
Peminat sedia maklum dan terpaksa akur apabila selebriti Korea pujaan mereka perlu menyertai latihan ketenteraan di kem sana.
Latihan ketenteraan diwajibkan kepada semua lelaki di Korea Selatan tanpa pengecualian.
Jadi apabila masanya sudah tiba dan nama mereka dipanggil, sudah pasti peminat merasa kehilangan ketika idola mereka terpaksa meninggalkan aktiviti seni sepanjang tempoh latihan tersebut.
Kami bagaimanapun mempunyai berita baik buat peminat Big Bang!
Ketua kumpulan Kpop popular itu, G-Dragon atau nama sebenarnya Kwon Jiyong dijangka bakal menamatkan sesi latihan kententeraannya pada hari Sabtu ini.
Baru-baru ini, pemuda berusia 30-an itu turut dilihat hadir ke majlis perkahwinan kakaknya selepas mendapat perlepasan.
Peminat semakin tidak sabar untuk mengetahui hala tuju grup tersebut, lagi-lagi selepas skandal yang melanda YG Entertainment dan selepas pemergian Seungri daripada Big Bang. Adakah mereka akan terus membuat come back pada tahun hadapan atau kita terpaksa memberi masa untuk Big Bang mencari inspirasi dan menunggu mereka bangkit semula?
Kenalah tunggu gaiss..
Sumber: K-Variety Malaysia
9 Aksi Gambar Pose Paling Dibenci Pengguna Media Sosial, Carta #1 Selfie

Sudah menjadi lumrah, ramai orang gemar memuat naik foto percutian mereka sebagai tanda kenangan. Ada berbagai gaya dan cara bergambar bagi menggambarkan keseronokan yang sedang dialami ketika percutian itu.
Sesetengahnya beranggapan, itulah gaya gambar terbaik dan memberikan kenangan manis apabila pulang semula ke rumah. Biasanya gambar-gambar ini akan di “post” ke facebook, Instagram, twitter untuk mendapat tanda suka dan komen dari rakan-rakan yang mengenali.
Tapi di sebalik keghairahan memuat naik gambar ke ruang peribadi, ada sesetengah gaya gambar sebenarnya sangat tidak mendapat tempat di hati pengguna media sosial lain. Satu penelitian yang dilakukan oleh agensi kapal persiaran mewah di London, Bolsover Cruise Club telah menjalankan kaji selidik gaya gambar paling tidak disukai netizen dan boleh mendatangkan kritikan buat mereka.
Jom tengok gaya gambar bagaimana paling tidak disukai oleh netizen media sosial?

Selfie – Berita buruk untuk mereka yang suka selfie, kalau selama ini korang rasakan inilah aksi paling best sebab tangakap gambar sendiri, tetapi gaya inilah dianggap paling buruk oleh netizen kerana aksi-aksi dan anglenya.
34 peratus dari mereka yang ditemubual mengatakan tidak suka melihat foto selfie orang yang sedang berlibur. Gaya ini dianggap sebagai tidak kena dan tidak sesuai tetapi gaya inilah paling selalu di muat naik di media sosialkan. Hurmm, apa pandangan korang mengenainya?

Gaya kaki – Selalu ada aksi gaya kaki sajakan. Sama ada tengah berjemur di tepi pantai dan lokasi-lokasi lain. Tapi inilah aksi gambar paling tidak disukai juga.

Pasangan pamer kemesraan – Ok, inilah aksi ketiga yang tidak suka dilihat di kalangan netizen terutama bagi pasangan yang sering mempamerkan kemesraan dengan aksi melampau. 17 peratus netizen mengakui merasa “intimasi” dengan pose ciuman bersama pasangan. Ok, tak tahulah apa pandangan korang tentang ini pula!

Pura-pura candid – Haha, ini antara aksi yang selalu adakan. Pose depan cermin dan kemudian refleks diri sendiri. Seolah-olah itulah tanda paling macho dan cun habis. Biasa buat bila ke gym dan selepas bersenam. Konon nak tengok apa perubahan pada bentuk badan atau yang suka nak tunjuk cantik. Kata netizen, mereka tidak kisah jika gambar itu betul-betul candid tetapi yang mereka tak suka dan benci ialah sikap berpura-pura itu.

Gambar tunjuk @ pegang bangunan – Ini juga antara aksi selalu dibuat oleh kebanyakan mereka yang bercuti. Gambar pegang matahari, pegang bangunan dengan hujung jari telunjuk, seolah-olah bangunan atau objek itu ada berdekatan dengan gambar.

Sebanyak 14 peratus netizen merasakan mereka terasa terganggu dengan jari telunjuk itu yang mana ia menutup kecantikan sebenar gambar yang ingin dirakamkan. Wow, kita ingatkan dah amazing dapat peluk atau tunjuk bangunan tapi rupanya orang tak suka aksi tu.

Gaya melompat ke udara – Saat matahari nak terbenam, kita akan buat aksi lompat khususnya di tepi pantai. Buat pula ramai-ramai, ada yang boleh lompat tinggi tak kurang juga separuh darinya. Tapi rupanya gaya ini dianggap sudah konvensional kerana 11 peratus netizen tidak menyukai aksi ini semasa percutian.


Gaya 7 -9 – Gaya lain tidak disukai ialah aksi pose pura-pura menjauhi kamera, menulis nama atau sesuatu di atas pasir dan terakhir ialah bergambar di ikon tempat perlancongan seperti bangunan dan patung.


Tapi ada gambar paling disukai oleh netizen. Foto pemandangan adalah foto paling suka dilihat oleh pengguna media sosial kerana ia mengundang pelbagai perasaan. Sama ada mengkagumi, menghargai dan berbagai perasaan lagi.
Tak kisahlah apa aksi dan gaya gambar yang korang nak muat naik di media sosialkan, asalkan dengan niat bukan untuk mendapat banyak like sebaliknya adalah untuk kepuasan diri sendiri.
“Daddy Akan Sentiasa Menyayangi Kamu Berdua” -Fattah Amin Kongsi Foto Terakhir Bersama

Selepas usahawan terkenal, Nur Fazura nekad untuk meneruskan proses perceraian, terbaharu, suaminya yang juga aktor popular, Fattah Amin tampil dengan memuat naik foto isteri dan puteri mereka, Nur Fatima Aisya di Instagram.
Difahamkan, foto yang dikongsikan pelakon filem Pendekar Awang itu merupakan foto terakhir yang dipercayai diambil sebelum berlakunya polemik rumah tangga pasangan berkenaan.
BACA: Fazura Nekad Mahu Teruskan Proses Perceraian -“Demi Maruah Sebagai Wanita & Kesejahteraan Fatima”
Menjadi tumpuan netizen apabila, Fattah masih menyatakan rasa sayangnya terhadap Fazura dan Fatima.
“Doakan yang baik- baik buat kami. Apa-apa pun jadi Daddy will always love you two #lastpicturetaken @fattzuralovelife,” coretnya ringkas.
Pada 13 September lalu, pelakon drama Lelaki Itu telah memfailkan cerai terhadap Fattah di mahkamah.
BACA: “Masih Sayang…”Fattah Amin Ingin Selamatkan Rumah Tangga, Lafaz Talak Tidak Berlaku Hari Ini
Menerusi sebutan kes permohonan perceraian itu, mahkamah meminta pasangan selebriti terbabit menyelesaikan konflik rumah tangga mereka di luar mahkamah sebelum tarikh sebutan semula pada 7 Oktober depan.
Sebagai info, pasangan popular ini telah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan, Fattah dan Fazura dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: IG Fattah Amin
“Mama Loves You” Anak Sulung Nourul & Ajai Terima Anugerah Dekan Kali KEEMPAT

Sebagai anak, tentunya kita selalu mengharapkan agar ibu bapa kita berbangga dengan kejayaan kita dalam apa jua segi.
Tak kiralah dalam bidang pelajaran, sukan, hobi dan paling penting dari segi attitude, apabila mereka berdua meluahkan rasa bangga terhadap kita – macam nak nangis pun ada!
Terbaru menerusi Instagram milik penyanyi Nourul Depp, beliau berkongsi foto yang menampilkannya bersama anak sulungnya, Ayu Nazirah ketika dia berusia kira-kira 3 tahun.
Sambil mengimbas kembali kenangan, Nourul menitipkan rasa syukur beliau terhadap kejayaan Ayu yang baru-baru ini menerima anugerah Dekan daripada Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) untuk kali keempat!
Kata Nourul, “Terima kasih di atas nikmat ini. Anak kecil ini (Ayu) sudah besar. Tak pernah berhenti buatkan kami banggan dengannya.
“Lahirkan dia ke dunia ini pun dah buatkan kami bangga. Anak yang sangat baik. Tak pernah menyusahkan atau menyakitkan kami,” kata penyanyi tersebut.
Untuk pengetahuan, Ayu yang sedang mengambil jurusan Zoologist merupakan anak sulung daripada perkahwinan Nourul dan komposer, Mohd Faizal bin Maas ataupun Ajai.
Sebelum ini, Ayu pernah memuat naik kenyataan bahawa dia gembira dengan jurusan yang diambilnya itu.
“Terdapat juga cabaran, tetapi tak semua benda dalam kehidupan ini bermula dengan mudah kecuali dengan adanya semangat dan minat.”
Congrats Ayu!