Gadis 18 Tahun Sanggup Panjat Menara Pencawang Elektrik 70 Meter

Share

Insiden yang berlaku di Desa Singajaya, Bogor Indonesia ini membabitkan satu pasangan yang berkahwin muda.

Perempuan berusia 18 tahun ini dikatakan bersama suaminya untuk ke tempat kerja lelaki tersebut dengan menaiki motorsikal. Ketika mereka berhenti berehat buat seketika waktu, perempuan itu meminjam motorsikal suaminya dengan memberi alasan ingin melihat sekitar kawasan bernama Kompleks Citra Indah.

Lelaki tersebut dilaporkan mulai risau setelah isterinya itu belum pulang selepas sejam. Suaminya cuba mencari di manakah keberadaan isterinya itu dan mendapati perempuan itu sudahpun berada di atas sebuah menara pencawang elektrik berketinggian 70 meter!

Perempuan tersebut cuba untuk membunuh diri. Bagaimanapun suaminya berjaya untuk melengah-lengahkan percubaan isterinya itu sehingga sukarelawan dan pihak berkuasa tiba di kawasan tersebut untuk membantunya turun ke bawah.

 

“Kami cuba memindahkan perempuan tersebut dengan memujuknya untuk tidak lompat daripada menara. Ia membuahkan hasil dan sukarelawan memanjat menara tersebut untuk membantunya turun.

“Sementara itu, satu lagi pasukan pembantu bersiap sedia di bahagian bawah menara untuk ‘menangkap’ mangsa dengan tarpaulin sekiranya dia terjatuh. Selepas dia selamat turun ke bawah, dia dibawa tesus ke Hospital daerah untuk diberikan bantuan perubatan,” kata salah seorang pihak berkuasa di situ kepada wakil media.

 

Punca Sebenar

Satu perkara yang masih berlegar di minda semua orang termasuklah penulis adalah punca sebenar perempuan tersebut cuba untuk membunuh diri.

Daripada keterangan yang diberikan oleh suaminya, dia mengakui bahawa perempuan itu telah mengalami gangguan jiwa untuk tempoh yang agak lama.

Haihh, sanggup ya sampai hendak memanjat pencawang elektrik.

Isu bunug diri bukan lagi satu isu taboo. Malahan, ia semakin kerap berlaku terutamanya di kalangan mangsa pada musim pandemik ini yang mengalami depresi.

Sekiranya ia berlaku kepada korang atau koran mengetahu sesiapa yang sedang bergelut dengan isu jiwa, ini adalh talian yang boleh korang hubungi untuk mendapatkan bantuan.

Hubungi The Befrienders Kuala Lumpur menerusi talian 03-7956 8144. Mereka menyediakan khidmat persahabatan telefon 24 jam sehari tujuh hari seminggu. Perkhidmatan ini adalah percuma tanpa sebarang syarat.

Published by
FZ