Tanpa ada sebarang penyakit kecuali mengadu sakit kepala sehari sebelumnya, kematian seorang gadis cantik, Aisyah Bahar tiga hari lalu (4/1/2018) ketika sedang membaca al-Quran selesai solat Subuh membuatkan kisahnya menjadi viral di Indonesia.
Gadis manis berusia 22 tahun berasal dari Kabupaten Bone, Sulawesi Selatan, Indonesia ini menghembuskan nafas terakhirnya di pangkuan ayahnya sendiri, Andi Bahar dalam keadaan sedang bertadarus al-Quran bersama-sama.
Cara kematiannya, diyakini khusnul khatimah kerana malaikat menjemputnya sebaik selesai menunaikan solat Subuh berjemaah di masjid. Malah pada hari kematiannya, Aisyah sedang berpuasa solat sunat Khamis. Lebih menyedihkan, Aisyah meninggal dipangkuan ayahnya sendiri dan sempat menyebut “Lailahaillallah…” sebelum rebah di pangkuan ayahnya sendiri.
Pemergian penuntut dari Fakulti Penternakan di Universitas Hasanuddin Makassar ini sangat diredhai oleh ayahnya kerana meyakini pilihan Allah adalah yang terbaik buat anaknya itu. Kata ayahnya lagi, Allah lebih sayangkan anak-anaknya dan mengambil mereka begitu cepat darinya.
Mengakui anaknya tidak mempunyai sakit apa-apa namun mengadu ada sakit kepala sehari sebelum meninggal, cara kematian gadis manis ini membuatkan ramai tertanya-tanya.
Namun di sebalik cara kematian Aisyah yang sangat elok kala pemergiannya, ada sesuatu yang membuatkan masyarakat di Indonesia berasa lebih ingin tahu kerana dua lagi adik beradiknya meninggal dalam keadaan yang cukup baik.
Seorang abangnya, Andi Ibrahim meninggal pada usia 21 tahun pada tahun 2009. Dia meninggal ketika sedang solat sunat Tasbih di bulan Ramadan kira-kira 8 tahun lalu.
Kakaknya, Andi Asri juga meninggal di usia muda dalam keeadaan yang sangat menakjubkan iaitu menghembuskan nafas terakhirnya ketika sedang menyudahkan tahiyat akhirnya.
Kata bapanya, dia cukup redha ketiga-tiga anaknya pergi dalam keadaan khusnul khatimah malah memaklumkan, Aisyah sempat membacakan Surah Al Kahfi dan Surah Ar Rahman sebelum menyebut “Lailahaillallah..sebelum rebah di pangkuan ayahnya.
Disebabkan kisahnya menjadi viral, Tribunnews melaporkan gadis cantik ini sempat melaporkan tujuh perkara dilakukan iaitu;