Hiburan

G-Dragon Jelaskan BIGBANG Cuma 3 Orang, Pelik Kenapa Artis Junior Tak Berani Datang Dekat

Share

Penyanyi rap terkenal, G-Dragon baru-baru ini membahas mengenai status terkini anggota BIGBANG yang telah kehilangan dua anggota dalam temubualnya bersama majalah Elle Korea.

G-Dragon atau nama sebenar Kwon Ji Yong menegaskan bahawa kini anggota BIGBANG kini hanya mempunyai tiga orang ahli anggota sahaja. Pelantun lagu Who You? Itu juga turut berkongsi kisah perbualannya bersama Taeyang dan Daesung, “Member kami? Oh sekarang kami tinggal bertiga saja,” ucap G-Dragon ketika disoal oleh Elle Korea.

“Kami jarang bercakap mengenai apa yang berlaku sewaktu keluar bersama. Tentu saja, kami berborak mengenai topik yang datang dalam kepala secara semulajadi atau apa yang sedang hangat diperkatakan sekarang. Kadang-kadang kami juga berbual sambil tertanya kenapa kami sangat sukar didekati oleh artis junior?”

Kredit: Elle Korea

Dalam pada itu, G-Dragon turut membahas mengenai pengalaman barunya sebagai pensyarah lawatan di Korea Advanced Institute of Science & Technology (KAIST) yang telah mendapat reaksi baik dari kalangan ahli akademik dan peminat di seluruh dunia.

“Ini merupakan cabaran baru buat saya. Saya bingung tapi sangat bersemangat ibarat ini adalah hari pertama saya masuk ke sekolah. Bila saya melihat sekeliling universiti, saya rasa seperti dalam taman hiburan sebab terlalu banyak hal yang menarik”

Menurut G-Dragon, KAIST dipenuhi oleh ramai orang yang hebat dalam bidang masing-masing, “Mereka nampak sangat bagus dalam mencipta sesuatu, juga kerap habiskan masa berjam-jam di makmal dan asrama dengan batasan yang tidak jelas antara kehidupan harian dan juga belajar,” katanya.

Kredit: G-Dragon

G-Dragon juga merasakan para mahasiswa di KAIST mirip dengan dirinya di masa lalu kerana kerap berlatih sendiri melalui proses try and error. Penyanyi itu turut mengungkapkan rasa kagum pada komuniti KAIST yang terdiri daripada individu yang penuh semangat.

Sementara itu, G-Dragon berkongsi bahawa dia sedang bersemangat membuat persiapan untuk keluaran album solonya dan meminta jangkaan tinggi dari orang ramai.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN