Tanpa ada sebarang penyakit kecuali mengadu sakit kepala sehari sebelumnya, kematian seorang gadis cantik, Aisyah Bahar tiga hari lalu (4/1/2018)  ketika sedang membaca al-Quran selesai solat Subuh membuatkan kisahnya menjadi viral di Indonesia.

Gadis manis berusia 22 tahun berasal dari Kabupaten Bone, Sulawesi Selatan, Indonesia ini menghembuskan nafas terakhirnya di pangkuan ayahnya sendiri, Andi Bahar dalam keadaan sedang bertadarus al-Quran bersama-sama.

Gadis Cantik Ini  Meninggal  Ketika  Baca Al-Quran, 2 Lagi Adik Beradiknya Meninggal Tengah Solat
Aisyah meninggal ketika sedang baca al-Quran

Cara kematiannya, diyakini khusnul khatimah kerana malaikat menjemputnya sebaik selesai menunaikan solat Subuh berjemaah di masjid. Malah pada hari kematiannya, Aisyah sedang berpuasa solat sunat Khamis. Lebih menyedihkan, Aisyah meninggal dipangkuan ayahnya sendiri dan sempat menyebut “Lailahaillallah…” sebelum rebah di pangkuan ayahnya sendiri.

Pemergian penuntut dari Fakulti Penternakan di Universitas Hasanuddin Makassar ini sangat diredhai oleh ayahnya kerana meyakini pilihan Allah adalah yang terbaik buat anaknya itu. Kata ayahnya lagi, Allah lebih sayangkan anak-anaknya dan mengambil mereka begitu cepat darinya.

Gadis Cantik Ini  Meninggal  Ketika  Baca Al-Quran, 2 Lagi Adik Beradiknya Meninggal Tengah Solat
Kedua ibu bapa ini redha dengan pemergian anak mereka

Mengakui anaknya tidak mempunyai sakit apa-apa namun mengadu ada sakit kepala sehari sebelum meninggal, cara kematian gadis manis ini membuatkan ramai tertanya-tanya.

Namun di sebalik cara kematian Aisyah yang sangat elok  kala pemergiannya, ada sesuatu yang membuatkan masyarakat di Indonesia  berasa  lebih ingin tahu kerana dua lagi adik beradiknya meninggal dalam keadaan yang cukup baik.

Ads
Gadis Cantik Ini  Meninggal  Ketika  Baca Al-Quran, 2 Lagi Adik Beradiknya Meninggal Tengah Solat
Aisyah meninggal dalam pangkuan ayahnya

Seorang abangnya, Andi Ibrahim meninggal pada usia 21 tahun pada tahun 2009. Dia meninggal ketika sedang solat sunat Tasbih di bulan Ramadan kira-kira 8 tahun lalu.

Kakaknya, Andi Asri juga meninggal di usia muda dalam keeadaan yang sangat menakjubkan iaitu menghembuskan nafas terakhirnya ketika sedang menyudahkan tahiyat akhirnya.

Kata bapanya, dia cukup redha ketiga-tiga anaknya pergi dalam keadaan khusnul khatimah malah memaklumkan, Aisyah sempat membacakan Surah Al Kahfi dan Surah Ar Rahman sebelum menyebut “Lailahaillallah..sebelum rebah di pangkuan ayahnya.

Gadis Cantik Ini  Meninggal  Ketika  Baca Al-Quran, 2 Lagi Adik Beradiknya Meninggal Tengah Solat

Ads

Gadis Cantik Ini  Meninggal  Ketika  Baca Al-Quran, 2 Lagi Adik Beradiknya Meninggal Tengah Solat

Disebabkan kisahnya menjadi viral, Tribunnews melaporkan gadis cantik ini sempat melaporkan tujuh perkara dilakukan iaitu;

  • Meninggalkan Kota Warampone, Kabupaten Bone pada hari Rabu (3/1/2018) pada sebelah malam menuju ke Kota Makassar dan tiba hari hari Khamis Subuh (4/1/2018).
  • Sebelum berangkat ke Makassar, Aisyah yang mesra disapa Icha sempat mencium kaki ibunya.
  • Tiba di Makassar, Icha telah bersahur untuk berpuasa sunat Khamis.
  • Selesai sahur, dia menuju ke Masjid Rodhotul Jannah, Jl Berua Raya, Kelurahan Paccekarang Kecamatan Biringkanaya, Makassar untuk menunaikan solat Subuh berjemaah.
  • Selesai solat Subuh, Icha mengambil al-Quran dan mula mengaji
  • Dia balik ke rumahnya dan sempat mencuci pinggan.
  • Selesai mencuci pinggan, dia memulakan hafalan al-Quran di hadapan ayahnya, Bahar Jufri. Tiba di pertengahan, Icha seperti orang mahu pengsan dan sempat mengucapkan “Lailahaillah… lalu dipangku ayahnya sehingga menghembuskan nafas terakhir.

 

 

Ads

 

 

 

 

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI