yang diperkenalkan oleh Watsons Malaysia bernama #ColourMe – Foundation Founder.
Fungsi ini boleh membantu korang memilih paling bersesuaian dengan kulit wajah melalui bantuan teknologi AR dan AI, pelanggan boleh memilih warna bedak asas semudah mengambil selfie dan menjawab beberapa soalan mengenai keadaan kulit wajah serta apa keinginan mereka apabila membeli bedak asas tersebut. Aplikasi Watsons kemudiannya akan terus mengesyorkan pilihan terbaik buat pelanggan.
Menariknya, fungsi #FoundationFinder ini bukan hanya terarah kepada mencari bedak asas saja. Watsons Malaysia juga ingin membantu korang yang ingin mendapatkan produk pewarna rambut baharu untuk membuat keputusan tentang rona terbaik untuk menonjolkan sisi peribadi.
Kadangkala, hati ini teringin sangat untuk mencuba warna-warna berani seperti perang, merah jambu dan biru pada rambut kita. Namun, tentunya kita ingin memastikan sama ada ia sesuai dengan kita atau tidak sebelum mengambil langkah seterusnya seperti ‘bleaching’ dan mewarnakan rambut.
Proses #ColourMe – Style Your Hair ini sama saja seperti teknik #ColourMe – Foundation Finder sebentar tadi mana korang hanya perlu menggunakan kamera ‘selfie’ pada telefon pintar. Tak adalah korang menyesal jika warna rambut baharu tidak sesuai dengan diri sendiri.
*
Jujurnya, REMAJA rasakan fungsi baharu #ColourMe di aplikasi Watsons Malaysia ini amat berguna memandangkan norma baharu kita sekarang dijangka berlanjutan untuk tempoh yang amat lama. Korang boleh muat turun aplikasi Watsons DI SINI.
Sambil-sambil mencuba fungsi baharu ini, korang juga dapat menikmati diskaun RM10 serta-merta apabila melakukan pembelian bernilai RM80 ke atas bagi produk jenama terpilih di Watsons sekarang.
Antara jenama yang termasuk dalam promosi ini bagi kategori kosmetik ialah Essence, Cezanne, Silkygirl, Pixy Colours, Wardah, Revlon Cosmetics, Maybelline, L’Oreal dan C.Code.
Bagi kategori pewarna rambut pula, korang boleh mendapatkan produk jenama Mise En Scene, Beautylabo, Hair System By Watsons, Liese Excellence dan Revlon.
Di samping itu, Watsons Malaysia juga kini sedang menawarkan produk asas solekan yang ‘mesra pelitup muka’ dengan promosi istimewa.
Apa yang REMAJA gemari mengenai jenama tersebut adalah kesemua mesra pelitup muka dan mampu bertahan lama biarpun korang memakai pelitup muka di luar rupa. Kulit wajah juga tidak mudah merasa rengsa kerana formula ‘ringan’ bedak asak ini.
Haa bukan itu saja, produk pembersih solekan dan juga setting spray turut menawarkan promosi istimewa sekarang.
Jadi, tunggu apa lagi? Jom shopping secara bijak dengan Watsons! Muat turun aplikasi Watsons sekarang DI SINI.
Info lanjut mengenai promosi lain oleh Watsons Malaysia boleh korang perolehi DI SINI.