
Peminat pastinya sudah tidak sabar menantikan kemunculan terbaru G-Dragon apabila dimaklumkan, penyanyi berbakat ini bakal membuat come back tidak lama lagi. Personaliti ini lebih dikenali sebagai ketua kumpulan muzik terkenal Big Bang dan kali terakhir, kumpulan ini muncul adalah pada Mac 2018.
Perkara ini telah dimaklumkan oleh YG Entertainment kepada YTN Star, bahawa G-Dragon sedang mempersiapkan lagu terbarunya. Malah, menerusi sumber terdekat, G-Dragon kini sibuk berulang-alik masuk ke studio dan ini lebih menguatkan lagi kenyataan yang telah dibuat oleh pihak pengurusan beliau.
BIGBANG pada asalnya dijadualkan untuk memulakan semula aktiviti kumpulan dengan Coachella pada bulan April tahun ini, tetapi rancangannya gagal apabila acara itu dibatalkan kerana ke COVID-19.
Sama-sama kita nantikan kemunculan penyanyi ini tidak lama lagi.
Sumber: Soompi
Antara Neelofa & Uqasha Senrose, Sapo Dio Hok Hebak Kecek Kelate?

Siapa yang tak kenal dengan aktres cantik Neelofa dan Uqasha Senrose yang berasal dari keluarga kelahiran negeri Cik Siti Wan Kembang ini.
Kedua-dua selebriti ini khabarnya memang pandai kecek kelate. Dalam satu rakaman yang kami jumpa, Neelofa dan Uqasha Sensore dilihat bercakap dalam dialek Kelantan ketika sedang menjamu selera.
Jom kita tonton video di bawah dan pada korang, siapa yang paling hebak kecek kelate deh? Dua-dua pun comel kan. Hiks!
Kredit video: Diva Gojes
Diskaun 20% Bayaran Penuh PTPTN, Apa Lagi Yang PM Bentangkan Untuk Pelajar Malaysia?

Isi Kandungan
ToggleLewat petang tadi, seluruh rakyat Malaysia khusyuk menumpukan perhatian kepada pembentang Bajet 2018 oleh Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Najib Tun Razak.
Rata-rata ingin mengetahui apakah yang akan diperolehi oleh sektor dan kategori rakyat masing-masing. Adakah aduan serta keperluan mereka dilayan oleh pihak Kerajaan ataupun ia dipandang sepi?
Ini termasuklah sektor pendidikan yang menjadi tunjang kepada pembangunan insan, ekonomi dan kemasyarakatan negara. Saban tahun, bukan hanya ibu-bapa yang tak sabar menantikan apakah bajet yang diperuntukkan kepada sektor ini demi kebaikan anak-anak mereka.
Malah, golongan pelajar di peringkat sekolah menengah dan golongan belia yang mewakili pelajar di peringkat pendidikan tertiari (kolej dan universiti) turut berminat untuk mengetahui akan nasib mereka.

Secara keseluruhannya, Bajet 2018 banyak menyentuh mengenai sektor pendidikan. Ada bajet yang dilanjutkan dari tahun 2017 ke 2018. Ada juga yang baru akan diperkenalkan pada tahun depan oleh kerana Kerajaan melihat ia crucial dan sudah tiba masa dilaksanakan secepat mungkin.
Nak tahu apa nasib korang selaku golongan pelajar? Ini dia antara bajet yang sempat REMAJA rangkumkan:
Pendidikan Untuk Generasi TN50 (RM250 Juta)
- Menubuhkan pusat sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM).
- Mempertingkatkan modul Computer Science termasuklah program koding.
- Menaik taraf 2,000 kelas menjadi bilik darjah pintar pembelajaran abad ke-21 bagi meningkatkan pembelajaran berasaskan pemikiran kreatif dan inovatif (bernilai RM190 Juta)
Kata PM, pusat STEM tersebut bertujuan membentuk kaedah pembelajaran terkini dan melatih guru pakar STEM menggunakan fasiliti institut pendidikan guru sedia ada dengan kerjasama Akademi Sains Malaysia. Sekaligus, guru-guru di peringkat sekolah akan tampil lebih bersedia untuk berhadapan dengan silibus yang diperbaharui.
Program koding yang disebutkan pula adalah untuk kurikulum sekolah rendah dan menengah yang kini telah wujud di tingkatan 1 dan tingkatan 3.
Pendidikan Peringkat Tinggi
- Kerajaan memperuntukkan biasiswa sejumlah RM2.2 Bilion untuk tahun 2018.
- Bantuan baucar buku bernilai RM250 seorang (sekali setahun)
- Bantuan MyBrain untuk melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana dan kedoktoran bernilai RM90 Juta kepada yang layak untuk memohon. Klik di sini guys.
Kerjaya dan Bakat TN50
- Meneruskan program perantis dan temuduga terbuka di bawah SL1M. Syarikat swasta yang berjaya mendapat kontrak kerajaan diwajibkan memperuntukkan sekurang-kurangnya 1% daripada nilai projek bagi Program SL1M.
Untuk pengetahuan korang, SL1M telah melatih sejumlah 138,000 para graduan sejak ia dilaksanakan dan bersedia untuk menambah sejumlah 5,000 graduan lagi di bawah program perintisnya pada tahun 2018. Secara tak langsung, ia memberi peluang kepada graduan yang layak bagi mendapat pekerjaan selepas tamat belajar.
Pembangunan Sukan
- Program FitMalaysia, Hari Sukan Negara, latihan atlit, program akar umbi dan program pembangunan bola sepak negara melalui KBS bernilai RM1 Bilion.
- Kerajaan akan membina 14 kompleks sukan baru di seluruh negara bernilai RM112 Juta.
- Sekolah Sukan Bukit Jalil pula terus mendapat peruntukan sebanyak RM20 Juta.
Berita baik bagi pelajar yang sedang menuju ke arah menjadi seorang atlet di peringkat nasional dan antarabangsa. Besar kemungkinan selepas menyaksikan potensi yang ada pada atlet Malaysia di Sukan SEA 2017 lalu, peruntukan terus diberikan bagi membantu para atlet terus mengharumkan nama negara.

Pembangunan Pendidikan
- Tabung Khas Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah (RM550 Juta)
- Membina semula dan menaik taraf sekolah daif menggunakan sistem IBS (RM2.5 Bilion)
Yeay, tiada lagi toilet banjir! Hehe..
Bantuan Persekolahan
- Bantuan makanan, buku teks, geran kapita dan biasiswa kecil persekutuan (RM2.9 Bilion)
- Bantuan persekolahan RM100 seorang (RM328 Juta)
Pembiayaan Pengajian Tinggi PTPTN
- Diskaun 20% untuk penyelesaian penuh pinjaman.
- Diskaun 10% untuk bayaran 50% daripada baki hutang sekali bayaran.
- Diskaun 10% untuk bayaran balik melalui potongan gaji.
- Grace Period pembayaran balik dilanjutkan daripada 6 kepada 12 bulan.
Topik PTPTN tak habis-habis dibentangkan sejak bertahun-tahun lamanya. Bajet 2018 tak terkecuali apabila kerajaan menetapkan beberapa tahap diskaun bagi menggalakkan pembayaran semula peminjam.
Salah satu poin yang menarik perhatian REMAJA adalah poin Grace Period. Setelah tamat belajar, kini korang mempunyai tempoh yang lebih relevan dan ideal untuk memulakan pembayaran. Jika dulu setelah 6 bulan, notis surat sudah diterima bekas graduan.
Kini, korang mempunyai masa untuk bernafas dulu (take a deep breathe guys, you deserve it), mencari pekerjaan dan mulai membayar semula pinjaman selepas setahun.
Latihan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET)
- Biasiswa Pelajar Cemerlang TVET: RM4.5 Juta
Walaupun dibentangkan dan diberikan bajet, jumlah yang diperuntukan ini bagi REMAJA masih agak rendah berbanding apa yang dijangkakan pada peringkat awal.
Dasar Transformasi Kesejahteraan Bumiputera
- Biasiswa pengajian tinggi dan latihan MARA bernilai RM2.5 Bilion.
Ia adalah peruntukan tertinggi yang pernah diberikan kepada peringkat pengajian tertiari dan biasiswa latihan di bawah MARA. REMAJA menganggarkan seramai 90,000 pelajar akan mendapat benifit daripada ini.
Orang Asli
- Bantuan pengajian RM3,000 kepada ibu bapa bagi pembelanjaan persediaan anak-anak ke IPTA.
Apa pendapat korang mengenai bajet yang dibentangkan ini? Untuk melihat bajet dalam kategori dan sektor lain, sila klik ke laman web rasmi PM ini.
“Mereka Amat Positif..” Ismail Izzani Masuki Hari Ketiga Beri Bantuan Mangsa Banjir

Pelbagai usaha rakyat yang menghulurkan bantuan barangan dan mengerah tenaga untuk sama-sama meringkan beban mangsa bencana banjir pada minggu ini amat dirasai oleh semua pihak.
Tanpa mengenali perbezaan, kita sebagai rakyat berganding bahu saling membantu rakyat lain atas dasar prihatin, empati dan perpaduan.
ARTIKEL BERKAITAN : Rakyat Malaysia Memang Prihatin, Ramai Bantu Mangsa Banjir Tanpa Harap Ganjaran – REMAJA
Begitu jugalah yang dilakukan oleh penyanyi dan pelakon muda, Ismail Izzani. Ismail dan rakan-rakannya memilih untuk menggerakkan usaha membantu di Hulu Langat iaitu salah satu daerah yang paling teruk terkesan.
Menerusi temubual bersama penyampai radio Hot FM Imran Aqil pada malam ini, Ismail menceritakan bahagimana dia berada di sana sepanjang hari ini bersama pasukannya untuk mengemaskan surau dan beberapa rumah kejiranan di sana.
“Saya gembira apabila melihat ramai orang yang saling membantu. Alhamdulillah, rakyat Malaysia masih prihatin. Sebagai rakyat, kita hanya boleh mengharapkan rakyat yang lain.
“Walaupun gembira, tapi pada masa yang sama saya juga merasa sedih kerana saya belum pernah melihat penduduk dilanda banjir seteruk ini. Dan mereka masih boleh berfikiran positif.
“Apabila mereka melihat saya dan kawan lain datang mengagihkan bantuan, mereka terus tersenyum.
“Apabila mereka mengucapkan terima kasih, saya pun tidak tahulah nak ungkapkan perasaan pada waktu itu.”
“Saya sempat berjumpa seorang kanak-kanak yang kehilangan sembilan ekor kucing sekaligus. Tapi dia masih positif dan memberitahu, ‘Tak mengapa, mereka masuk syurga. Nanti akan ada kucing baru.’ Saya tergamam bila mendengar betapa positifnya mereka,” kongsi selebriti berusia 21 tahun itu.

Selain bergotong-royong membersihkan kediaman dan surau daripada kesan lumpur, mereka turut mengagihkan barangan keperluan pada hari Ahad lalu. Antara yang sempat disumbangkan adalah air mineral, makanan asas seperti roti dan nasi goreng, tuala dan selipar.
Ismail menceritakan dia didatangi seorang wanita yang meminta tuala sedangkan stok pemberian tuala sudah habis. ismail kemudian mengira jumlah ahli keluarga wanita tersebut dan terkejut apabila mendapat tahu ia mencecah 12 orang!

“Mereka tidur dalam gelap tanpa elektrik, tiada jaringan internet dan selimut. Sebab itulah pada hari ini (20 Disember 2021), saya datang semula ke sini untuk tambah barang keperluan yang boleh diberi kepada mereka. InsyaAllah, esok (21 Disember 2021) kami akan ke sini lagi,” kongsinya sewaktu sesi Instagram Live bersama Imran.
Semoga keikhlasan mereka ini dalam mengulurkan bantuan akan dibalas olehNya, insyaAllah dan akan menerbitkan rasa terinspirasi dalam kalangan remaja lain.
BACA LAGI : Ibarat ‘Mak Nujum’, Rakyat Kagum Ketelitian Nurul Izzah Beri Amaran Banjir Sejak Julai – REMAJA
*
Dalam pada itu, Ismail baru saja meluncurkan lagu terbaru berjudul Kamu tiga minggu lalu. Ia menceritakan mengenai kehilangan insan yang kita cintai atau insan yang memainkan peranan penting dalam kehidupan mereka. Biarpun hubungan cinta tersebut terputus di tengah jalan, namun kedua-duanya masih saling memberi sokongan kepada satu sama lain.
Di samping itu, Ismail juga dijangka akan mengeluarkan album pertamanya pada tahun hadapan demi peminatnya yang telah menunggukan kehadiran buah tangan tersebut selama ini.
*
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.