Umumnya, amat jarang wanita “tumbuh misai” atau disebut memiliki bulu roma lebat. Walau ada, namun ia masalah terpencil kerana hormon wanita tidak sama seperti lelaki.
Seorang gadis dari Indonesia tular di TikTok kerana beberapa video yang memperlihatkan misai dan janggut pada wajahnya seperti seorang lelaki.
Dikenali sebagai Nisya Fadhillah, gadis ini tidak malu untuk memuatnaik video yang menunjukkan misai dan janggutnya itu.
@mssvantecurrent priority: myself🥰 ##fyp♬ Credit to coldsugarrr – 🤍
Menurut laporan Tribunnews, misai dan janggut Nisya tumbuh sedikit demi sedikit ketika dia semakin dewasa.
Tambahnya lagi, dia mengesyaki bahawa bulunya juga tumbuh dengan lebih lebat kerana penggunaan produk penjagaan kulit.
Melihat keadaan itu, dia berhenti menggunakan produk itu namun alangkah terkejut dirinya apabila bulu di badannya semakin banyak.
Tapi tahukah korang, di dalam bahasa perubatan wanita yang mempunyai bulu berlebihan di kawasan tubuh tertentu, ia dinamakan “hirsutism”. Ia bukanlah penyakit tetapi adalah tanda sesuatu penyakit.
@mssvanteReply to @mssvante ni klarifikasi gak si kl gini? kl mau lebih jelas nnti gue bikin part 2 nya deh sekalian foto” nya ##fyp
Sebelum ini, Dr Zubaidi pernah mengupas mengenai simptom “hirsutism”.
Bulu yang berlebihan selalunya tumbuh di bahagian muka, leher, kaki dan tangan, tubuh, dada, payudara, pinggang belakang, bahagian atas kawasan ari-ari dan bahagian dalam peha.
Punca Hirsutism
1. Pengeluaran hormon lelaki androgen yang berlebihan
Hirsutism sebegini disebabkan oleh pengeluaran hormon lelaki yang banyak dalam tubuh wanita itu. Oleh itu bulu tumbuh dengan lebat pada bahagian yang biasanya berlaku pada lelaki seperti di muka, tangan dan bahagian kaki.
Selain dari tumbuh bulu, seorang wanita juga mengalami jerawat yang banyak, masalah kitaran haid yang tidak menentu, suara yang garau, penambahan otot pada badan, banyak rambut yang gugur sehingga menyebabkan kebotakan, dan saiz payudara yang kecil.
Apabila hirsutism berkait rapat dengan kegemukan, dan kitaran haid yang tidak menentu, ia menandakan kelenjar ovary yang banyak mengeluarkan hormone lelaki. Selalunya disebabkan oleh masalah penyakit “polycystic ovary syndrome (PCOS)”.
Jika wanita ini mempunyai berat yang normal, dan kitaran haid yang normal berkemungkinan ia berpunca dari kelenjar adrenal atau kelenjar pituitari.
2. Kekurangan protein yang melekat pada hormone lelaki androgen dalam peredaran darah.
Hanya hormone lelaki androgen yang tidak melekat pada protein yang aktif menghasilkan kesan pada tubuh. Pengeluaran protein yang melekat pada hormone ini dilakukan oleh organ hati. Hormon wanita estrogens yang meningkatkan pengeluaran protein ini.
Ini bermakna jika tahap hormone wanita estrogens dalam badan menurun, bermakna semakin banyak hormone androgen yang tidak dilekatkan dengan protein itu.
3. Masalah pencernaan (metabolism) hormone androgen yang menukarkannya dari bahan aktif kepada bahan yang lemah.
Ini adalah punca yang selalu berlaku yang mana menyebabkan banyak hormone androgen yang aktif semakin meningkat dalam tubuh dan memberikan kesan pada tubuh.
4. Pengambilan ubat-ubatan herba yang tidak disahkan dan ubatan doktor yang diambil tanpa preskripsi
Masalah ini tidak berkait dengan masalah tahap hormone lelaki androgen dalam badan.
Selalunya ubat-ubat herba yang dicampurkan dengan ubat-ubat hormone atau ubat-ubat doctor yang diambil tanpa preskripsi dan mengandungi bahan aktif seperti testosterone, dehydroepiandrosterone sulfate (DHEAS), danazol (Danocrine), corticotropin, steroid corticosteroids yang tinggi, metyrapone (Metopirone), phenothiazine, anabolic steroid yang biasa digunakan oleh ahli bina badan, androgenic progestin, dan acetazolamide.
Ubat-ubat lain seperti cyclosporine (Neoral, Sandimmune, SangCya), phenytoin (Dilantin), diazoxide (Hyperstat IV), triamterene-hydrochlorothiazide (Dyazide, Maxzide), minoxidil (Loniten, Rogaine), hexachlorobenzene, penicillamine (Cuprimine, Depen), dan psoralens.
Berkait rapat dengan masalah ketidaksuburan (sukar hamil)
Selain dari masalah misai dan bulu yang banyak di beberapa bahagian tubuh yang tidak sepatutnya berlaku, masalah ini juga selalu berkait rapat dengan masalah ketidaksuburan (sukar hamil), sering keguguran, keluarnya lendiran pada puting payudara walaupun tidak hamil, dan sering mengalami sakit di bahagian pelvis.
Saya mencadangkan agar melakukan pemeriksaan doctor. Doktor selalunya akan mengambil darah untuk menguji tahap kandungan hormone lelaki testosterone dan beberapa jenis hormone lagi seperti prolactin dan 17-OH progesterone dalam tubuh, dan melakukan pemeriksaan ultrasound bagi memantau keadaan ovari.
Keadaan ini berlaku pada mana-mana wanita, terutamanya pada umur wanita itu dalam waktu subur. Oleh itu jika ia berlaku pada kanak-kanak perempuan yang belum matang atau wanita yang telah mencapai umur menopause, dikhuatiri mereka mengalami keadaan yang lebih serius iaitu tanda berlakunya ketumbuhan pada kelenjar yang mengeluarkan hormone.
Jika berlaku pada wanita yang mengalami menopause, selalunya bulu pada ketiak dan kawasan ari-ari (pubic hair) semakin menipis, namun bulu di bahagian lain semakin menebal.
Oleh itu pemeriksaan yang lengkap harus dilakukan untuk pengesahan lanjut.
#HealthDrZubaidi