Buat peminat jam tangan popular G-Shock, kali ini korang berpeluang untuk memiliki jam tangan edisi terhad Malaysia, G-Shock X Harimau Malaya yang bakal berada di pasaran.
Sebelum ini, PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) telah pun menjalinkan kerjasama bersama syarikat multinasional Jepun, Casio bermula 1 Mac 2021 sehingga 28 Februari 2022.
Sebagai tanda sokongan kepada skuad Harimau Malaya yang bakal beraksi selepas setahun berehat akibat pandemic COVID-19 dengan baki tiga lagi perlawanan Kumpulan G,
Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 Jun ini, Casio telah melancarkan jam tangan edisi terhad G-SHOCK Harimau Malaya.
Sebanyak 999 utas jam tangan ini akan dihasilkan dan kesemuanya hadir dengan nombor siri. Jam edisi terhad ini akan dijual mulai 1 Julai 2021 dengan harga RM579, lengkap dengan baju Harimau Malaya X G-Shock, tali pergelangan tangan dan beg kertas yang direka khas.
Jadi, buat peminat G-Shock, korang boleh cepat-cepat dapatkan jam tangan edisi terhad ini kerana ia hanya dihasilkan untuk beberapa unit sahaja. Nanti kalau lambat melepas pula. Hiks!
Bila lagi nak ada koleksi G-Shock edisi negara sendiri kan?