Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu. Inilah perumpamaan yang sesuai disimpulkan mengenai kejayaan yang dirangkul gadis berusia 20 tahun ini.
Harashta Haifa Zahra baru-baru ini telah dinobatkan sebagai pemenang pertandingan Miss Supranational 2024 sekaligus menyaksikan dirinya berjaya mengalahkan 67 peserta lain yang datang dari seluruh pelusuk dunia.
Dilahirkan di Jawa Barat, dia yang kemudiannya dibesarkan di Bandung sebelum ini terlebih dahulu telah memegang gelaran Puteri Indonesia 2024, satu gelaran berprestij dalam arena ratu cantik di negara tersebut.
Kemenangan Harashta sekaligus mencipta sejarah kerana ini merupakan kali pertama gelaran Miss Supranational menjadi milik Indonesia.
“Masih terasa tidak nyata dan saya tidak sabar untuk menjalankan tugas saya sebagai Miss Supranational 2024 yang baru. Ini akan menjadi tahun yang sangat istimewa dan hati saya dipenuhi dengan kebanggaan.
Ads
“Terima kasih kepada negara saya atas sokongan Anda. Indonesia kita berhasil! Aku cinta kalian!” ucap gadis berusia 20 tahun ini menerusi satu hantaran di Instagram rasmi Miss Supranational usai kemenangannya.
Selain bergelar juara, Harashta turut membawa pulang gelaran juara kategori bakat dan berada dalam keduduakan top 3 kategori best catwalk. Dalam sesi bakat, Harashta menonjolkan kebolehannya bermain kecapi dan menari tradisional.
Biarpun begitu minat dalam dunia ratu cantik. Dia bukanlah seorang yang kosong, sebaliknya gadis dengan ketinggian 173cm ini merupakan seorang pelajar dalam bidang kejuruteraan persekitaran di Institut Teknologi Nasional Bandung.
Ads
Selain Harashta, tempat kedua pertandingan itu dimenangi oleh wakil Amerika Syarikat, Jenna Dykstra manakala tempat ketiga dimenangi oleh Justýna Zedníková dari Republik Czech.
Wakil Malaysia, Adreanna Celly turut bertanding dalam pertandingan berprestij itu namun tidak berjaya tembus ke pusingan top 25 sekaligus kandas.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ads
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ruangan sauna & spa yang terletak di cawangan Babel, Suria KLCC telahpun hangus terbakar dalam satu insiden kebakaran tengah malam Rabu.
Kebakaran berlaku di tingkat satu Babel pada jam 11.31 malam itu bagaimanapun berjaya dikawal dan dipadamkan oleh 39 anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Tun Razak, BBP Pudu, BBP Keramat dan BBP Jalan Hang Tuah yang dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada 11.34 malam.
Penolong Pengarah Operasi Bomba Kuala Lumpur, Fatta M Amin berkata, anggaran keluaran kebakaran ialah 3×3 meter persegi dengan kemusnahan 100 peratus.
Tindakan tangkas oleh empat buat BBP itu sekaligus berjaya mengelakkan kebakaran daripada merebak ke unit lain dalam cawangan tersebut.
Punca kebakaran pula masih dalam siasatan Unit Forensik JBPM Kuala Lumpur.
Foto: Bomba Kuala LumpurFoto: Babel KLCCFoto: Babel KLCC
Sementara itu, Suria KLCC dalam kenyataan pagi ini berkata, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam insiden tersebut.
Pihak pengurusannya juga sedang berusaha menangani sebarang kebimbangan bagi memastikan keselamatan dan kesejahteaan pelanggan, premis serta kakitangannya terjaga.
Buat masa ini, Babel KLCC akan ditutup buat sementara waktu sehingga satu pemberitahuan kelak. Namun, pusat membeli-belah itu masih beroperasi seperti biasa.
Pintu masuk ikonik Babel KLCC. Foto: Babel KLCC
Sebagai info, ini merupakan insiden kebakaran kedua yang berlaku di Babel KLCC, sebuah kelab kesihatan dan kesejahteraan ikonik dan inovatif di Malaysia dalam tempoh 20 bulan.
Kali terakhir kejadian seperti ini berlaku adalah pada 21 Ogos 2022 pada bahagian gimnasium dan orang ramai terpaksa mengosongkan Suria KLCC dan bangunan Menara Petronas 3.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
‘
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Terbaru, jaguh beregu profesional lelaki negara, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei berada dalam kelas tersendiri selepas menundukkan pasangan dari Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen pada perlawanan akhir Terbuka Artik di Finland pada 13 Oktober lalu.
Menerusi perlawanan berlangsung sengit di Vantaan Energia Areena, pasangan negara yang berada di kedudukan kelapan dunia tersebut terlebih dahulu bermula goyah apabila tewas 15-21 pada set pertama.
Kredit: Badminton EuropeKredit: Stadium Astro
Namun, mereka bangkit dengan permainan lebih kemas pada set kedua untuk melakar kemenangan 21-15 sekaligus mengheret perlawanan ke set penentuan.
Dalam pada itu, Sze Fei-Nur Izzuddin kekal meneruskan aksi konsisten mereka apabila melakar kemenangan 21-19 untuk menundukkan Astrup-Rasmussen yang juga pilihan kedua kejohanan berstatus Super 500 itu.
Kredit: Badminton EuropeKredit: Stadium Astro
Susulan itu, kemenangan tersebut membolehkan mereka membalas dendam ke atas Astrup-Rasmussen selepas tewas di Masters Malaysia Mei lalu dalam pertemuan terakhir kedua-dua pasangan itu.
Terdahulu, gandingan negara yang keluar dari naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sejak 1 September lalu itu menjuarai Terbuka Jepun dan Terbuka China.
Sumber: Sinar Harian
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kira-kira 60 kotak berisi pelbagai dokumen telah dirampas oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) daripada FashionValet, Khazanah Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) bagi membantu siasatan kerugian pelaburan dana dua badan berkenaan dalam FashionValet berjumlah RM43.9 juta.
Memetik laporan Awani semalam, Ketua Pesuruhjaya SPRM iaitu Tan Sri Azam Baki berkata wujud transaksi mencurigakan yang dikesan bermula tahun 2018 sehingga 2023 menerusi rampasan dokumen yang dilakukan.
Bahagian forensik perakaunan SPRM pada masa ini masih menjalankan semakan terhadap dokumen-dokumen yang diperoleh itu.
Datin Vivy Yusof dan Datuk Fadzaruddin Shah Anuar.
Terdahulu, media melaporkan tentang sejumlah 11 beg dan seutas jam tangan mewah milik pengasas FashionValet, Datin Vivy Yusof dan Datuk Fadzaruddin Shah Anuar oleh SPRM daripada kediaman mereka yang terletak di Mont Kiara, Kuala Lumpur semalam. Kesemua barangan itu dianggarkan bernilai RM200,000.
Tiga lokasi lain yang diserbu SPRM semalam adalah Kementerian Kewangan, Khazanah dan PNB.
Dalam pada itu, pasangan pemilik FashionValet itu dilihat meninggalkan ibu pejabat SPRM di Putrajaya selepas proses merakam keterangan memasuki hari keempat.
Pasangan suami isteri itu meninggalkan bangunan pada jam 1.58 tengah hari dengan menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) hitam dan ditemani oleh peguam mereka, Shaarvin Raaj Selva Kumar.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Aktres jelita, Anna Jobling, bakal mengikuti jejak langkah pelakon popular, Maya Karin apabila ditawarkan untuk membintangi filem seram ikonik iaitu Pontianak Harum Sundal Malam...