Penyanyi rap, G-Dragon BIGBANG telah dilantik sebagai profesor pelawat di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Korea Advanced Institute of Science & Technology (KAIST) pada 5 Jun.

Menurut KAIST, pelantikan G-Dragon atau nama sebenar Kwon Ji Yong itu bertujuan untuk memperluaskan daya saing global budaya Korea dengan menyatukan sains dan teknologi terkini yang dibangunkan di KAIST ke dalam K-content.

“Saya berasa terhormat menjadi profesor pelawat di KAIST, sebuah universiti yang menghasilkan ramai genius sains. Saya juga berharap dapat melengkapkan gandingan hebat sains dan teknologi terbaik dengan hiburan yang sudah menjadi kepakaran saya”

G-Dragon berkata di Innovate Korea Forum yang dihoskan oleh  Herald Media Group, KAIST, dan Majlis Penyelidikan Kebangsaan Sains dan Teknologi, di kampus KAIST, Daejeon, pada Rabu.

IKLAN
G-Dragon Dilantik Sebagai Profesor Di KAIST, Universiti Berprestij Di Korea
Kredit: Korea Herald

“Profesor Kwon (G-Dragon) merancang untuk bekerjasama dalam penyelidikan teknologi digital bekembar untuk artis Hallyu, penyelidikan tentang penyatuan budaya Korea dengan teknologi seperti kecerdasan buatan, robot, dan metaverse, serta membangunkan avatar artis menggunakan teknologi terkini seperti volumetrics, motion capture, dan haptics di Pusat Penyelidikan Enter-tech (Hiburan dan Teknologi) KAIST-Galaxy Corporation yang akan ditubuhkan di dalam jabatan kejuruteraan mekanikal di KAIST”- KAIST

Tempoh pelatikan adalah selama dua tahun sehingga Jun 2026 dan pelantun lagu Heartbreaker itu akan memberi kuliah tentang kepimpinan kepada pelajar ijazah sarjana muda dan sarjana. Beliau akan berkongsi pengalamannya sebagai artis terkenal dunia dan memberi inspirasi kepada pelajar dengan visi dan pandangannya.

G-Dragon Dilantik Sebagai Profesor Di KAIST, Universiti Berprestij Di Korea
Kredit: Korea Herald

Tambah KAIST, pengalaman artistik G-Dragon akan membantu pelajar berkembang sebagai bakat kreatif dan antara disiplin.

IKLAN

Sementara itu, G-Dragon juga diangkat sebagai duta global KAIST untuk membantu mempromosikan universiti tersebut di luar negara.

Januari lalu, G-Dragon membuat penampilan mengejut di CES 2024, pameran IT dan elektronik pengguna terbesar di dunia di Las Vegas, bersama-sama dengan Galaxy Corporation.

IKLAN

Beliau juga kini sedang bersiap sedia untuk kembali dengan album solo baru yang akan diumumkan pada separuh kedua tahun ini. Ini akan menjadi album solo pertamanya dalam kira-kira tujuh tahun. Mini album terakhirnya “Kwon Ji Yong” telah dikeluarkan pada tahun 2017.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI