Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Kemenangan gadis berusia 20 tahun ini menyaksikan perwakilan berdarah Asia akan mewakili negara barat itu ke pertandingan berprestij Miss Universe 2022.

Amelia Tu dilahirkan di Montreal, Quebec, Kanada sebelum berpindah ke China dan tinggal bersama datuk dan neneknya. Kemudiannya ketika dia berusia 3 tahun, keluarganya berpindah semula ke Kanada dan menetap di Vancouver.

Gadis Berbangsa Cina Dinobatkan Sebagai Miss Universe Canada 2022

Merupakan antara peserta termuda dalam pertandingan, Amelia mengetepikan 53 lagi peserta untuk merebut gelaran juara sekaligus mendapat peluang untuk mewakili Kanada.Madison Kvaltin dari Ontario telah dinobatkan sebagai naib juara manakala Yuliya Shcherban dari Saskatchewan di tempat ketiga.

Kali terakhir negara tersebut berjaya mara sebagai semi-finalis di pentas Miss Universe adalah pada tahun 2018.

Ketika dalam sesi soal jawab di peringkat top 5, Amelia yang fasih berbahasa Inggeris, Perancis dan Cina, menerima soalan berkaitan nasihat untuk gadis muda yang memiliki masalah tentang keyakinan diri.

Gadis Berbangsa Cina Dinobatkan Sebagai Miss Universe Canada 2022

Jawabnya, “Salah satu kenyataan yang saya gemari oleh Eleanor Rosevelt berbunyi, tiada sesiapa yang boleh membuatkan anda berasa rendah diri tanpa kebenaran anda. Saya akan meberitahu gadis-gadis muda untuk memahami kenyataan ini sepenuhnya dengan mencipta jalan kehidupan mereka sendiri dan jangan pernah membenarkan orang lain menakrifkan versi kegembiraan mereka. Semua orang memiliki kebolehan untuk membentuk parameter kejayaan mereka dan itu merupakan perkara yang saya percaya.

Ads

ARTIKEL BERKAITAN: Raih Undian Tertinggi, Melisha Lin Diangkat Sebagai Miss Supranational Malaysia 2022

Gadis Berbangsa Cina Dinobatkan Sebagai Miss Universe Canada 2022

Berdiri dengan ketinggian 170cm, Amelia menjadikan menari, menyanyi dan melancong sebagai hobinya. Dia juga seorang penyokong alam sekitar yang tegar. Beliau kini sedang melanjutkan pengajian dalam bidang biologi dan perniagaan di Universiti California, Berkeley.

Kanada setakat ini pernah memenangi dua gelaran Miss Universe iaitu pada tahun 1982 menerusi Karen Baldwin dan tahun 2005 menerusi Natalie Glebova.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ads

 

 

 

 

Ads

 

 

 

 

 

 

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI