Fungsi Sebenar ‘Expected Salary’ Dalam Resume, Penting Untuk Bakal Majikan Tahu

Share

Seperti yang kita semua sedia maklum, resume adalah perkara asas yang sangat penting dalam permohanan kerja dan kerana itu, calon perlu melengkapkan resume dengan baik sebelum dihantar kepada bakal majikan.

Selain daripada maklumat asas seperti nama penuh, tempat belajar dan kemahiran yang ada, calon juga perlu meletakkan ‘expected salary’ dalam resume tersebut.

Mungkin selama ini kita tidak sedar bahawa jumlah yang diletakkan dalam expected salary tersebut sebenarnya memainkan peranan penting dalam menentukan sama ada calon dipilih atau tidak. Namun begitu, jumlah expected salary

ini sebenarnya mempunyai fungsi yang dilihat oleh bakal majikan.

Nak tahu apa fungsinya? Jom kita semak..

1. Tapisan pertama melihat kecekapan calon menilai diri, nilai yang ada pada diri sendiri

Untuk meletakkan sesuatu nilai gaji, korang perlukan satu benchmar kserta kajian terhadap gaji yang wajar secocok dengan pengalaman dan jenis kerja serta jawatan yang ditawarkan. Kesilapan meletakkan angka ‘expected salary’ akan menyebabkan korang ditolak daripada awal tanpa perlu ditemuduga.

Gambar hiasan

2. Tapisan untuk menentukan perlu dipanggil calon ke sesi temuduga atau tidak

Ada juga majikan yang melihat angka tersebut dan jika ia diluar ‘range’ yang mereka sanggup, permohonan akan terus diketepikan tanpa sebarang proses selanjutnya. Ada juga majikan yang akan meninjau sekejap inti CV atau resume calon sedar melihat jika ada yang menarik untuk menjadi sebab dipanggil temuduga.

3. Melihat sejauh mana flexibility calon untuk majikan berunding kelak bagi jawatan yang mungkin akan ditawarkan.

4. Indikasi sejauh mana terdesaknya calon untuk mendapatkan pekerjaan

Contohnya jika gaji yang diminta adalah rendah tetapi apabila dilihat pengalaman dan sebagainya adalah hebat, ada juga kemungkinan calon mensasarkan untuk dipanggil temuduga dimana dia akan membuktikan nilai sebenar dirinya dalam sesi tersebut. Kemudian, berunding tahap gaji lebih baik selepas dirasa ‘performed

’ sewaktu temuduga.
Gambar hiasan

Secara kesimpulannya, sebelum korang berfikir panjang untuk menulis ‘expected salary’, jangan letak sembarangan kerana ia akan menjadi kelebihan dan bakal memudahkan majikan untuk membuat keputusan. Hal ini juga dapat mengelakkan korang daripada membuang masa hadir ke sesi yang tidak diingini kerana gaji tidak seperti yang dijangka.

Sumber: resumekreatif_hrk

Published by
Noor Ain Norman