Kalau kamu perasan trend pelbagai jenis prank amat popular diperkenalkan oleh pembikin content YouTube terutamanya di Amerika Syarikat. Dan dalam pelbagai video tersebut wujudlah prank yang tidak masuk akal, tak beradab dan menyusahkan masyarakat. Tak kurang juga yang melakukan aksi merbahaya bukan sahaja kepada diri sendiri tetapi orang lain. Untuk apa? Semata-mata nak dapatkan view yang banyak. Alahaiii…
Terbaru, seorang gadis berusia 20 tahun, Monalisa Perez telah mengaku bersalah menembak teman lelakinya sehingga mati. Pasangan pembikin video prank YouTube, Monalisa Perez dan teman lelakinya Pedro Ruiz III, 22 tahun telah melakukan aksi prank ngeri tersebut pada 26 Jun yang lalu. Dan kejadian itu sekaligus menggegarkan industri kandungan digital dan komuniti YouTubers secara khasnya.
Menurut pengakuan Monalisa kepada pasukan penyiasat, dia menembak Pedro pada jarak lebih kurang 1.6 meter dengan teman lelakinya itu memegang sebuah buku di dada. Tambahnya lagi, aksi tersebut telah dirancang oleh Pedro yang meyakinkannya bahawa buku tersebut mampu menghalang peluru tersebut.
Malah sebelum melakukan aksi tidak masuk akal itu, Monalisa sempat memuat naik tweet yang mengatakan mereka akan merakamkan video mereka melakukan stunt paling bahaya dalam sejarah.
Tembakan tersebut menembusi buku dan mengakibatkan Pedro mengalami cedera parah. Dia meninggal dunia serta mert di lokasi kejadian.
Ahli keluarga dan rakan-rakan telah melarang keras mereka melakukan aksi itu. Namun disebabkan kedegilan, aksi tersebut menemui kegagalan dan kehilangan nyawa.
Pada Jumaat lalu, Monalisa mengaku bersalah di atas kesalahan di bawah kes second degree murder. Dia turut memfailkan rayuan untuk mendapat hukuman lebih ringan dengan penjara enam bulan dan 10 tahun di bawah pengawasan pihak berkuasa. Berkemungkinan besar juga dia akan diharamkan untuk mendekati senjata api seumur hidup. Pada bulan Februari tahun hadapan, kes ini akan dibicarakan ke mahkamah dan pendengaran hukuman juga akan dijalankan.
Akaun YouTube pasangan ini masih lagi aktif dan belum dipadamkan dan mempunyai sebanyak 18 buah video. Sehingga kini, video di dalam akaun tersebut mendapat jumlah view mencecah 4.7 juta.
https://www.youtube.com/watch?v=hr8VlTZMNn0
Ini merupakan video aksi prank terkahir yang dimuat naik ke akaun YouTube mereka, La Monalisa.
Mungkin kejadian ini bolehlah kita jadikan pengajaran agar tidak melakukan perkara yang merbahaya semata-mata ingin mendapatkan sesuatu yang langsung tidak berbaloi. Tidak salah untuk menerbitkan video prank atau sebagainya, asalkan ia tidak bertentangan dengan nilai-nilai agama dan tidak menyusahkan orang lain serta diri sendiri.
Sumber: BBC