Syarikat penganjur konsert, Orange International, dengan bangganya mengumumkan konsert ‘A Night With Sumandak Stars – Ceritera Hatiku’ yang akan berlangsung pada 30 November 2024, jam 8:00 malam di Zepp, Kuala Lumpur.
Konsert ini bakal menampilkan barisan penyanyi popular dari Sabah, termasuk Bella Astillah, Marsha Milan, Adira Suhaimi, Stacy Anam, Nikky Palikat, Wani Kayrie, dan Didi Astillah.
ARTIKEL BERKAITAN: Hantaran ‘Mengundang’ Di Instagram Demi Promosi Konsert, Bella Astillah Mohon Maaf Kepada Peminat
Ini adalah langkah terbaharu penganjur dalam menyajikan hiburan berkualiti kepada peminat muzik tanah air, selepas kejayaan konsert-konsert sebelumnya seperti Radja & Ella dan Wali Band X Setia.
Menurut Ketua Pegawainya, Dato’ Fadzli, pemilihan artis adalah berdasarkan pencapaian mereka dalam industri, termasuk pengiktirafan di pelbagai anugerah.
Bella Astillah baru-baru ini dinobatkan sebagai ‘Celebrity Of The Year’ di TikTok Awards Malaysia 2024, manakala penyanyi lain juga memiliki rekod prestasi yang membanggakan di Anugerah Bintang Popular Berita Harian dan Anugerah Juara Lagu.
Konsert ini juga memberi peluang kepada pelapis baharu seperti Wani dan Didi untuk menunjukkan bakat mereka.
Selain itu, Orange International juga menjanjikan kejutan menarik untuk penonton pada malam konsert, dan mengajak semua peminat muzik untuk hadir.
“Kami berkomitmen untuk membawakan muzik berkualiti kepada semua lapisan masyarakat, tanpa mengira usia atau bangsa,” ujarnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.