Penyanyi rap terkenal, G-Dragon baru-baru ini meraih perhatian sekali lagi apabila laporan mengenai album penuh barunya yang dinantikan oleh para peminat dijadual bakal dilancarkan pada bulan Februari ini.
Menurut TenAsia, pada tahun lalu, G-Dragon atau nama sebenarnya Kwon Ji-yong (37) telah mengeluarkan dua buah lagu pre-release berjudul ‘POWER’ pada 31 Oktober dan ‘HOME SWEET HOME’ dengan penampilan istimewa anggota BIGBANG, Taeyang dan Daesung pada 22 November yang juga akan dimasukkan dalam album akan datang.
Dalam pada itu, wakil syarikat pengurusan G-Dragon, Galaxy Corporation dalam satu kenyataan menjawab mengenai khabar angin tersebut berbunyi,
“Memang benar pada saat ini agensi sedang menyusun rancangan untuk pelancaran album solo G-Dragon pada bulan Februari. Namun, keputusan paling muktamad masih belum diputuskan lagi”
Wah! Nampaknya, jika album baru G-Dragon betul-betul sudah disahkan akan dilancarkan dalam masa terdekat.
Ini akan menjadi full album pertama G-Dragon selepas lebih kurang satu dekad sejak pelancaran album ‘COUP D’ETAT’ pada September 2013. Album berisi 12 lagu itu menampilkan lagu popular kegemaran peminat seperti Who You?, Crooked, GO, dan juga Black iaitu lagu dengan penampilan khas Jennie BLACKPINK.
Sementara itu, mengikut perkembangan terkini, G-Dragon turut meraih dua penghargaan ‘Top 10 Singles of The Year’ serta ‘ Top Korean Songs of The Year’ menerusi lagu ‘POWER’ dan ‘HOME SWEET HOME’ dalam QQ Music 2024 Dianfeng Awards iaitu salah satu anugerah berprestij di China.
Tahniah kami ucapkan dan kami di REMAJA pun sudah tak sabar nak mendengar full album release terbaru dari G-Dragon!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Jangan lupa tonton temubual penuh semangat bersama CRAVITY! 💥
#majalahremaja #remaja #remajamalaysia #CRAVITY #FindTheOrbit #LUVITY” />