Syarikat penganjur konsert, Orange International, dengan bangganya mengumumkan konsert ‘A Night With Sumandak Stars – Ceritera Hatiku’ yang akan berlangsung pada 30 November 2024, jam 8:00 malam di Zepp, Kuala Lumpur.
Konsert ini bakal menampilkan barisan penyanyi popular dari Sabah, termasuk Bella Astillah, Marsha Milan, Adira Suhaimi, Stacy Anam, Nikky Palikat, Wani Kayrie, dan Didi Astillah.
Ini adalah langkah terbaharu penganjur dalam menyajikan hiburan berkualiti kepada peminat muzik tanah air, selepas kejayaan konsert-konsert sebelumnya seperti Radja & Ella dan Wali Band X Setia.
Ads
Menurut Ketua Pegawainya, Dato’ Fadzli, pemilihan artis adalah berdasarkan pencapaian mereka dalam industri, termasuk pengiktirafan di pelbagai anugerah.
Bella Astillah baru-baru ini dinobatkan sebagai ‘Celebrity Of The Year’ di TikTok Awards Malaysia 2024, manakala penyanyi lain juga memiliki rekod prestasi yang membanggakan di Anugerah Bintang Popular Berita Harian dan Anugerah Juara Lagu.
Ads
Konsert ini juga memberi peluang kepada pelapis baharu seperti Wani dan Didi untuk menunjukkan bakat mereka.
Selain itu, Orange International juga menjanjikan kejutan menarik untuk penonton pada malam konsert, dan mengajak semua peminat muzik untuk hadir.
Ads
“Kami berkomitmen untuk membawakan muzik berkualiti kepada semua lapisan masyarakat, tanpa mengira usia atau bangsa,” ujarnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nampak gayanya bermula esok cuti hujung minggu berlanjutan hingga ke hari Selasa. Ini bersempena dengan cuti Hari Keputeraan YDP Agong dan juga cuti Hari Awal Muharram. Dan bermula hari ini jugalah kita dapat saksikan ramai golongan muda berpusu-pusu untuk balik kampung dan juga melancong.
Dan pada saat ini jugalah penambahan jumlah penumpang pesawat ke pelbagai destinasi akan meningkat dengan mendadak. Bila berada dalam keadaan sesak yang ramai orang maka kita akan dapat saksikan bermacam-macam karenah orang di lapangan terbang.
Tidak dinafikan, pengalaman di lapangan terbang kadang-kadang cukup memenatkan. Dengan pelbagai pemeriksaan keselamatan, dokumen perjalanan, beratur panjang dan berdepan dengan flightdelay, ia kadangkala cukup buat kita penat bukan sahaja fizikal tetapi mental.
Namun, walau apa jua masalah atau prosedur yang harus kita tempuhi janganlah membuatkan kita melakukan perkara-perkara tidak elok. Ini 10 perkara A BIG NO untuk kamu lakukan di lapangan terbang!
TIDUR LAMA
Ya, kami faham kadang-kadang jadual penerbangan boleh berubah dan dianjak ke masa lebih lama. Ia sekali gus membuatkan kita perlu menunggu lebih lama, sehingga memakan masa berjam-jam lamanya. Badan pun akan cepat penat dan minda pun keletihan, memang mata pun mudah terpejam. Nak tidur tu boleh tapi jangan sampai berdengkur. Dan jangan sampai tertinggal flight pula.
CAKAP KUAT
Semua orang pun tengah stres apatah lagi bila flightdelay selama 6 jam! Jadi, hormatilah perasaan orang dengan menjaga sedikit ‘volume’ korang bila bercakap. Lapangan terbang adalah kawasan yang kadangkala sangat terhad ruangnya. Hormati space yang sama-sama kita duduki.
KALUT
Pernah tak korang jumpa segerombolan manusia yang tak tahu erti sabar? Walhal penerbangan sudah diumumkan delay dalam masa berjam-jam lagi tapi mereka mengerumi pintu masuk atau gate sehingga menghalang laluan pejalan kaki. Dan bila nak masuk pesawat pun masih berebut-rebut walhal tempat duduk semua sudah ditetapkan.
PANAS BARAN
Pengalaman di lapangan terbang kadang-kadang kita rasa cukup meremehkan. Kena beratur panjang nak drop bagasi, kena beratur untuk pemeriksaan keselamatan dan kena beratur lagi untuk naik ke pesawat. Disebabkan itulah kita perlu banyak bersabar dan bayangkan bagaimana staf di lapangan terbang dan krew penerbangan setiap hari berdepan dengan pelbagai karenah manusia. Seriously, kalau korang ada sikap panas baran baik naik pesawat perbadi sajalah.
MENGGATAL
This is a big no. Tidak salah untuk menjadi ‘terlebih’ mesra cuma janganlah sehingga membuatkan kerja mereka terganggu. Ingatlah setiap hari mereka jumpa orang macam korang. Apa yang mereka mahu adalah menjalankan tugas sebaik mungkin tanpa sebarang gangguan yang tidak perlu.
MAIN PRANK
Jangan disebabkan nak buat prank kamu disumbat dalam penjara. Lapangan terbang bukanlah tempat sesuai untuk korang lakukan prank atau mengenakan kawan. Di sini merupakan kawasan yang sangat sensitif dan mempunyai sistem keselamatan yang tinggi. Dan ingat jangan pula suka-suka nak sebut perkataan ‘bom’ ikut sedap tekak. Nak merasa duduk dalam jel, bolehlah cuba.
POTONG BARISAN
Perangai tidak bertamadun seperti memoting barisan ini bukan sahaja tidak boleh diterima di lapangan terbang tetapi di mana-mana sahaja! Tidak ada istilah tolong ‘chup‘ kan tempat untuk kawan. Kalau dia lambat, suruhlah dia ikut barisan seperti orang yang lain.
PASANG LAGU KUAT
Yes, we get it… you love Justin Bieber! Tapi janganlah pasang lagu itu sekuat alam sehingga menggangu orang lain. Pernah dengar tak ciptaan yang bernama headphone atau earphone?
MACAM RUMAH SENDIRI
Sesetengah orang dia akan jadi terlebih selesa. Bila nak tidur dia ambil beberapa buah kerusi dan baring. Yang lebih menjengkelkan lagi siap buka kasut dengan stokinnya yang berbau. Dan kalau nak makan pun biarlah di tempat yang sesuai.
BUANG SAMPAH MERATA
Lapangan terbang merupakan gerbang pertama sesebuah negara terutamanya negara sendiri. Jadi untuk berikan gambaran baik kepada rakyat asing kepada negara kita, sama-samalah jaga kebersihan. Janganlah buang sampah merata-rata hatta pembungkus gula-gula kecil atau resit belian yang pada kamu tidak penting pun.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon muda yang sebelum ini giat melopori rancangan Astro Ceria seperti Elly & Epit dan Strawberry Karipap The Series kini tular baru-baru ini apabila muncul di uji bakat Hero Dewi Remaja 2023 hujung minggu lalu.
Rykarl Iskandar atau nama sebenarnya Nor Heidzriq Haikal bin Norhamizan merupakan seorang pelakon kanak-kanak Malaysia yang kini menginjak dewasa.
Kini berusia 18 tahun, kehadirannya di uji bakat tersebut mencuri perhatian ramai pihak terutamanya warganet yang terkejut akan penampilannya yang semakin matang.
“Saya dah lama ‘ditinggalkan’ maka saya merasakan platform Hero Dewi Remaja ini sebagai satu peluang terbaik untuk naikkan balik nama saya di dalam industri.
“Sebab kali terakhir saya berlakon adalah ketika masih kanak-kanak maka mungkin uji bakat ini dapat menjadi peluang baharu kepada saya untuk menjadi lebih dewasa,” komennya menjelaskan sebab utama dirinya hadir ke uji bakat tersebut.
Turut menerujakan apabila pelakon drama Nenek Bongkok Tiga ini juga mahu menonjolkan bakatnya dari aspek nyanyian kepada para juri yang hadir.
“Selain dari berlakon, saya juga sudah lama berjinak-jinak untuk menyanyi,
“Kalau ada perasan di media sosial, saya ada kongsi video nyanyian saya sedikit, main alat muzik sedikit. Jadi mungkin itu antara bakat yang dapat saya kongsikan kepada juri nanti,” jelasnya lagi.
Dirinya turut akui bahawa namanya makin kelam di dalam industri lakonan dan jarang ditawarkan peranan di dalam mana-mana drama mahupun filem.
“Sebab saya tidak sesuai di mana-mana role buat masa sekarang. Selalunya pihak produksi akan sedikit rungsing untuk meletakkan saya di peranan kanak-kanak atau dewasa,
“Bidang lakonan akan sentiasa menjadi passion saya. Kalau saya tiada job sekalipun atau fokus buat perkara lain, lakonan akan sentiasa menjadi fokus utama saya sebab itu jiwa saya,” komennya kepada pihak REMAJA.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
IHSAN FOTO: REMAJA
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tamat sudah istiadat Melafaz dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan oleh Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, pagi ini.
Alhamdulillah guys! Rakyat sudah memiliki seorang Yang di-Pertuan Agong baharu.
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah melafaz sumpah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16, manakala Sultan Perak Sultan Nazrin Shah pula melafaz sumpah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong.
Foto: Astro Awani
Dalam pada ramai rakyat yang gembira atas peristiwa bersejarah pada hari ini, ada beberapa spekulasi yang bertebaran mengenai penggunaan gelaran Duli Yang Maha Mulia.
Mungkin kerana masih ramai remaja yang muda dan tidak begitu mengetahui sejarah penggunaan gelaran tersebut secara mendalam.
Disebabkan itu, pengendali siaran langsung istiadat pada pagi ini di sini telah menerangkan mengenai maksudnya yang sebenar.
Foto: Bernama
‘Duli’ itu bermaksud debu atau habuk. Debu ini disamakan sebagai sifat seorang hamba. Oleh itu ‘Duli Yang Maha Mulia’ membawa maksud walau seluas mana jajahan takhluk seorang Raja yang bertakhta itu, dirinya hanyalah ibarat Debu di sisi Tuhan Yang Maha Mulia. Bukan untuk memperlekehkan posisi Yang di-Pertuan Agong, tetapi Baginda serta kita sebagai hambaNya ini tetap sama melainkan amal ibadat yang dilakukan.
Menyentuh mengenai gelaran ‘Seri Paduka Baginda’ pula, ‘Paduka’ bermaksud selipar manakalah Baginda merujuk kepada Baginda Rasulullah SAW.
Jadi, gelaran tersebut bermaksud, sebanyak manapun nikmat harta yang dimiliki Raja yang berkuasa, dirinya hanyalah selipar pelapik kaki kepada Baginda Rasulullah yakni utusan Tuhan Yang Maha Mulia.
***
Info ini pun masih baru dan cuba untuk dihadam oleh REMAJA hehe. Nampaknya Bahasa Malaysia ini cukup kaya dengan kiasan indah yang mengangkat Tuhan dan UtusanNya jauh lebih tinggi berbanding kita manusia biasa.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Walaupun baru sahaja membuat persembahan bertenaga sehingga mencuri perhatian para penonton di Coachella 2025, Lisa BLACKPINK membuat keputusan mengejutkan apabila menolak jemputan untuk tampil...