Dekorasi

Gabungan Estetik Dan Inovasi Masa Kini, LG Lancar LG PuriCare AeroFurniture

Share

Baru-baru ini, LG Electronics Malaysia LG PuriCare™ AeroFurniture iaitu sebuah produk yang sesuai dengan gaya hidup masa kini. Bukan sahaja mempunyai reka bentuk meja elegan dan bergaya, AeroFurniture juga dilengkapi dengan fungsi pengecasan tanpa wayar dan penulen udara 360 darjah.

Harus diakui penapis udara yang ditawarkan di pasaran kebanyakan lebih besar besar dan sukar mencari lokasi ia patut diletakkan di rumah. AeroFurniture bukan sahaja lebih kecil tetapi mempunyai meja pada bahagian atas yang menjadikannya lebih praktikal serta hanya seberat sekitar 7 kilogram. Paling menarik, ia juga nampak lebih estetik dan persis meja kopi di rumah.

“LG PuriCare AeroFurniture sesuai untuk mereka yang sukakan kesempurnaan dalam kehidupan masa kini. Produk kami direka dengan teliti dan setiap elemen mempunyai tujuannya sendiri. Saya percaya ia akan menarik minat mereka yang ingin meningkatkan kualiti ruang kediaman dengan produk yang nampak cantik dan praktikal” – Justin Choi, Pengarah Urusan LG Electronics Malaysia

Dalam pada itu, penapis AeroFurniture turut hadir dengan sistem penapis HEPA 360 darjah dan sistem UVnano yang boleh menghapuskan 99.999% bakteria  dan memastikan setiap udara yang ditapis dapat memerangkap partikel debu sekecil 0.01 μm. 

Menambahkan lagi keunikan pada penapis ini, pengecas tanpa wayar turut ada pada permukaan meja serta sistem lampu yang boleh diubah kepada lapan warna serta keterangannya. Menariknya, semua ini dapat dikawal terus menerusi aplikasi LG ThinQ pada telefon pintar pemilik menjadikannya sesuai untuk gaya hidup moden yang memerlukan keselesaan dan kemudahan.

Menurut LG, ia beroperasi pada paras hingar yang sangat rendah, hanya 21dB, menjadikannya hampir senyap dan pemilik tidak akan terganggu dengan bunyi bising.

Sekadar info, LG terus berusaha untuk memberikan pengalaman ‘Life’s Good’ kepada pengguna. Menerusi produk terbaru LG PuriCare AeroFurniture, pihaknya komited untuk menawarkan inovasi yang memenuhi keperluan pelanggan yang sentiasa berubah, serta menggabungkan fungsi dan gaya dengan sempurna.

Kini, LG PuriCare AeroFurniture dijual pada harga RM2500 dan didatangkan dalam warna pilihan seperti Graphite, Clay Brown dan Essence White.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
ZOE